PT59

2.7K 79 9
                                    

Selesai membeli makanan, Vivi segera berjalan menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedai makan itu. Mesti Wany sudah lama menunggunya pulang untuk mereka makan malam bersama-sama. Namun, apabila sampai sahaja di keretanya, dia mendapati bahawa ada seekor anak kucing sedang duduk berehat berdekatan dengan pintu masuk pemandu keretanya. Berulang-ulang kali dia cuba menghalau tetapi, anak kucing tersebut tetap juga tidak berganjak dari situ.

Vivi jadi mati kutu. Vivi menggaru-garu pula kepalanya yang berlapik dengan tudung bawal hitam walaupun tidak gatal.  Dia cuba pula menguis-nguis tubuh anak kucing itu menggunakan kakinya tetapi, masih juga gagal. Malah, anak kucing itu semakin agresif untuk mendekatinya. Vivi yang geli  teramat sangat dengan kucing itu sudah mengatur langkah berundur sedikit demi sedikit untuk mengelak. Tidak sanggup didekati oleh anak kucing itu.

Jangan pula ada yang memaksanya memegang binatang itu, memang tidaklah!

Mata Vivi melilau melihat sekelilingnya. Ada beberapa buah kereta lain yang diparkir bersebelahan dengan keretanya tetapi, malangnya tiada sesiapa pun di situ. Tidak jauh dari situ, terdapat kedai makan yang dia pergi tadi masih buka. Di situ, ramai orang yang sedang menikmati makan malam mereka.

"Takkan aku kena pergi sana semata-mata nak minta diorang halaukan kucing ni untuk aku? Kalau kena bahan saja ja.. Aduyaiii.. Macam mana ni??" Gumam Vivi sendirian.

Dalam hati Vivi sempat menyesali kerana tidak mengajak Wany menemani dirinya. Itulah, tadi berlagak sangat, boleh manage sendirilah apalah. Padan muka!

Vivi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu lagi dan lagi. Sweater tebal yang dipakainya pula membuatkannya berpeluh. Tangan kiri mengibas-ngibas bajunya manakala, tangan kanan pula mengelap peluh di dahinya. Panas pulak malam-malam begini.

Tiba-tiba, kucing itu dengan beraninya mendekati dan bermain-main di kaki Vivi. Vivi jadi panik. Kalau panik, seluruh sarafnya tidak mampu berfungsi dengan baik. Tubuhnya menjadi kaku dan suaranya juga seakan-akan tersekat dikerongkong.

"Nyauww, tolonglah.. jangan kacau aku.." rayu Vivi di dalam hati. Peluh cemas sedia menemani dirinya yang takut.

Kali ini, datang pula dua ekor lagi anak kucing yang berwarna hitam dan kelabu. Naik seram Vivi dibuatnya. Bertambah-tambah gelinya.

"Sebenarnya dia lapar.."

"Ha?" Vivi tercengang melihat lelaki asing yang sedang mengusap ketiga-tiga ekor anak kucing itu. Bila masa dia datang pun, Vivi tidak perasan.

"Dia lapar, Cik Vivi." Kata lelaki itu lagi sekali dan tersenyum memandang Vivi. Vivi tayang wajah pelik.

'Semenjak dua menjak ni memang hari  kenal aku sedunia ke apa?' Desis hati Vivi.

"Jangan pelik. Siapa jer yang tak kenal dengan Cik Vivi yang cantik lagi menawan ni kan?" Lelaki itu tersenyum menggoda. Vivi sudah timbul rasa curiga. Tangan di dalam poket sweater ligat menggapai teefon bimbitnya. Di dail nombor random.

Lelaki itu bangun pula dan mengambil bungkusan yang di pegang oleh Vivi. Vivi terpinga-pinga melihat tingkah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Lelaki itu terus membuka salah satu bungkusan dan mengambil seketul ayam yang terdapat di dalamnya untuk diberikan kepada anak-anak kucing itu. Lelaki itu tanpa rasa bersalah kerana tidak meminta izin terlebih dahulu membuatkan Vivi mendengus kegeraman.

Biadapnya!

"Who are you?! Biadapnya ambil makanan orang dan beri pada kucing???!" Soal Vivi tidak puas hati. Matanya mencerlung menahan amarah. Lelaki ini benar-benar menguji kesabarannya!

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now