Selepas sesi perkenalan antara Stella dan Wany yang hanya berlangsung sejam, Wany meminta izin untuk masuk berehat pula.
Vivi duduk di depan meja solek sambil mengusapkan losyen di permukaan kulit tangan dan lehernya. Manakala, Stella duduk di birai katil sambil memerhatikan tingkah Vivi.
"Bella.." seru Stella setelah sekian lama memerhatikan tingkah Vivi.
Mata Vivi melihat biasan Stella di permukaan cermin meja solek. "Kenapa? Tak selesa eh?" Soal Vivi sambil berpaling memandang Stella pula.
"Eh, tak lah.. Hmm.. Stella cuma terfikir.. "
"Fikir apa??"
"Boleh tak lepas ni Bella panggil Stella dengan nama yang lain?" Cadang Stella.
"Lain yang macam mana?"
"Kakak ke? Along ke??" Stella memandang ke arah Vivi untuk melihat reaksinya. "Takpelah kalau Bella tak suka. Stella taknak paksa."
"Bukan.. bukan Bella tak suka. Cuma.."
"Takpa, Stella faham.." Stella tersenyum pahit. Pahit untuk ditelan tetapi, dia cuba memahami situasi Vivi. Vivi pantas bangun dan duduk di sebelah Stella.
"Maaf Stella. Maaf untuk segalanya yang berlaku dan terima kasih banyak-banyak sebab Stella selamatkan Bella dulu sampai Stella nyaris terkorban." Vivi memegang jari-jemari Stella.
Stella tersenyum. "Dah tanggungjawab Stella untuk jaga Bella, jadi pelindung di saat Bella dalam bahaya." Ujarnya tulus.
"Maaf jugak sebab Bella terlambat untuk ucap kata tu. Bella tak tahu selama ni Bella ada Stella, kakak kembar Bella. Maafkan Bella.."
"Sudahlah, sayang.. Stella dah tak kisah. Benda tu dah bertahun berlaku. Stella tak sedih pun. Bella nak tahu apa perasaan Stella masa Stella tahu semua tu??" Stella berhenti sejenak. Dia tersenyum bahagia. "Stella bangga sangat dengan diri Stella sebab berjaya selamatkan satu-satunya adik Stella dalam dunia ni. Alhamdulillah.. Stella bersyukur sangat.."
"Terima kasih, Stella.." Vivi memeluk erat tubuh Stella dari tepi. "Mulai saat ni, Bella akan lakukan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan Stella. Bella janji!"
"Janji?"
"Kalau nak berjanji, kita kena buat macam ni.." Vivi mengajar Stella tautan jari seperti mementerai kata janji. "Janji!" Ucap Vivi lantang.
Stella terbatuk kecil dan berdehem untuk membetulkan tekak.
"Okay tak?"
"Okay. Cumaa.."
"Cuma apa? Stella tak mengantuk lagi ke?"
"Belum. Stella ada nak cakap sesuatu pada Bella." Wajah Stella serius pula.
"Apa dia?"
"Bella nak tahu tak, sepanjang Bella pergi siapa yang jaga Stella dan mama?"
"Mestilah ayah kan??"
"Nope! Bukan itu maksud Stella. Ya, ayah memanglah jaga kami. But, Ammar yang selalu datang bagi semangat kat Stella untuk Stella terus kuat. Masa Bella pergi, Stella salahkan diri Stella. Mungkin Bella pergi sebab tak dapat terima Stella dalam hidup Bella. Yelah, perhatian ayah banyak pada Stella sampai diri Bella terabai.. Maafkan Stella, Bella.."
"Bella tak marah pun lepas tahu semua tu. Tak ada apa nak dimaafkan, Stella tak salah pun.."
"Alhamdulillah.. Stella lega dengar tu.. Hmm.. Bella kenal Ammar kan??"
"Eh, macam mana Stella boleh rapat dengan Hafiz??" Vivi cuba menukar topik. Dia semakin gementar apabila perasan Stella lebih bijak menangkap reaksinya.
