(Vivi POV)
Aku tergesa-gesa bangun. Harini merupakan hari yang berbahagia buat Ammar. Tetapi, bagi aku harini adalah hari yang paling pahit untuk aku lalui dan bakal kekal menjadi kubur untuk aku melupakan segalanya tentang cinta pertamaku.
Hari yang aku bakal kehilangan Ammar buat selama-lamanya. Dia akan menjadi milik orang lain. Dia bukanlah untukku. Bukan aku yang akan bersanding dengannya. Bukan aku juga yang akan menjadi pendampingnya. Tidak sama seperti anganku di saat aku mulai sedar yang aku telah jatuh cinta kepada dirinya pada suatu ketika dahulu.
Hati yang pedih tidak mampu aku gambarkan dengan kata. Aku menekup mukaku dengan kedua belah tanganku. Aku hamburkan semua perasaan dalam tangis yang tak berlagu.
Aku bergegas bangun untuk mempersiapkan diri bagi majlis yang bakal berlangsung kurang dari 3 jam lagi. Sesudah menbersihkan diri, aku memilih baju kurung moden berwarna cream berlabucikan manik bewarna emas. Lalu, aku memakai selendang bewarna coklat emas sedondon dengan labuci di bajuku.
'Saya akan cuba gembira untuk awak, Amm. Walaupun kita tak bersama.' Detik hatiku sambil tersenyum tawar. Aku oleskan juga bedak nipis dan liptint berwarna pink nude bagi menaikan seri wajah. Walaupun aku sedang patah hati tetapi, aku masih tetap menjaga penampilanku apabila di khalayak ramai.
Seluruh kekuatan di segenap ruang dalam diriku, aku cuba kumpulkan. Aku tarik nafas dalam-dalam untuk mencipa semangat yang pastinya aku tidak tahu dari mana datangnya.
Aku memandu keretaku menuju ke rumah milik keluarga Ammar. Majlisnya akan bermula setengah jam lagi. Wani di sebelahku pula memakai baju bewarna biru cair serta berselendang kuning lembut.
Tiba-tiba sahaja, aku melepaskan keluhan.
"V, kau betul ni nak pergi? Kalau tak, kita masih boleh berpatah balik.." Wani merenungku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
Aku tersentak.
"Its okay beb, aku faham perasaan kau."
Lagi sekali, aku tersentak. Betul ke apa yang aku buat ni?? Semakin lama, semakin dekat keretaku mendekati rumah keluarga milik Ammar.
"Aku okay la." Aku turun dari keretaku.
Wani menggenggam tanganku cuba menyalurkan kekuatan dalaman kepadaku. Aku tersenyum pendek.
"Betul ni?" Tanya Wani berulang kali.
"Betul. Dah, jom masuk." Aku menarik tangannya laju-laju. Di dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu, betapa sakitnya hatiku sekarang ini.
Aku masuk bersalaman dengan ibu Ammar. Dia hanya tersenyum manis dan melayanku dengan baik. Mungkin dia tak tahu siapa aku pada Ammar dahulu. Kini, anaknya bersama dengan orang yang dipilihnya. Mestilah dia bahagia kan?
Aku? Setakat kawan yang ingin menumpang kebahagiaan kawannya.
"Terima kasihlah, Vivi. Sebab datang majlis auntie. Mesti kamu busy kan shooting semua?"
"Eh, tak ada apalah auntie. Saya tak busy sangat pun." Balasku janggal. Ibunya memang mesra. Tapi, bila dia tahu siapa diriku? Hmm.. pasti dia akan membenciku.
"Duduklah, sekejap lagi akadnya."
"Okay, auntie." Balas Wani dalam sengihan yang janggal juga. Wani cuba mengajak aku untuk berlagak biasa tapi, air mata ini sentiasa di tubir mata bila-bila masa sahaja akan luruh. Allah, kuatkan hatiku. Aku berpaut pada Wani. Senyuman plastik aku lemparkan kepada semua tetamu di dalam rumah tersebut.
Imam a.k.a tok kadi sudah memulakan acaranya. Aku merenung dalam terhadap Ammar. Tiada siapa nampak. Tiada siapa peduli. Kerana semua tetamu fokus memerhatikan Ammar yang segak memakai baju melayu bewarna putih berseri.
Segak.
Aku tersenyum sendiri. Membayangkan, pegantin perempuan itu adalah aku. Namun, semuanya hilang pabila terdengar nama Ammar dipanggil.
"Ehemm.. Ehemm.." Suara garau tu, suara tu. Aku kenal, itu suara Ammar!
Apa yang harus aku lakukan sekarang? Nak berhentikan majlis? Nak halang? Mesti esok akan masuk news "Pelakon dan Supermodel Terkenal Merosakkan Majlis Bahagia Bekas Boyfriendnya!". Confirm akan viral 1 Malaysia! Allah, apa yang patut aku lakukan sekarang ni? Aku sayang dia, ya Allah! Aku menyesal!
"Aku terima nikahnya Faziera binti Farid, dengan mas kahwinnya seutass..." Suara Ammar terhalang pabila melihat aku berdiri di tengah-tengah tetamu.
Aku cuba mencari kekuatan. Wani terkesima melihat aku. Aku tak peduli! Aku tak boleh biarkan Ammar jadi milik orang lain!
"Amm, saya sayangkan awak! Awak tak boleh bersama dia! Saya betul-betul cintakan awak.." Aku bersuara separuh merayu di hadapan semua tetamu-tetamu Ammar. Hilang maluku. Air mataku laju nenuruni pipiku. Aku tak endahkan semuanya.
"Ammar.. Tolong.. Tolong batalkan semua ni! Saya sayangkan awak.. Tolong, jangan tinggalkan saya.."
Aku meraung memanggil Ammar namun, Ammar tetap tidak mempedulikanku. Malah, dia menyuruh sepupunya menghalau aku keluar.
Tiba-tiba, datang ibunya dengan wajah yang sukar aku mengertikan. Dia mengangkat tangan cuba untuk menamparku. Aku pejam mata tidak sanggup melihat wajah itu. Aku menahan rasa dan menunggu tangan itu hinggap di pipiku sambil air mata sedia menemani diriku.
Namun, apabila aku sedar dan membuka mata aku berada di atas katil. Aku memeriksa bajuku. Aku masih memakai baju tidur. Allah.. Aku raba pipiku perlahan. Memang tiada rasa sakit mahupun perit di pipiku.
Allah, aku hanya bermimpi rupanya..
Mataku menangkap satu sampul surat bewarna biru cair di atas meja lampuku. Lalu, aku memandang sayu kad jemputan perkahwinan dari Ammar itu. Hatiku merintih sedih. Namun, apakan daya semuanya sudah terlambat..
Harini, adalah hari yang berbahagia buat Ammar bersama pilihan hati ibunya dan mungkin sudahpun menjadi pilihan hatinya sekarang.
-----
Vivi tersedu-sedan menangis di atas katilnya. Menyesal sudah tiada guna. Ammar sudahpun menjadi milik orang lain.
Andai sahaja boleh di undurkan masa, pasti dia akan kembali membetulkan segalanya. Malangnya, apalah daya kita sebagai manusia, hamba Allah yang kerdil.
Kini, tinggallah Vivi sendirian bertemankan air mata.
Ketukan di pintu dibiarkan tidak berjawab. Dia inginkan waktu untuk bersendiri.
"V.. jom makan, kau dari pagi tak makan.. bukaklah pintu ni.." Sayup-sayup kedengaran suara Wani memujuk disebalik pintu.
Namun, Vivi masih berkeras. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Lalu, dia mengambil wudhu'. Cuba mencari kekuatan hakiki.
*****