(Ammar POV)
"Eh, Anne mana Bella? Tadi, dia cakap nak turun dengan Anne sekali."
"Dia teman Stella turun ikut lift. Sekejap lagi sampai la tu.. ni anak Rayna ke?" Tuan rumah a.k.a Auntie Anne menunjuk ke arahku. Aku hanya tersenyum mesra. Manis Auntie Anne ni walaupun sudah berusia.
"Bukan, ni kawan dia.."
"Nama saya Ammar, auntie.." aku membalas. Senyuman manis turut aku hadiahkan.
"Saya Aris, auntie.." kata-kata Aris itu tak ku hiraukan. Aku kembali fokus kepada Auntie Anne.
"Ouh.. duduklah.. tunggu anak-anak auntie sekejap." Kata Auntie Anne ramah. Selepas itu, kami berborak kosong. Namun, lain pula yang terjadi pada hatiku. Makin lama, makin kuat debarannya. 'Dah kenapa hati ni? Nak kata aku baru lepas lari marathon tak jugak.. hmm..'
"Tu, anak dara dua orang tu dah sampai.." Auntie Anne menunjuk ke arah seorang perempuan yang menunduk sambil menolak kerusi roda yang di atasnya juga terdapat seorang lagi perempuan sedang menuju ke arah kami.
Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.
Aku amati wajah mereka berdua bila aku rasakan semakin kuat getaran di hatiku. Dan apabila mataku tepat menikam matanya, pantas bunga-bunga cinta jatuh berguguran di hatiku.
Satu perkataan sahaja yang mampu ku bisikkan. "Vivi.."
-----
Aku perasan, Vivi cuba melarikan anak matanya jika perasan aku sedang merenungnya.
Semasa di meja makan, berkali-kali aku cuba meraih perhatiannya. Namun, tidak berjaya. Vivi berpura-pura sibuk melayan kerenah kembarnya. Haishh..
Lengan kiriku di senggol. Lalu, aku memandang bahu kiriku. "Apa?"
"Dialah Vivi Syabilla yang aku ceritakan kat kau tu. Tak sangka aku dapat jumpa dia kat sini. Kalaulah aku dapat tahu lebih awal yang mama dia tu berkawan dengan mama aku, memang sekarang ni kami dah halal dah! Huhuu.." bisik Aris.
'Baguslah kau tak tahu, kan? And for your information, Vivi Syabilla tu kekasih hati aku. Kami dah bercinta lama dah.. kau jer tak tahu..'
Aku hanya hadiahkan senyuman sinis. Malas mahu melayan. Karang tak habis-habis perasannya.
"Kau jangan tenung Vivi aku lelama tau? Karang naik buku lima aku ni kat muka kau.." pesan Aris separuh mengugut. "Aku jeless.." sempat lagi dia berpesan. And.. do i care about that?
Aku lihat Stella pergi meninggalkan kami sesudah menikmati pemanis mulut. Vivi pun berlalu ke dapur dan menghilang.
Tanpa pengetahuan Aris, aku mengekori Vivi hingga ke dapur.
Kosong.
Hanya ada aku dan Vivi. Berdua.
"Vivi.." seruku.
Wajah Vivi seakan terkejut. Mungkin tidak menyangka aku akan mengikutinya sehingga ke dapur. Dia diam, tidak memberikan respon.
"Vivi, i am talking to you." Raihku lagi. Tadi, Vivi berpura-pura tidak nampak dan tidak mengenali diriku. Aku tahu, dia sengaja mendera perasaanku.
"Vivi Syabilla.." nama panjangnya ku seru.
Masih juga tiada respon.
"Matahariku!"
Mata Vivi berkaca. Aku tahu Vivi sensitif andai aku menyebut nama panggilannya itu. Nama yang hanya aku dan dia sahaja yang tahu. Sudah sekian lama aku tidak memanggilnya begitu.
"What are you doing?? You are not supposed to be here!" Marah Vivi. Dia langsung tidak memandang wajahku.
Aku terkesima mendengar balasan dari Vivi. Mungkin dia masih ingat aku adalah suami Faziera.
Melihatkan tingkah Vivi sekarang, aku kecewa dengan diriku sendiri. Sepatutnya, aku memperkenalkan Vivi kepada keluargaku terlebih dahulu sebelum aku membuat keputusan untuk menerima arwah Faziera dalam hidupku. Tetapi, nasi telah pun menjadi bubur. Dan sekarang semuanya tentang aku dan arwah Faziera hanya tinggal kenangan.
"Maksud awak?"
"Come on, Ammar. You know what exactly i am talking about. You are not supposed to be here, in London and with Ariss??? How did you know him? Are you following us?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Vivi. Mukanya merah menahan rasa yang bercampur.
'Kenapa hati ni tak berhenti-henti lagi berdebar? Kau tak sepatutnya berdebar bila tengok suami orang, V!' Marah hati Vivi.
"Calm down, my dear. Lower your voice.. I guess you do not want anybody knows about us.." pesanku. Walaupun pada hakikatnya, aku mahu semua orang tahu yang 'Vivi Syabilla is mine!'. Setelah melihat Vivi sedikit tenang, aku sambung. "Saya di sini sebab awak."
"Sebab saya? You are kidding me, Ammar. Excuse me.." Vivi menghampiriku dan berhenti apabila mendapati aku menghalang laluannya.
"I want to be your present, future and dominate your past. Most of all, i want us to last." Bisikku perlahan dan aku yakin ianya dapat di dengari oleh Vivi.
-----
Vivi termenung di dalam biliknya melayan perasaan. Kata-kata Ammar tadi bermain di mindanya.
"I want to be your present, future and dominate your past. Most of all, i want us to last."
'Apa maksud dia? Bertahan untuk apa? Sedangkan hubungan kami pun dah lama putus..' bisik hatiku.
Pertemuan yang tak di duga dengan Ammar, sungguh membuatkan hatinya tersentak. Rindukah dia pada kekasih lamanya? Atau benci yang hadir dalam dirinya kerana masih menyayangi hak orang lain?
"Bella fikir apa tu? Dari tadi diam jer.. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran ke?"
Pertanyaan dari Stella menyentakkan lagi fikirannya. Dia tidak bersedia untuk meluahkan segalanya. Vivi hanya mampu berdiam.
"Bella nampak terkejut sangat masa jumpa Ammar dan Aris tadi. Kenapa? Bella kenal mereka semasa di Malaysia?" Soal Stella lagi. Apabila tidak mendapat respon dari kembarnya, Stella memutuskan untuk mengundur diri bagi memberi ruang kepada Bella.
"Maafkan V, Stella.. V tak bersedia lagi nak luahkan semuanya.." bisik Vivi perlahan sambil melihat Stella berlalu pergi.
*****
Nah! Untuk yang tunggu update Putus Terpaksa. Maaflah, sikit je. Ni je yang mampu buat sekarang ni. Saya tersangatlah busy. Uwaaa... biasalah musim asaimen sekarang ni tengah melanda.. huhuu..
So, guyss.. Ammar dah berjaya jumpa Vivi. Next ni apa pulak yang berlaku? Nantikan yaa..
Ok, guyss.. Happy Reading!!
