PT12- Abang Sayang

4.6K 100 5
                                        

*pelamin anganku musnah cewahh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*pelamin anganku musnah cewahh.. ni contoh pelamin Ammar dan Faziera pink gituww! *

Majlis persandingan Ammar yang juga malam yang sama dengan rancangan live yang dihadiri oleh Vivi.  Suratan ataupun kebetulan. Yang pasti, kisah antara mereka telah pun tamat. Tiada kesudahan yang bahagia.

Ammar berjalan masuk ke dalam bilik mereka(bilik Ammar dan Faziera dalam media tu kayy). Kelihatan Faziera sedang berteleku melihat handphonenya. Ralit sekali.

(Ammar POV)
Dia tengok apa tu? Dia menangis? Kenapa dia menangis? Aku ada buat salah ke??

"Awak okay ke, Faz?"

"Erkk.. Bos? Maaf!" Faziera kalut mengusap air matanya. Dia cuba untuk menyembunyikan kesedihannya itu. Dia juga meletakkan handphone jauh dari diriku. Apa yang dia sorokkan?

"Tak payahlah bos, bos lagi. Saya kan dah jadi suami awak." Aku tersenyum sambil duduk disebelahnya. Aku nak move on. (Cepatnya lelaki nak move on kan? Uwaa..) Hmm..

"Okay." Balasnya sambil tersengih.

"Panggil abang kay. Awak tengok apa tu? Eh tak tak tak.. Sayang tengok apa tu?  Kenapa menangis ni?" Tanyaku sambil menyeka sisa air mata di wajahnya.

"Takda apa, saya nak mandi dulu lah." Faziera pantas bangun tapi, pantas juga aku memeluk dirinya. Hahaha.. Saja menguji Faziera a.k.a isteriku. "Bos nak buat apa ni? Lepaslahh!" Suara Faziera separuh tinggi. Muka dia cemas plus  semakin memerah. Malu mungkin.

"Sayang panggil abang, abang dulu. Baru abang lepas!" Aku sudah buat muka nakal. Aku akan cuba menerima Faziera, walaupun semua yang aku buat ini hanya untuk membahagiakan Faziera. Lakonan? Hmmphh.. Aku sendiri tak tahu. Aku akan cuba membahagiakan isteriku sekarang. Faziera, maafkan saya.

"Boss..." Rayu Faziera dalam dakapanku. "Pleasee..." Aku buat muka comel plus main kenyit-kenyit mata.

Masih juga ku keraskan diriku. Aku suka melihat Faziera yang memerah pipinya.

"Okay, baik. Abang, please lepaskan saya." Nahhh! Baru aku lepaskan dia tapi sebelum itu, aku sempat mencium pipinya. Comel pabila dia termalu begitu. Hehehe...

Permulaan yang baikkah?

---

(Faziera POV)
Aku bergegas lari masuk ke dalam bilik air setelah menggapai persiapan mandiku. Pipi ku membahang akibat daripada perbuatannya itu.. malu weii.. Mataku sempat mengerling ke arah Ammar a.k.a suamiku. Dia sedang tersenyum sumbing macam apa entah.

"Dasar lelaki! Ehh.. mengucap panjang Faziera, tu laki kau tuu..!" Entah apa yang aku rasa ketika ini. Kenapa Ammar nak layan aku baik dan sweet semacam sedangkan aku bukanlah pilihan hatinya?

"Allah, tolonglah kuatkan hati aku." Aku mengusap pula dadaku yang berombak. Fuhhh! Berdebar seyh dia peluk erat macam tu. Haishh..

"Jangan Faz, jangan. Jangan jatuh cinta dengan dia! Dia milik orang lain, Faz. Kelak diri kau sendiri yang akan kecewa. Kau sendiri nampak yang Vivi tu pun sedang kecewa gila kan? So, jangan bermain dengan api wei.."  pesan aku kepada diriku sendiri. Berkali-kali aku ingatkan diri bahawa Ammar mencintai Vivi bukan aku. Sakit membiarkan hati melihat orang yang dicintai mencintai orang lain. Aku cintakan Ammar? Sse-sejak bila? Allah. Apa yang harus aku lakukan ni?

Aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanyalah isteri BUKAN pilihan hatinya!

Aku mandi tanpa membuka baju pengantinku. Aku duduk di bawah shower  sambil air pancut membasahi tubuhku seiring dengan linangan air mata. Aku melepaskan keluhan panjang. Aku sedar dan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan nanti.

Ditinggalkan?
Atau..
Meninggalkan?

Aku masih tidak menemui jawapan.

Aku berazam untuk membuat solat Istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah.. In Shaa Allah.. semoga Allah permudahkan segala urusanku.

Aku akan cuba untuk kuatkan hatiku sendiri. Aku masih mempunyai ibu dan ayahku. Allah juga sentiasa bersamaku. Aku yakin satu hari nanti aku pasti akan temui jawapanku. Moga hatiku akan terus kekal tabah.

Putus TerpaksaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang