PT32

3.1K 90 8
                                    

Vivi hanya merenung sayu ke arah kakak kembarnya yang terbaring lemah di katil pesakit. Jatuh air matanya apabila mengenangkan penderitaan Stella selama ini.

Tetapi, dalam masa yang sama juga mindanya terganggu dengan sesuatu. Sesuatu yang tak mungkin hilang dari fikirannya. Namun, dia masih cuba menyembunyikannya. Buat masa sekarang ini, dia tidak mahu sesiapa pun tahu.

"Bella.." serentak itu, ada satu tangan yang menyentuh di bahu Vivi. Vivi berpaling.

Semenjak Vivi mengetahui tentang kakak kembarnya, panggilan nama Vivi berubah terus kepada Bella. Tetapi, dia masih tetap membahasakan dirinya V.

"Ya, maa.."

Kini, panggilan Vivi terhadap auntie Suzannenya juga berubah kepada 'mama'. Vivi juga sudah boleh menerima semua yang berlaku ini. Seminggu juga dia mengambil masa untuk menyeimbangkan emosinya.

Vivi berusaha memperbaiki hubungannya dengan ayahnya dan juga menerima kehadiran kakak kembarnya di dalam hidupnya.

"Bella okay?"

Vivi tersenyum biasa. "V okay, maa.. Cuma.."

"Cuma apa? Bella risaukan Stella?"

Vivi mengangguk lemah dan mengeluh kecil. 'Ada banyak lagi 'cuma'nya, maa..'

"Mama tahu, Bella ada sorokkan sesuatu. Ceritalah.. mana tahu, boleh kurangkan beban tu sikit? Hmm?"

Vivi terharu mendengar keprihatinan mamanya (Auntie Suzanne ditukar kepada Mama).

"Masalah hati?" Duga mamanya lagi.

Vivi mengangguk perlahan (Vivi ni memang suka main angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk, iya-iya, saya-saya, kiri kanan ikut saja! hehehe..~).

"Macam mana hubungan Bella dengan si dia?" Mamanya tahu Vivi masih cuba untuk menyembunyikan sesuatu jadi, dia juga cuba membuat Vivi menceritakan semuanya terhadap dia.

"Kami dah putus pun, maa.." lambat Vivi membalas.

"Putus kenapa?"

'Putus terpaksa..' bisik Vivi perlahan. "V yang minta. V pilih kerjaya berbanding diri dia. V ego, taknak mengalah. V nak dia tunggu V tapi, V sendiri pentingkan diri. Dan akhirnya, V hancurkan hati dia termasuk hati V sendiri, maa.."

"Bella masih sayangkan dia lagi?"

"Tipulah kalau V cakap V tak sayangkan dia, maa.. bertahun kami bercinta.. Patutnya, balik Malaysia ni kami cari jalan untuk bersama. But, at the end, kami putus.. macam worthless kasih sayang yang kami bina selama ni.."

"Kasih sayang tu tak ternilai untuk di ungkapkan, sayang.. Bella kena faham istillah takda jodoh. Dan.. kalau betul ada jodoh pun tak kemana.. Doa bebanyak, moga Allah lapangkan hati tu untuk redha dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk kita nanti. Mungkin awalnya susah untuk kita terima tapi, lama-kelamaan, In Shaa Allah.. kita akan dapat adapt dengan kenyataan tu.."

"V cuba.." balas Vivi pendek. 'Mesti awak dah bahagia dengan si dia kan, Ammar?'

Dalam hati, hanya Dia sahaja yang tahu. Allahu..

Izinkan diriku
Lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya
Melupakan segalanya

Kini ku sendiri
Hilang segala cinta
Sebuah realiti
Bernokhtah di sini..

'Sudah bernoktahkah cinta kita Ammar?' fikir Vivi apabila teringat lagu Noktah nyanyian Hazama.

-----

"Saya bahagia. Tapi, saya akan lebih bahagia kalau awak bersama saya.."

Lintasan bayangan Vivi bermain di mindanya lagi. Seakan-akan terpanggil hatinya untuk terus memikirkan Vivi. Di dalam hatinya cuma ada Vivi Syabilla.  "Awak kat mana, Vivi??"

"Vivi?! Kau sebut Vivi kan tadi??" sergah seseorang.

"Haa?" otaknya lambat berfikir apabila di sergah begitu. Tak da! Kau silap dengar kot? Aku sebut kereta Myvi aku kat rumah.." dalih Ammar cuba menyembunyikan perihal Vivi. 'Ishh.. Dia ni, penyibuk pun ya! Kemana aku pergi mesti jumpa dia. Dah kenapa? Berjodoh ke apa? Ahh! Tak mungkin! Laki dengan laki, mana boleh!' Entah apa-apa monolog hati Ammar berfikir.

"Ouhh.. Aku ingatkan kau kenal kekasih hati aku nama Vivi Syabilla tadii.." lega hati Aris. (Dahla perasan Vivi tu kekasih hati dia, padahal takda kena mengena pun!)

Tapi, tidak bagi Ammar. Hatinya menjadi tidak keruan apabila mendengar nama  kesayangannya di sebut. Dia ingin memastikannya lagi jadi, dia memutuskan untuk bertanya. "V-vivi? Vivi apa??" bergetar suara Ammar apabila menuturkan nama itu. 'Aris kenal Vivi? Dia kekasih hati Aris?? Tak mungkin!'

"Vivi Syabilla. Kenapa? Kau kenal dia jugak ke??"

'Tak mungkin! Tak mungkin! Tak mungkin! Kenapa dalam banyak-banyak perempuan cantik kat muka bumi ni dia pilih Vivi jugak?!'

"Heyy, Marr.. Kau termenung kenapa?"

"Haa? Takda apa. Aku cuma teringat 'kucing' aku, nama dia Vivi jugak dan aku sangat rindukan dia sekarang ni.." Ya, Ammar sangat merindukan Vivi dan kucing yang dimaksudkannya tadi adalah Vivi Syabilla, si kucing nakal yang mampu membuatkan dia rindu setiap masa.

"Hahaha.. Kelakarlah kau, nama orang kau bagi kat kucing?? You're kidding me, Ammar!  Hahaha..." tidak berhenti-henti Aris ketawa. Lawak sangatlah tuu..

"Aku rasa tu hak aku, nak letak nama apa pun kan? Dan apa hak orang lain untuk mempersoalkan hak aku? Aku tak kacau hak sesiapa pun jadi, jangan sesekali berani nak kacau hak aku. Aku tak suka!" mendalam maksud kata-kata Ammar. Hatinya hilang sabar apabila Aris dengan sewenang-wenangnya mempersoalkan 'kucing'nya dan lebih tepat lagi, mengenai Vivi Syabilla.

"Woo..  Woo.. Leks laa bro.. Aku bergurau jer.. Maaf, Marr.." entah kenapa juga Aris merasakan seperti ada aura kedinginan dalam setiap bait kata Ammar itu.

Telefon Aris berbunyi. Lalu, dia menjauhkan diri daripada Ammar untuk mengangkat telefonnya. Sesudah selesai berbicara, dia kembali mendekati Ammar.

"Marr.. I have to go somewhere, kau nak ikut?"

"Area London ni jugak.. Kot-kotlah kau bosan duduk sini merindukan kucing kau tu, baik ikut aku. Amacam?" sambung Aris lagi.

Ammar berfikir sejenak. Hmm..

"Alaa.. Jomlah! Teman aku eh?" tidak sempat Ammar membuat keputusan, tangannya sudah di tarik oleh Aris. Apa lagi, diikutkan sahaja rentak Aris itu. "Bukan nak buat apa pun, cuma nak jemput mama aku dari rumah pesakit dia. Pagi tadi, dia pergi naik teksi sebab kereta dia rosak." cerita Aris tanpa dipinta.

'Mungkin dia boleh bawak aku jumpa Vivi. Jadi, aku kena buat baik dengan dia. Tak boleh emosi! Chaiyokk, Ammar!!' jerit hatinya bersemangat.

"Kenapa senyum? Aku bukannya nak bawak kau jumpa Vivi pun?"

Ammar tahu Vivi yang dimaksudkan oleh Aris adalah Vivi 'kucing'nya. Apa-apa pun, misi mencari Vivi harus diteruskan juga! Manalah tahu, kot-kot terjumpa Vivi kali ni..

"Takda apa." hati Ammar sudah berbunga riang. Dalam masa yang sama juga dia bernekad, akan halang sesiapa sahaja yang cuba merampas Vivi darinya.

Vivi tu hak aku!

*****

Assalamualaikum dan Alhamdulillah..  dapat juga karang untuk bab 32 ni. Huhuhu.. Thanks korang yang baca sampai sini. Saya hargai sangat. Kalau rajin, VoMen(Vote+koMen) lahh.. Huhu..

Maaf jugak bab kali ni pendek sikit. Sebab tak banyak idea sebenarnya. Apa-apa pun harap awak semua suka dan terus membaca. 😉

-----

So, guyss.. Macam mana? Agak-agaknya Aris nak bawa Ammar pergi mana ek?
Stay tuned!

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now