PT 5

4K 122 7
                                    

Ammar masih cuba menghindarkan perasaan rindu yang semakin bersarang di hatinya.

Lintasan Vivi juga semakin kerap bermain di mindanya. Dia rindu untuk mendengar suara lunak milik Vivi yang suka menyanyikan lagu-lagu cinta dan sweet untuknya.

Raut wajah Vivi yang sedang tersenyum ayu sambil menyelak rambutnya serta tidak lekang senyuman manis itu meniti dibibirnya. Bertambah ayu dengan alis matanya yang lentik dan bulu mata yang lebat.

"Awak.. saya rindu.." bisik Ammar sambil memeluk gambar Vivi di telefonnya.

Lama Ammar bermain dengan perasaannya, ketukan di pintu menyebabkannya kembali ke dunia yang nyata.

'Knock! Knock!' Ketukan berulang lagi.

"Masuk." Ammar berpura-pura ralit memandang fail di tangannya. Walaupun dia sedikit hilang fokus, dia cuba membetulkan suaranya agar kedengaran serius.

"Sorry, Mr. Ammar. Saya nak ingatkan pukul 3 petang karang, Mr.Ammar ada meeting dengan Dato' Daud berkaitan dengan projek kita kat Pulau Besar tu." Faziera memberikan peringatan dan wajahnya juga dimaniskan.

"Awak ada apa-apa kerja lagi tak yang kena buat petang ni?" Tanya Ammar pula setelah menutup fail kerjanya.

"Hmm.. rasanya dah tiada, Mr.Ammar. Kenapa ya?"

"Awak ikut saya lah sekali lunch and kita terus meeting dengan Dato' Daud."

"Hah? Hmm.. okay je!" Sekarang, Ammar dan Faziera sudah jadi geng!

"Sebab saya nak awak buat laporan tentang meeting kita nanti. That's why, saya nak awak ikut sekali attend meeting tu." Terang Ammar.

"Hmm.. okay, bos. Saya pun tak banyak kerja harini. Hehe.." Faziera tersengih kambing. Hatinya berbunga riang.

"Awak jangan nak perasan pulak, ni semua atas urusan kerja." Ammar bersuara mengusik.

'Eh, eh Mr.Ammar ni. Macam tau, tau je aku nak perasan! Poyo seyhh!!'

"Ha, apa lagi yang dibebel tu?"

"Takda apalah, Mr.Ammar." Faziera tergelak kecil apabila menyedari rupanya dia telah terlepas bicara. 

"Okay, dah pergi sambung kerja sana. Nanti solat dulu kat surau, baru kita turun lunch." Sempat lagi Ammar berpesan.

"Ok, baik bos!" Faziera membuat tabik hormat sambil tersengih sebelum berlalu keluar.

"Ada-ada sajalah si Faz ni." Gumam Ammar sambil menggelengkan kepalanya.

---

Selepas memesan makanan, Ammar sibuk bermain telefonnya. Faziera pun melayan perasaan sambil bernyanyi kecil. Dalam hatinya terselit satu pertanyaan yang sudah lama ingin di bangkitkan.

"Bos.."

Kening Ammar terangkat. "Ha, kenapa? Macam pelik je bila awak panggil saya bos ni.. ada apa-apa ke? Ke awak nak minta saya belanja lunch ni? Jangan risaulah, saya yang ajak, mestilah saya yang belanja.."

"Eh, bukan tu maksud saya, bos.. Saya nak tanya, umur bos ni sebenarnya berapa?"

"Kenapa? Saya nampak macam tua sangat ke??" Pantas Ammar menyoal.

"Dari segi penampilan bos, memang nampak macho macam 20-an gitu tapi, bila bercakap tu nampak over-matured." Dalam takut-takut tu, Faziera cuba juga memberanikan dirinya untuk mengkritik.

"Oh, yeke nampak gitu? So, agak-agak awak berapa umur saya?" Soal Ammar kembali.

"30, maybe?" Teka Faziera.

"Hahaha.." Ammar tergelak.

"Kenapa bos?" Faziera mengangkat keningnya pelik melihat bosnya itu tergelak besar. Lawak sangat ke?

"Hampir tepat tapi, tak terlalu tepat. 20 haribulan 7 nanti birthday saya, yang ke-25." Ammar tersenyum mesra, tiba-tiba teringat pada kekasih hati yang semakin menjauh.

Oh ya, birthday Vivi pula, 21 haribulan 7, sehari selepas ulang tahun kelahirannya!

"Ouh, muda jugak bos ek? Kita sebaya la jadinya."

"Hahaha.. well so, kita boleh jadi kawan kan?"

"Sure, bos. Saya okay je. Tapi, bos tu tak payah la garang sangat."

"Eh, saya garang ke? Kan kita dah geng??" Ammar tersengih dan tergelak kecil lagi.

"Boleh la tahan, bos. Geng-geng pun buat saya gerun nak bergurau dengan bos. Hehe.."

"Okay, i admit! Saya akan garang dan serius bila berkaitan dengan hal kerja ni ja."

"Saya tengok bos sama je, luar ofis pun serius semacam je. Takut la saya nak bergurau dengan bos."

"Habistu, sekarang ni awak berani pulak kritik tentang saya depan muka saya??"

"Erkk.." tersipu-sipu Faziera dibuatnya.

"Okay, awak tak payah la takut Faz.  Kelakarlah awak ni, macam-macam!"

Wajah Faziera berkerut menahan sesuatu. "Bos, saya nak pergi tandas jap eh?" Ammar hanya mengangguk sambil tersenyum menggelengkan kepalanya.

"Haii.. Amm?? Assalamualaikum.." tegur satu suara.

"Ha.. hai.. Waalaikumusalam.." Ammar terpana seketika. Dengan tidak semena-mena, tubuhnya bangun untuk berdiri.

"How suprising? Awak sihat??" Soal Vivi teruja.  "Lama tak dengar awak gelak macam tu.. "

"Vivi??" Soal Ammar masih tidak percaya. Sudah sekian lama dia tidak ketemu buah hatinya itu.

"Ya, saya.. Lama kita tak jumpa, awak datang dengan siapa?" Vivi tersenyum manis.

"Aa-awak apa khabar, Vivi?" Ammar tak menjawab pertanyaan terakhir Vivi.

"Baik. Awak?"

"Alhamdulillah, baik juga." Suasana kekok kembali menemani mereka.

"Eh??" Faziera kalut pabila melihat ada supermodel dan pelakon terkenal berbual dengan bosnya. 'Cantiknya diaa..' puji Faziera.

"Siapa ni, Amm?" Tanya Vivi terkejut. Ada rasa cemburu di hatinya.

"Erkk, saya P..." belum habis dia memperkenalkan diri, Ammar sudah memotong.

"Ni Faziera. Kenalkan.." Ammar teragak-agak ingin memperkenalkan Faziera.

"Its okay, Amm.. Saya faham.." Vivi tersenyum paksa.

"Erkk, Faziera." Faziera menghulurkan tangan kepada Vivi sambil tersenyum manis. Dilema melanda dalam dirinya.

Vivi menyambut dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Come and join us lunch, Cik Vivi?" Ajak Faziera untuk menghilangkan rasa kekok di antara mereka.

"Its okay, Faziera. Sebenarnya saya ada shooting lagi ni, maybe next time kita jumpa lagi?"

"Oo.. okay. Sure!"

Vivi terus berlalu pergi. Jujur apa yang di rasakannya pada ketika ini bercampur-baur.

"Dahlah, Faz. Jom kita makan." Ammar duduk semula dan makan dengan senyap. Kalau diikutkan hatinya, hilang sudah selera makannya tadi apabila melihat Vivi.

Faziera pula hanya terdiam. Dia tidak berani bersuara. Tadi, wajah bosnya dalam mood yang baik, sekarang sudah kembali sugul.

Suram.

*****

Last Edited : 16 Oktober 2017

Putus TerpaksaWhere stories live. Discover now