Panggilan telefon dari papanya, Dato' Adam di pandang lemah. Lambat-lambat dia mengangkatnya.
"Hmm.. Assalamualaikum, nak apa, pa?" Sapa Ammar yang jelas bersuara bosan. Baju sejuk yang di pakainya di kemaskan. Buku di tangannya juga di letakkan di atas meja kopi.
"Waalaikumusalam. Ambuii, suara tu macam bosan je angkat call papa? Nak jadi anak derhaka ke??" Perli Dato' Adam. Papanya memang terror dalam bab perli-memerli ni.
Win!"Kalau takda pape, Amm letak call ni la.." Sahaja Ammar ingin bergurau dengan papanya.
"Haii.. nak telefon anak sendiri pun kena ada sebab ke?" Papanya mula memerli lagi.
"Yela papa, ada apa call Ammar ni? Selalunya call dua minggu sekali. Semenjak dua menjak ni, makin kerap call Ammar? Ada apa-apa ke?" Balas Ammar ingin mengambil hati. Walau bagaimanapun, hati orang tuanya harus dijaga.
"Haa, kan bagus macam ni. Sejuk hati papa dengar kamu tanya macam tu. Apa lagi, kamu kan dah graduate nak masuk tiga bulan dah so, bila nak pulang ke Malaysia ni?"
'Again! Soalan tu jugak yang di tanya.' Bisik hati Ammar. Sesekali dia mengeluh pendek.
Ammar teringat kisah dua hari lepas, apabila Dato' Adam menggunakan isterinya, Datin Aqilah untuk mengumpan Ammar supaya pulang ke Malaysia dengan kadar segera.
Papa juga terror mengelentong dia. Drama bukan main lagi. Kalau ada anugerah 'Papa Paling Kuat Berdrama Seantero Asia', pasti papanya sudah menang.
Bukannya Ammar tidak mahu pulang segera ke Malaysia tetapi, dia masih mahu menimba pengalaman bekerja di negara asing dan bergaul dengan orang-orang asing.
Tambahan lagi, ada sebab lain untuk dia terus stay di negara asing itu. Penyebab yang mampu membuat hatinya sentiasa bahagia apabila memikirkannya.
"Ammar! Kamu dengar tak ni apa papa cakap?!" Sergah Dato' Adam di hujung talian.
"Ha, apa pa??" Terpinga-pinga Ammar membalas.
"Haa.. tulah, bila orang tua cakap termenunglah, taknak dengarlah, buat pekakkan telingalah, apa lah.. siap dikata membebel pulak tu! Ada ke patut??" Papanya sedang membebel. Ammar mencebik walaupun papanya tidak dapat melihat.
"Papa nak kamu balik jugak hujung bulan ni! Papa tak kira!" Tambah papanya lagi keras dan lantang. Terkejut Ammar dibuatnya.
"Okay tapi, ada syaratnya." Balas Ammar setelah dia mendapat satu idea.
"Apa syaratnya?"
"Papa kena janji akan turuti semua permintaan Amm ni?" Sempat juga dia menekan punat perakam di dalam handphonenya. Untuk digunakan waktu-waktu kecemasan nanti.
"In Shaa Allah, papa janji!"
"Okay, good!"
"So, apa syaratnya?"
"Papa boleh minta Amm buat apa pun tapi, jangan paksa Amm kalau Amm say 'NO'. Boleh?"
"Okay, kalau macam tu kita deal?" Tanya Dato' Adam, dia juga menimbalbalik syarat yang diberikan oleh Ammar kepadanya tadi sebelum mengangguk tanda bersetuju.
"Deal!" Balas Ammar teruja. "Kalau macam tu, Amm akan pulang ke Malaysia hujung bulan ni." Ammar terlupa akan janjinya bersama Vivi saat menuturkan itu.
"Tapi, papa pun akan ada syarat papa."
"Apa dia?"
'Jeng! Jeng! Jeng!'
![](https://img.wattpad.com/cover/74011919-288-k11102.jpg)