Bab 1

13.2K 451 5
                                    

Cahaya suria pagi itu menerangi segenap ruang dalam biliknya.Langsir sebagai penghadang tingkap langsung tidak memainkan peranan pada pagi itu.Terasa matanya dicucuk oleh cahaya sang suria itu tanpa belas kasihan.

Diri dipaksa untuk bangun.Mata dikelipkan beberapa kali untuk menyelesakan pandangan sebelum bangkit dari baring.

Jam di atas meja dikerling sekilas.

' 7 pagi'

Kaki diarah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Air wudhuk diambil bagi menyelesaikan tanggungjawab yang satu itu.

Solat subuh.

Walaupun agak lewat.

Usai sahaja, telekung dan sejadah dicapai dari ampaian kecil di sudut kiri bilik sebelum solat dua rakaat itu ditunaikan.

Doa diaminkan dengan begitu khusyuk. Selesai sahaja, baju t-shirt lengan panjang bersama seluar slack hitam dicapai sebelum disarung pada badan.

Baju tidurnya diletakkan di dalam bakul di tepi almari. Katil dikemas,selimut dilipat,bantal disusun.

Shawl hitam yang tergantung elok di dalam almari dicapai dan dibawa ke hadapan cermin.
Shawl dililit mudah tanpa perlu bersusah payah. Jam tangan dipakai pada tangan.

Beg hitam lusuh yang hampir tetas jahitannya disandang sebelah kanan bahu sambil tangan kiri memegang kuat kasut sneakers hitam putihnya.

Itulah rutin harian Ez.

Tiada yang beza malah setiap hari serupa. Hidup di kota metropolitan memerlukan ketahanan diri yang cukup tinggi.

'Ketegasan yang utuh.'

'Keimanan yang teguh.'

'Kecekalan yang kuat.'


Demi melangsungkan sesuatu yang bernama kehidupan di situ.

Semua yang dilakukan di kota itu hasil usaha dan keringat sendiri.

Ez tidak pernah terfikir untuk menyendeng pada kawan malah memprovok demi kepentingan diri sendiri.

Bagi dirinya, mereka yang suka menyendeng serta mengambil kesempatan ke atas orang laim tak ubah macam bunga rafflesia dengan pokok disekelilingnya. Luar mungkin nampak sesuatu yang perlu dibanggakan namun setakat indah wajah dari rupa, orang nak pandang pon tak ingin.

Satu perkataan yang khusus lagikan nyata.

'Parasit.'

Tak cukup ke kita dah jadi omnivore;makan daging dengan sayur?
Sekarang nak jadi parasit pulak?

Ez menggeleng perlahan.

'Manusia mana kenal erti bersyukur.'

---------------------

Setelah berpuas hati dengan keselamatan rumah,langkah kaki dibawa menuju ke bustop berdekatan.

Jam di tangan kanan dikerling.

'7:25'

Mata ligat memerhati orang sekelilingnya. Ada yang sedang giat menekan butang kekunci pada skrin telefon tanpa menghiraukan peluh menitik di dahi dek kerana simbahan terik daripada cahaya sang suria itu agak menggoyahkan iman.

Typical manusia sekarang.

Gadjet adalah tuhan.

Mereka adalah hamba yang setia.

Ada juga yang sedang berusaha untuk mengawal diri daripada terus terusan membuat kilang.

Kilang tahi mata.

"Haeyo! Ez!" sapaan dari arah kanan menyebabkan Ez menoleh sebentar sebelum matanya kembali meliar ke kawasan sekeliling nya.

Ez masih lagi begitu keadaannya. Tiada tingkah laku positif yang menunjukkan dia akan membalas sapaan si polan itu.

Keadaan di bustop semakin gamat apabila manusia sudah mula berpusu pusu menunggu bas untuk ke tempat kerja.

"Tiada angin,tiada ribut. Ada pulak kat sini yang jadi taufan? Puting beliung mungkin.... Sounds creepy right?" sindir si dia.

Ez yang mendengarnya mengeluh perlahan.

'Apalagi manusia ni nak? Tak sah kalau tak ganggu aku walau sehari'

"Entahlah. Aku nampak matahari je setakat ni. Tapi tak sangka ada pulak burung gagak bertenggek kat sini. Semak sia." laju Ez membalas sindirannya.

'Heh..'

Si dia terdiam buat seketika.

Hon bas yang cukup kuat mematikan kemahuan si dia untuk membalas kembali sindiran Ez.

Masing masing beratur untuk menaiki bas selain daripada si peramah tadi.

Ez sudah pun berdiri di dalam bas bersama penumpang yang lain sebelum pandangannya teralih pada si sang peramah itu.
Bibir Ez terkumat kamit menuturkan sesuatu.

"Aku tak kenal strangers. And I'm sorry. Aku tak hingin pon."




[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now