3(1)

3.6K 156 3
                                    


Sudah hampir seminggu Ez tidak memunculkan diri untuk hadir semasa latihan seperti biasa berlangsung. Kim pun hanya sekejap sekejap ada. Am jangan cakaplah. Hidung pon tak nampak apatah lagi batang hidung dia.
Paan pula masih setia dengan gitarnya, Ande.

Hanya tinggal aku yang terus terusan menanti kehadiran Ez. Macam tunggu buah durian jatuh ke tanah.
Sekalipon dia tidak pernah lepas walaupon sehari.

Nafas ku hela kasar sebelum bangkit dari dudukku. Seluar di bahagian belakang aku tepuk sedikit. Naik kebas dan kematu punggung aku setelah dua jam menunggu di hadapan pintu.

Beg sandang yang biasanya aku akan bawa ke mana sahaja aku pergi, aku biarkan ia terdampar lesu di atas meja.

"Paan aku keluar jap. Cari Ez." jujur aku. Aku malas nak coverline bagai. At least dosa menipu tu takda ah.

Sebagai balasannya, Paan sekadar mengangguk.

Langkah kaki aku bawa keluar dari bilik studio menuju ke kafe kolej. Pandangan aku liarkan sekelilingku. Merata tempat mata aku meratah keadaan. Tapi.. Bayang dia pon tak nampak.

'Nope. She's not here'

Aku melangkah perlahan menyeberang koridor koridor kelas sambil mata ligat memerhati. Rentak kaki seakan senada dengan alunan jiwa yang terasa sunyi petang itu.

Namun..

Mata aku cepat menangkap kelibat yang melintas di sebalik koridor. Lantas senyum nipis terukir indah di bibirku.

'Gotcha.'

Aku mengikut kelibat si dia dan tanpa aku sedar aku telah tiba di rooftp kolej. Pfftt. Mungkin main laju perempuan ni jalan. Kena kejar hantu ke apa?
Lantas pintu besi yang menghalang pandangan aku daripada mengekori si dia, aku tolak perlahan.

Baru beberapa langkah menuju ke arah si dia..

"Kau nak apa dari aku Iz?" sebelum sempat aku membuka mulut, Ez telah memotong terlebih dahulu.

Soalannya aku biarkan sunyi seketika sebelum aku aturkan langkah ke arahnya dengan lebih dekat dan berhenti di belakangnya.

"Kau ok?" tanya aku serba salah. Aku masih lagi kekal dengan kedudukan sebentar tadi. Pandangan aku hadapkan ke kota yang tersergam megah di hadapan mata walaupun jelas aku sedang berinteraksi dengan Ez.

"Jangan berpura untuk mengambil berat. Aku bukan lahir untuk minta simpati kau." sinis Ez.

'Fuh. This girl is really tough  man. Keras sangat dah ni'

"Asal tak datang jamming huh?" soal aku seakan tidak dengar sinisan Ez sebentar tadi. Tanpa segan silu, aku terus melabuhkan punggung bersebelahan dengannya walaupun tanpa dijemput.

"Bukan masalah kau. And kau dah boleh berhenti tunggu aku tiap tiap hari. Tak bosan ke?" soal Ez. Angin damai petang itu menyapa mukanya yang hampir separuh ditutup hoodie. Tangannya erat mencengkam lutut apabila silanya diperbetulkan. Pemandangan kota raya tersergam indah di hadapan mata.

'Kota rayaku'

"Aku tak pernah bosan tunggu kau."

"Ayat lelaki"

"Aku bukan typical lelaki biasa"

"Apa beza? Tetap lelaki jugak kan?"

"Apa masalah kau?"

"Apa masalah aku?"

"Ez."

" Iz."

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now