8(3)

1.9K 109 7
                                    

"Am!! Tunggu jap!! Am!! You tak dengar ke I panggil you ni?!" Suara ayu Kai sudah mencapai pitch yang paling tinggi apabila Am sengaja berbuat pekak ketika ini. Nasib lah tingkap dengan gelas tak pecah. Frequency suara tinggi sangat tak pasal pasal cermin mata orang pon boleh pecah.

Am sudah mula rimas. Dari awal dia keluar dari studio  selepas training untuk konsert terakhir bulan depan hinggalah ke saat ini. Kaisara anak Tan Sri Hisyam sudah kehulu kehilir mengikutinya.

Kim awal awal dah blah bila sedar keadaan semakin tak terkawal. Ada baiknya dia terus balik daripada masuk campur urusan anak Tan Sri dengan Fahmi kegilaan ramai tu. Yelah.. Ada orang tunggu kat rumah kan..

Paan dan Iz langsung tidak tahu menahu mengenai perangai gila Kaisara ini. Sudah seminggu perkara ini melarat dan rasanya seperti kesabaran Am mula terbatas.

Langkah kaki diatur dengan lebih laju semata mata untuk melarikan diri daripada Kai. Takkan lah nak buat baik lagi bila orang dah tikam belakang kita dengan pisau rambo sampai terbelah perut? Biar bodoh bermaruah.. Itu yang terbaik.

"FAHMI!" lengan aku ditarik kasar sehingga mematikan langkahku.

"KAU NAK APA LAGI HA KAISARA?!!?" tengking Am kasar. Dia sudah cukup meluat dengan perangai Kaisara yang tiba tiba berubah. 

'Apa yang kau cuba sampaikan sekarang ni Sara?'

Wajah ketakutan jelas terukir pada riak wajahnya. Mungkin terlalu terkejut dengan tengkingan tiba tiba daripada Am. Air mata sudah bergenang di tubir matanya. Terlampau sedih dan kecewa dengan sikapnya sendiri sehingga orang yang paling dia sayang di hadapannya turut berubah.

"AKU TANYA TU JAWABLAH! DAH BAGI PELUANG CAKAP TAKNAK PULAK!!" 

Jerkahan Am cukup membuat Kaisara tersentak dan tergamam. Sebegitu benci Am kepadanya sehingga hilang semua kata kata lembut darinya seperti dulu. Dia cuba tahan air matanya daripada mengalir. Dia perlu terima dan kuat dengan layanan Fahmi kepadanya kerana dia tahu.. Dia layak untuk terima semua itu.. Silap sendiri nak menangis air mata darah pon tak boleh dah. Dah terlambat...

"BODOH! BUANG MASA AKU BETUL!" sebelum sempat Am melangkah pergi,lengannya sekali lagi ditahan oleh Kai. Mata Am melorot ke lengannya sebelum naik merenung ke muka Kai. Dia terpana seketika.

Untuk kesekian kalinya..

Air mata yang selama ini terlalu mahal harganya untuk ditumpahkan akhirnya diluahkan oleh Kai di hadapannya. Air mata yang mengalir perlahan turun membasahi pipi cukup menyengat hati Fahmi untuk melihatnya. Dia terlampau menyayangi gadis dihadapannya ketika ini walaupun telah dikecewakan parah olehnya satu tika dulu.

Ingin sahaja tangannya menyapu lembut air mata itu namun dia tahu batasnya. Dia tidak mampu. Dia nampak dengan jelas pandangan ikhlas dari Kaisara walaupun gadis itu sedang menangis.

"Maafkan.. hiks... Sara...hiks..." ucap Kai syahdu.

"Maafkan....... Sara.... Fahmi....." tersedu sedan gadis itu meminta.

Am sedaya upaya menahan air mata lelakinya mengalir sama. Rasa yang sudah lama terpendam dalam hampir hampir terluah lalu tanpa menunggu lama dia terus menarik kasar lengannya. Bukan jijik atau geli. 

 Dia ada maruah! 

 Maruah yang pernah gadis itu pijak dalam diam.

Dia ada hati!

Hati yang pernah gadis itu hancurkan dengan tangannya.

Dia ada perasaan!

Dia ada semua itu! Tapi gadis ini yang ranapkan segalanya!

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now