10(5)

2.1K 99 5
                                    


"Dah ready?.." tanya Paan kepadaku yang sedang siap sedia dengan samping songket. Keris di tangan Paan disematkan pada celah sampingku dan ditepuk tepuk perlahan.

"Uhhh..uh.. Nebes do.." jawab ku sambil tangan dikipas kipaskan. Kelihatan dahiku sedikit berpeluh bersama kerutan pada dahi. Paan hanya menggeleng melihat perangai rakannya seorang ni.

Tisu dicapai dan dihulurkan kepada ku. Aku hanya mencapai dan mengelap kasar wajah. Paan sudah terjegil mata melihat rakannya itu.

"Agak lah! Kau dah lawa pergi burukkan diri kau kenapa?" tegah Paan pada ku. Aku yang blur blur memandang kosong ke arah Paan.

Pergerakkannya terhenti seketika. Tisu tadi dihulur kepada Paan manakala songkok dikepalanya ditanggalkan pula. Paan sudah memandang pelik.

PAKKK.

"Aduh..." ngadu aku. Kepalaku digosok lembut kerana terasa perit apabila ditepuk kuat oleh Paan tadi.

"Ngada ngada! Pergi cabut songkok pahal?! Elok elok dah hensem dah kau pergi huduhkan muka kau kenapa?! Jangan sampai yang salam tangan abang Ez nanti tu aku tau..." ugut Paan.

Aku sudah membuat muka cemberut. Songkok diletakkan kembali pada kepala. Rambut di bahagian tepi dikemaskan dan dilurut ke belakang telinga supaya tampak kemas dan segak. Cermin mata di atas meja diambil sebelum disarung ke mata. 

Ini permintaan Ez sendiri.

"Biarlah masing masing menunjukkan kekurangan yang ada supaya kelebihan yang tersembunyi tidak menjadi bahan untuk kita berbangga dan riak.."

"Kenapa tiba tiba ni?"

"Azra nak Adam pakai cermin mata nanti. You look better in my eyes with those spectacles. Nampak skema dan Adam yang Ez kenal selama ni... Biarlah Azra kenal the other side of Adam lepas kita dah halal ok?"

Aku lantas tersenyum suka apabila mengingat kembali kejadian itu. Sewaktu kami berdua on the way untuk pulang ke rumah masing masing, Azraf ada bertanyakan tentang keinginan aku untuk bercermin mata atau tidak. Namun, sebelum sempat aku menjawab gadis itu sudah memotong terlebih dahulu.

Jawapannya itu menjadi bahan usikan hinggalah kami berpisah apabila masing masing sudah sampai ke kereta. Azra mengikut abangnya pulang manakala aku pula pulang sendirian ketika itu. 

"HAAA! Tersengeh sengeh pulak kau eh? Kau dah lambat ni.. Pengantin perempuan dah tunggu ni!" Paan menegurku apabila melihat aku ralit sekali termenung sambil tersengeh. Aku tersentak. Lantas, jam tangan di atas meja dicapai dan dipakai pada pergelangan tangan kanan.

Sempat aku melirik diriku di dalam cermin untuk memastikan segalanya sudah lengkap dan sempurna. Aku cuba mengukir senyuman nipis sambil menarik nafas pendek bagi meredakan rasa gemuruh yang semakin mencengkam.

'Kau boleh Iz!'

"WOI!! CEPATLAH NGEK! KAU DAH LAMBAT. PAKCIK KAU DAH TUNGGU NI!!" jerit Paan dari aras bawah. Aku cepat cepat melangkah keluar dari bilik sewaku dengan Paan dan berlari turun ke bawah. Sudah serik mendengar Paan membebel mengalahkan makcik makcik.

Gugusan kunci di atas meja makan aku capai lalu dicampakkan kepada Paan. Paan menyambutnya bersama muka bangganya sebelum dia berjalan ke arahku lalu membetulkan sampingku yang makin senget.

"Kau ni... Dah nak jadi laki orang pon samping tak reti pakai? Haishh.." sempat Paan mengutukku. Aku membuat muka tidak puas hati lalu melangkah keluar dari rumah sewa.

Kelihatan sebuah kereta Honda Accord putih tersadai betul betul di belakang keretaku,Toyota Vios. Barang barang hantaran sudahpun dimasukkan di dalam kereta putih tersebut milik pakcik aku sendiri. Keretaku pula Paan yang bakal pandu sebab mamat tu menggedik nak sangat jadi pengapit tak berbayar aku.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now