11(1)

2K 93 11
                                    


"Ready? Gerak sekarang eh? Takut nanti yang lain tunggu pulak.." arahku.

Setelah hampir 10 minit aku menunggu Ez untuk bersiap, akhirnya baru nampak bayangannya yang baharu hendak turun ke bawah.

'Perempuan..'

"K dah siap.Jom." ujarnya.

Kunci rumah yang tergantung pada dinding dia capai terlebih dahulu. Tingkap rumah ditutupnya rapat. Aku sudah terlebih dahulu melangkah keluar dari rumah dan menunggu Ez di hadapan pagar utama rumah. Dengar sahaja engsel pagar kecil ditolak,aku terus menoleh ke arahnya.

Baru aku perasan pakaian kami hampir sama. Yang bezanya hanya corak dan pattern baju. Aku tersenyum simpul.

Ni mesti si pendek ni tak perasan.

Hahaks..

"Hei! Termenung pulak dia. Jomlah. Nanti lambat abang yang bebel." sergah Ez secara tiba tiba. Nasib sahaja aku tidak mempunyai sebarang penyakit jantung,kang tak pasal pasal jadi janda pulak si Ez ni.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Dia pula hanya menayangkan sengih basinya kepadaku. Aku memberi sedikit ruang kepadanya untuk mengunci pagar utama rumah kami.

Selesai sahaja, kunci di tangannya aku tarik dan dimasukkan ke dalam beg sandangku. Beg gitar yang tersandar pada dinding batu aku tarik lalu dijinjing oleh tangan kiriku. Manakala tangan kananku pula memaut tangan kiri Ez.

"Ishhh. Janganlah abang. Orang tengok lah." sedaya upaya Ez cuba memboloskan tangannya dariku namun tidak berjaya apabila aku menggenggamnya kuat.

"Biarlah. Ada Adam kisah?" jawabku selamba.

Setelah penat melepaskan diri,akhirnya dia biarkan sahaja tangannya berada dalam genggamanku. Aku tersenyum kecil.

'Dah gibap ke awok?'

Sepatutnya harini jamming kami berjalan seperti biasa iaiti di studio kolej. Namun, malam semalam Paan secara tiba tiba menukar tempat latihan kami pada saat akhir. Itu aku tidak kisah sangat.

Apa yang aku kisah bila Paan sengaja menaikkan darah aku malam semalam. Nasib sahaja ada Ez menenangkan aku semalam, kalau tak memang sah aku baling fon masuk jamban.

'Dramatik sungguh..'

Flashback

Paan & Iz POV

"Hello? Assalamualaikum.. Ha.. Ada apa call aku malam malam ni?" tanyaku laju setelah panggilan dari arah sana aku jawab.

"Alaaa abang Adam ni.. Call pon tak boleh ke?" kedengaran suara garau yang dilembutkan dari arah sana menjawab. Aku yang terkejut lantas menjauhkan telefon dari telinga.

Ez yang ketika itu baharu masuk ke dalam kamar tidur menjongketkan keningnya apabila pelik melihat keadaan aku. Aku yang perasan dengan kehadirannya lantas menepuk menepuk ruang kosong katil dihadapanku.

Ez yang mengerti terus melabuhkan duduknya di situ. Aku bergerak ke arahnya lalu melilitkan kakiku pada pinggangnya. Telefon di tangan aku bawa ke tengah lantas pembesar suara aku tekan.

"Ehh?! Hello?! Mati dah ke? Haaa. Sebelum mati, Ez tu bagi kat aku dulu..." suara pekikan Paan kedengaran kuat apabila aku tidak menyambutnya.

Namun,dengar sahaja ayatnya yang terakhir telinga aku terus berasap.

'Kurang ajor'

"Banananana eh kau Paan.."
Takguna punya kawan. Ada hati nak sailang bini aku.
"Hahaahaha. Eleh macam lah kau takda banana kan? Hahahahahaha" saat itu,aku hampir memakinya namun apabila terpandang muka Ez yang sudah memerah aku tahu gadis itu segan.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now