10(2)

1.7K 93 10
                                    

EZ'S POV

"Nah.." Kim menghulur sesuatu kepadaku. Aku menyambutnya bersama pandangan pelik daripadanya. Iz yang berada di sebelahku turut beriaksi sama sepertiku.

" Husna.. Ashraf suruh kau tengok.. Dia dah takda kat sini.. He decided untuk pindah sebab dia tahu.. He don't deserve you.. Am.. Kau dah tahu perkara sebenar kan? Aku dah buat sedaya yang aku mampu... It's all depends on you right now bro.." jelas Kim sambil menepuk nepuk bahu Am. 

Aku bertukar pandangan dengan Iz. Riak gelisah jelas terpapar pada wajah tunang aku ini. Terlalu takut sekiranya ada perkara yang Ashraf buat boleh mengubah haluan hati aku. Aku menghantar signal kepadanya untuk keluar dari bilik ini. Dia yang perasan mengangguk kepadaku tanda setuju.

'Everyone needs their own privacy kan?' 

Iz menarik lengan Paan supaya lelaki itu mengikutnya bersama manakala Kim pula menemani Am dan Sara. Paan yang sedia pasrah mengerti dirinya sedang femes percuma hanya mengikut sahaja langkah aku dan Iz. Kami melangkah keluar dari department studio lalu menuju ke tempat sama sebelum ini.

Tasik.

Jarum jam yang sudah menginjak pukul 1 lebih cukup membuktikan keadaan di tasik dikerumuni pelajar pelajar yang mengambil angin untuk bersiar siar sambil menunggu waktu solat Zohor masuk. Melihat semua bangku di kawasan tasik tersebut sudah dipenuhi,aku membuat pilihan untuk duduk di atas rumput sahaja. Iz dan Paan yang hanya mengekori turut melakukan perkara sama.

Beg sandang yang masih tersangkut di bahu aku buka dan bawa ke hadapanku. Pandangan pelajar sekeliling yang mungkin pelik melihat keadaan kami bertiga berpiknik di sini tidak aku hiraukan. Aku tiada masa untuk itu jelas sekali aku terlampau memikirkan perihal CD yang diberi oleh Kim tadi.

Zip beg aku buka lalu ditarik keluar laptop hitam merah dari beg tersebut. Beg itu aku letak disisi manakala laptop itu sudah bertukar tangan kepada Iz pula. Kaki yang berlunjur tadi aku bawa bersila sambil tanganku membetulkan letak hoodie di atas kepala. Cahaya matahari yang memancar terik buat mataku silau dan kepalaku sakit.

Paan disebelah Iz hanya diam memerhati apa yang sedang rakannya lakukan. Kaki Iz yang bersila ditukar melunjur sebagai alas kepada laptopku. Laptopku yang sudah di'on'kan oleh Iz awal awal tadi dibiarkan seketika. CD di tanganku dicapai sebelum bekasnya dibuka. Serentak itu, sepucuk surat terjatuh atas papan kekunci komputer ribaku. Jelas mengerti mengenai isu sensitifku,surat itu dihulurkan kepadaku oleh Iz sambil dia mengangguk kecil.

Aku yang serba salah perlahan lahan mengambil kertas itu daripada pegangan Iz. Jariku sedang menggigil kuat untuk membuka kertas itu.

"Aku tau kau boleh..." Paan yang sebelumnya senyap sunyi tiba tiba bersuara.

Aku merenung ke arah mereka berdua sebelum kembali terpaku pada surat itu. Perlahan lahan helaian yang berlipat aku buka. Berdebar debar menanti apa yang bakal aku baca sebentar nanti.

Iz yang perasan diriku yang semakin tenggelam dengan perasaan takut dan berdebar mula risau. Dia menyerahkan laptop di ribanya kepada Paan bersama CD di tangannya.

"Handle untuk aku sat..." suruh Iz. Tanpa membantah,Paan hanya menurut.

Surat di tanganku pula kini bertukar tangan. Mengerti bahawa aku dan dia memerlukan sedikit privasi,kami melangkah jauh sikit daripada tempat duduk asal kami. 

"Sedia?" tanya Iz kepadaku dengan nada yang lembut. Aku hanya memandang sayup ke arah matanya lalu menunduk ke bawah. Cuba menahan rasa sebak yang mula menghurung diri. Aku terlampau takut sekiranya apaa yang telah aku lakukan sebelum ini terhadap Ashraf mendatangkan kesan yang amat buruk. Namun,tanggapan itu cuba aku buang sejauh mungkin. Aku mahu positif.  Aku pejamkan mata seketika sebelum membukanya kembali dan menarik nafas panjang. Aku mendongak memandang Iz lalu mengangguk kecil.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now