Bab 12

6K 114 29
                                    


KEPAK KEPAK KE BOOM BOOM!!

KEPAK KEPAK KE BOOM BOOM!!

PENGANTIN BARU!! PENGANTIN BARU!! DUDUK BERSANDING!! TERSIMPUL MALU!!

Irama lagu pengantin baru kuat kedengaran menghiasi majlis persandingan hari ini.

Siapa kahwin?

Siapa lagi kalau bukan Fahmi dengan Kaisara. Cukuplah berbulan menyulam cinta, berendam bahagia, disimbah bibit bibit kasih dan rindu akhirnya mereka tekad untuk membawa hidup mereka ke fasa baharu.

Setelah konsert BOD berakhir, Am mengambil langkah gentleman bak hang untuk melamar Kai sebagai permaisuri hatinya. Hasil daripada dorongan laki bini yakni Iz dan Ez, Kim dan Dewi, Am berjaya membuktikan bahawa dia lelaki yang berjaya. Lol.

Sis takleh relate. Ha-Ha.

Azraf dan Maisarah?

Hm.. Entahlah. Mungkin masih dalam proses menjadi kawan semula walaupun hakikatnya dua dua memendam rasa yang sama. Haih. Susah nak habaq. Benda yang simple macam gini nampak susah bila datang dekat orang yang suka berfikiran susah. Lol.

Lagi sekali sis tak dapat relate.

Dewi dan Kim.

Dewi selamat melahirkan cahaya mata yang pertama walaupun due date untuk baby keluar masih lagi agak jauh. Macam mana tak terberanak Dewi tu kalau lakinya gaya macam budak budak tak berapa nak matang. Penat dia bertahan untuk melayan kerenah Kim yang kadangnya terlebih mengada dan minta selipar jepun. Nama baby? Tanya diorang lah nanti. Sis malas nak fikir.

lol.

Paan?

Hm..

Payah untuk diucap dan diperkatakan pada khalayak. Walaupun sekarang dia sedang segak berbaju melayu berwarna PINK dan dengan rela hati menjadi pengapit kepada Am, tiada siapa tahu dia sedang mengalami satu fasa kehidupan yang betul betul membuatkan dia separuh gila. Yang cuma tahu tentang hal ini adalah Ez, Iz dan seorang perempuan yang boleh dikatakan agak rapat dengan tuan punya badan.

Nak tahu?

Tunggu Farhan Iskandar.

"ABANG!!!!!" jeritan isteriku dari arah depan mengejutkan seluruh jemputan yang hadir pada majlis hari ini. Tanpa berlengah walaupun sesaat, aku terus berlari ke arahnya tanpa mempedulikan makanan yang masih penuh di dalam pinggan.

"YA SAYANG?! KENAPA NI?!?!" aku mula panik. Isteriku kini sudahpun terduduk lemah di atas salah sebuah kerusi. Aku terlampau resah hingga tidak tahu untuk bertindak bagaimana. Tangannya yang memegang perut bersama nafas yang laju betul betul menakutkan aku.

Dah due date ke?

Awal lagi lah wei.

"Lapar lah abang.." ujarnya tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah membuat situasi menjadi kucar kacir. Aku yang tadinya sudah tidak tentu arah sudah bercekak pinggang memandangnya dengan pandangan tegas. Bukan mahu marah tetapi lebih kepada untuk memberi teguran terhadap sikapnya yang satu itu. Mereka yang menonton drama seminit daripada Ez tadi kini ketawa besar apabila Ez sekdar bermain main.

Suka buat aku risau.

Nasib baik jantung aku kuat.

Kalau tak arwah aku jadi.

Janda pulak bini aku karang.

"Sayang.. boleh tak jangan buat abang panik? Ingat benda ni main main ke? Nasib baik abang tak tercekik tulang ayam tadi, kalau tak dah arwah dah abang.." aku sengaja mengugutnya dengan berkata begitu. Bibir Ez mula tercebik cebik ingin menangis. Bibir bawahnya digigit kuat hingga kelihatan sedikit darah tercalit pada bibirnya. Aku yang serba salah segera menegahnya daripada terus menggigit bibirnya. Aku melutut padanya sambil memegang tangannya yang digenggam kuat.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now