2(1)

4K 179 2
                                    

-Throwback-

Ash's POV

"You tolong I, I akan tolong you ok?" suara gedik itu mula memecah ruang keheningan antara aku dengan dia.

Badan duk meliang lentuk macam hape. Tak cukup badan, tangan gadis itu sudah mula menjalar.

'Aih! Perempuan ni. Ada jugak yang kena tibai dengan aku karang. Macam ular sesat dah aku nengoknya' kutuk Ash dalam diam.

Tangannya di atas meja ditarik ke sisi bagi mengelakkan 'ular' itu menjalar lebih lebih pulak.

"Jangan lebih lebih,Syu. We are just a friends remember? I dah ade girlfriend and please kawal you punya 'gedik' tu. Geli." direct aku.

Bolehlah ditepukan gemuruh dihadiahkan kepada aku.

Terus berubah kelat muka Syuhada. Nama dah sedap dah cuma sayang perangai tak semengah nama dan rupa.

Badannya yang macam ular tadi ditegakkan kembali. Dia berdehem perlahan bagi memperbetulkan tune suara yang ala ala sumbang tahi ayam tu.

'Buat malu keturunan do,perempuan macam ni'

"Erk. Btw, macam mana you dengan Husna?" tanya Syu yang tiba tiba berminat dengan topik ni.

Aku berhenti menghirup air ais lemon tea dihadapan yang masih berbaki separuh. Kening sebelah dinaikkan tanda pelik apabila Syuhada menanyakan soalan itu.

Mataku melirik ke arah Syu seketika sebelum kembali meliar ke arah keliling restoran.

"Ya.Good. Why?" jawab aku mendatar.

'Bukan masalah kau lah perempuan. Sibuk je kerja'

"Tak ada rasa ragu ragu dengan dia ke? I dengar Kai nampak dia keluar dengan lelaki lain last week." ujar Syu bersahaja.

Aku mencebik. Sinis.

"Tu abang dia. Yang you sibuk sangat nak tahu ni kenapa?"

"Tu....." ujar Syu sebelum jari telunjuk menunding ke arah kedai buku di belakang aku. Aku memandang ke belakang sebelum tersentak.

Tiba tiba rasa ais lemon tea tu jadi masin.

-------------------------------

Husna's POV

" Thanks wei teman aku. Sorry lah kalau kalau aku menyusahkan kau malam malam gini." ujar aku kepada Syed yang menemani aku ke kedai buku sebentar tadi.

Pelik? Kenapa bukan Ash? Kenapa Syed?

Bukan taknak ajak Ash ... Aku dah ajak... Ash sendiri kata dia ada dinner dengan kawan. So i take his answer as 'NO'

"No hal lah Husna. Lagipun dah malam kan. Bahaya ah perempuan lawa keluar malam malam gini. Sekali sekala lepak dengan kau je pon" jawab Syed sekadar berbasa basi.

"Poyo bak hang. Puji aku lagu tuh. Aishh. Segan. Hahahaha " gelak aku kuat. Syed pun ikut gelak sekali.

For real, pertemuannya dengan Syed bukan dirancang. Terserempak tanpa sengaja lebih tepat.

"Ehem" deheman dari arah belakang aku mematikan gelak aku. Bahana siapa pulak ni kacau aku tengah gelak?

Lantas aku berpaling. Niat nak bermasam tak jadi apabila wajah kesayangan muncul di hadapan mata.

'Jatuh dari langit kah?'

Syed sekadar mengangguk kosong ke arahnya sebelum berura ura untuk pergi.

"I think I should go now. See you then, Husna. Goodnight and Assalamualaikum" Syed memberi salam sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dengan Ash.

Yes. Lelaki itu ialah Ash.

"Pandai curang sekarang? Saya tak sangka." sindir Ash.

Wut the hell? Angin takda. Ribut takda. Entah jatuh dari langit mana tiba tiba tuduh orang macam tu. Dahi aku berkerut menandakan aku tak faham apa apa.

"Kenapa? Tak faham?" tanyanya lagi. Dia mencebik.

Kening kanan aku sudah ternaik tinggi sebelum aku tersenyum sinis.

Well.

Well.

Well.

Aku meliarkan pandangan sebelum terpaku pada restoran.
Senyum sinis terukir lebar. Aku tersedar sesuatu.

"Suka hati awaklah nak cakap apa. Awak pon apa kurangnya kan? Dinner dengan kawan huh?" ujar aku sebelum berlalu meninggalkan Ash yang sudah kelu seribu bahasa kat situ.

' Lelaki...'

- end throwback-

--------------------------

Ez's POV

" Miss Azra. Could you please mind your own words before spit it out?" suara tengkingan Prof. Sarah mematikan lamunan aku tentang masa lalu.

Kelas Fizik yang sepatutnya berjalan dengan baik seperti hari hari sebelumnya entah kenapa tergendala seketika.

Aku mengetap rahang menahan pelbagai rasa dan geram yang bercampur aduk. Dah lah kacau waktu aku tengah duk teghowback.

Aku berdiri di tempat dudukku. Semua mata terarah kepadaku tidak dihiraukan.

"Apa pulak kali ni Prof? Saya tak buat apa apa pun." jawab aku sambil menayangkan muka innocent.

Entah kenapa setibanya ke kelas pengajiannya pagi itu,dia ditengking dengan soalan pelik. Tidak dinafikan walaupun perangainya dalam kolej ni ala ala baik,jahat,baik,jahat gituhh sekali pun dia tak pernah tak hormat orang.

"Tak buat apa apa awak kata? Ni yang Kai duk merengek kata awak hina dia macam macam depan public bukan apa apa awak kata?" volumenya sudah diperlahankan.

'Bila pulak lahai?'

Aku sekadar memandang kosong ke arah Kai sebelum beralih ke arah Prof Sarah dan seluruh kelas.Nafas aku hela perlahan.

"Prof pon salah. Hanya kerana ayah dia berpangkat dekat kolej ni Prof takda hak langsung nak tuduh saya tanpa bukti. Walaupun keluar dari mulut Kai tidak semestinya benda yang dibicarakan olehnya betul. Saya baru sampai kolej dan bila masa saya jumpa Kai selain daripada masa kelas? Lagipun saya tak hingin langsung untuk kenal dia apatah lagi hina. Seteruk teruk saya, saya masih ada maruah yang perlu dijaga." jelas aku panjang lebar.

Terus mati esakan palsu Kai apabila mendengar ceramah luahan hati dari aku. Beg di tepi disandang ke bahu kanan sebelum earphone dipasang ke telinga. Kaki membawa diri keluar dari kelas.

Putus connectionnya dengan dunia kolej buat sementara waktu.

Tbc.....

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now