4(2)

2.9K 154 11
                                    


Buku tebal bertajuk 'Pengajian Am' aku pegang kemas. Iz masih lagi mengikuti langkahku sambil mendengar butir bicara yang aku luahkan kepadanya. Sambil bercerita sebentar tadi, aku memilih buku yang aku ingin beli nanti.

Keadaan jeda seketika.

Pandangan aku yang sedari tadi asyik menunduk kini terhala ke arah Iz. Keningku terjongket tinggi apabila melihat kerutan pada dahinya.

"Dude. Baliklah. You need time for all those stuffs yang aku cerita pada kau. Nanti apa apa hal.. Kau roger je eh?" pintaku lembut. Matanya yang tajam bertentang mata denganku,aku cuba lawan tetapi akhirnya aku mengalah. Tertunduk aku dibuatnya sambil kaki dibawa ke rak yang menempatkan buku buku kamus tebal pelbagai bahasa meninggalkan Iz di belakang.

Suasana sunyi.

Mataku ralit menyelak buku di tangan. Aku masih tidak sedar keberadaan Iz ketika ini. Aku hanya fokus menghadap dan membelek buku kamus sebelum memilih yang terbaik.

"Dia pernah confess feelings kat kau?" suara garau Iz mencecah telingaku hampir menyebabkan buku di tanganku terjatuh tetapi berjaya aku tahan. Sangkaan aku sebelum ini mengenai kepulangannya sama sekali terbantut.

"Aku tak berapa nak ingat. Entahlah" jawabku sambil lewa. Aku menuju ke rak yang menempatkan bahan bahan alat tulis. Secara tiba tiba,ada tangan yang dihulur dari arah belakang yang sedang memegang sticky note berwarna putih. Jelas tertulis namaku,'azra husna' ditulis dengan marker hitam pada bahagian atasnya.

Sebaik sahaja kertas itu bertukar tangan,gerangan si dia sudah mengatur langkah pergi. Tanpa menghiraukannya,mataku tajam memamah setiap inci bait bait perkataan yang tertulis kemas pada kertas puth itu. Secara tiba tiba,terasa dunia aku terhenti buat seketika.

"Just please.. Save your heart for me."
iz~

-----------------------------------------------

Ash's POV

Mee goreng mamak yang berbaki suku ditolak ke tepi. Seleranya serta merta mati. Air sirap limau dibawa ke hadapan sebelum disedut dengan straw. Mata aku tajam tertumpu kepada pasangan yang sedang ralit berbual dan tampak bahagia.

'Macam mana aku tahu?'

'Her smile explains everything. huh.'

Tidak semena mena nafas kasar dihela. Hati sakit secara tiba tiba. Rasa itu mencengkam kuat hingga melemaskan aku.

'Mengapa?'

Aku sendiri kurang pasti. Sepatutnya perkara seperti ini sudah lama mati. Pandangan aku bawa ke luar restoran.

'Husnaaaa...'

Aku rindu dia.

Ya.

Dan.

Fasa move on dalam hidup aku setakat ini belum pernah wujud.

Bukan tak sudi.

Tetapi hati keras untuk melakukan sedemikian.

Entah keyakinan dari punca mana aku dapat, aku percaya satu perkara.

Husna akan kembali. Thats all.

Dan. Yang menjadi taruhannya adalah masa. Sama ada lambat, cepat atau mungkin tak pernah. Tiga keberangkalian itu kadang kadang dengan sendirinya meruntuhkan keyakinan aku yang tinggi melangit.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now