10(4)

1.8K 95 1
                                    


EZ'S POV

"Abang!! Sorry lambat.." aku yang baru tiba di hadapan kedai persiapan pengantin untuk majlis aku nanti hanya tersengih basi.

Azraf sudah membuat muka cemberutnya kerana tidak berpuas hati apabila aku sembang kencang tentang waktu aku tiba di sini.

"Sorry Azraf.. Lambat sikit tadi. Kereta buat hal.." Iz yang baharu sahaja tiba di sisiku terus memohon maaf di atas kelewatannya.

"Cehhh.. Korang punya maaf tu boleh awal awal masuk parit kot. Dasar semcang! Ingat abang takda kerja lain ke ha?" dengus Azraf kasar.

Aku dan Iz saling berpandangan antara satu sama lain sambil membuat muka bersalah.

Kalau bukan sebab Iz,aku tak lambat ok.

Awal awal aku dah suruh mamat tu check kereta pagi subuh tadi sebab kereta tu dia jarang guna. Yelah. Kampus depan mata je. Buat apa pakai kereta kalau kaki ada kan?

Psst.

Lagipon minyak tengah naik ni.

HA-HA

"Alah.. Abang... Jangan marah..." mimik muka aku comelkan bersama puppy eyes yang tak berapa menjadi kepada Azraf.

Kedengaran ketawa kecil dari belakangku. Aku menjeling ke arahnya menyuruh dia diam. Taguna punya tunang. Bukan nak tolong.

"Apa apa jelah. Sekarang ni masuk dalam pi tengok apa yang patut. Sejam lagi abang datang sini balik,korang dah settle. Faham?" tegasnya. Serentak kami berdua mengangguk kepala sebagai jawapan. Takut sekiranya dia berubah hati nanti diajak kami balik. Menangis aku sebab tak kahwin. Eh?

Lol.

"Apa lagi tunggu?! Pergi masuk ah!!" terus memetir suara Azraf.Kami berdua yang sudah kecut terus masuk ke dalam kedai tersebut.

Kami berjalan jalan mencuci mata terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Takut nanti tersalah buat pilihan sendiri merana tak sudah.

"Ye cik.. Boleh saya bantu?" suara kedengaran dari arah belakang kami menyebabkan kami terus memaling ke belakang.

Aku terus terpana manakala Iz pula sedang menggaru kepalanya tanda dia memang betul betul tengah blur dan lost. Masa depannya kelihatan gelap semacam. HA-HA

"Mai?" aku bertanya.

---------------

MAI'S POV

"Mai?" gadis dihadapanku ini kelihatan begitu terkejut apabila melihat diriku. Aku yang tidak mengerti keadaan sebenar terpinga pinga di situ.

'Aku pakai baju terbalik ke?'

'Kasut lain lain?'

'Ke tudung aku berjenama sangat?'

Ok.

Itu melampau.

"Ehem. Kita kenal ke?" tanya aku kepadanya. Aku menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Ok. Muka lelaki ni minta penampar. Asal jelas sangat muka annoying dia kat sini?

"Maisarah kakak Sara kan?" tanya gadis itu lagi. Aku hanya mengangguk kerana itu memang fakta yang author cerita ni cipta.

"Tak ingat Hus ke? Husnaaaa.." panjang gadis itu tarik namanya tanpa dipinta. Aku yang sedang mencerna minda untuk mengeluarkan segala data yang tersirat dan menyelirat terdiam kelu. Sebelum tiba tiba, aku teringat akan seseorang.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now