7(4)

1.9K 99 2
                                    

Dua tahun selepas pemergian Kimi..

"Dewi.. Jangan macam ni. Dah sebulan berlalu tapi kamu masih macam ni. Kenapa perlu nak ingatkan lagi lelaki tak guna tuh ha?!" tengking mama.

Aku yang sedang duduk di balkoni rumah sambil menghirup udara petang yang aman hanya mendiamkan diri.

Aku sudah penat untuk memberontak dengan semua keputusan mama yang hanya menjurus kepada kepentingan sebelah pihak semata mata.

Apa salah Kimi sampai perlu kami berdua dihukum sebegini rupa?

Aku tahu berdosa sekiranya aku menyalahkan takdir. Namun, siapa yang tidak kecewa sekiranya mereka berada di tempat aku?

Dan..

Kenapa mama terlalu buta dan naif dalam menilai manusia?

Kenapa perlu menyalahkan orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan hanya kerana masa silam seseorang itu?

"Dewi!! Dengar tak mama cakap apa ni?! Tak habis habis dengan lelaki tu! Kalau bukan sebab dia kamu takkan jadi macam ni! Penjenayah tetap penjenayah lah Dewi! Tak kiralah anak ke bapak ke!!" hina mama.

Aku yang hanya berdiam diri kini mula panas telinga. Rasa marah mula meruap ruap di dalam badan apabila mama begitu tega menghina menantunya sendiri.

"Enough Ma!! Jangan ingat selama ni Dewi diam mama boleh naik tocang ha!! You don't even know him! How could you said like that to your own son in law mama?!?!" bentakku kasar.

Mama hanya tersenyum sinis apabila mendengar setiap bait bicaraku. Aku kini berdiri tegak menghadap mamaku tanpa menghiraukan keadaan diriku yang masih bertongkat.

Selepas sahaja keluar hospital dua tahun lepas, aku disahkan lumpuh sementara apabila terdapat hentakan yang kuat pada tulang belakangku menyebabkan aku tidak dapat berjalan.

Ditambah pula dengan kepemergian suami menyebabkan semangat aku yang ingin berjalan normal semula terkubur begitu sahaja.

Hingga tiba pada hari di mana Husna datang ke rumahku membawa pesanan dari Kimi. Saat itu, impian aku ingin kembali sihat sedia kala di samping janji janji Kimi yang akan pulang seakan hampir menjadi realiti.

Saban hari, aku akan menanti setiap pesanan yang diutus kepada Husna tetapi perkara itu tidak kekal lama.

Sejak kejadian Husna ditipu dan dihina hidup hidup, pesanan itu sudahpun berhenti setakat itu. Aku tidak menyalahkan sesiapa tentang hal ini namun sedikit rasa sebak terasa apabila aku terlampau rindukan suami aku sendiri.

"Tak payah nak jadi buta Dewi Azalia! Kamu sendiri tahu dia dulu macam mana kan?! Keluarga dia macam mana kan?! Cukup baiklah mama jumpa dia semalam daripada mama suruh dia ceraikan kamu terus!!"

"MAMA!! SEJAHAT JAHAT SUAMI LIA TU.. SIKIT PON DIA TAK PERNAH SUSAHKAN LIA LAH. MAMA SENDIRI YANG BUTA!! KIMI TU TAK SALAH SEBALIKNYA ANAK MAMA NILAH YANG MENJADI PUNCA PADA HAL NI SEMUA!! MEMORI SILAM KELUARGA DIA BUKAN SATU ALASAN UNTUK MAMA RUNTUHKAN RUMAHTANGGA DEWI LAH MA! MALAH DIA YANG TOLONG DEWI LANGSAIKAN HUTANG YANG KELUARGA KITA PERNAH PINJAM DULU!!" tengkingku.

Aku tahu kekurang ajaran aku pada saat ini sudah melampaui batas. Namun, siapa yang sanggup tahan mendengar suami sendiri dihina dan dicerca tanpa alasan yang kukuh?

Huh.

Aku terduduk di kerusi yang berada di balkoni. Terlampau penat memendam cerita sebenar hingga hari ini menjadi sejarah apabila cerita itu berjaya aku luahkan dengan sisa sisa kecewa.

Perlahan lahan air mata aku kini menitis membasahi pipi.

Aku terlampau lemah untuk dugaan ini.

Terlampau penat.

Terlampau lelah.

Mama kini sudahpun berdiri kaku tidak berkutik. Terdiam mungkin apabila mendengar cerita yang sebenar dari mulutku.

Namun..

Mengenangkan tindakan mama yang hanya menghancurkan hidupku, air mata terus aku seka kasar. Tongkat aku tegakkan kembali sebelum aku paksa badanku untuk berdiri.

"Puas hati mama sekarang?"sinisku.

Aku mula mengorak langkah meninggalkan mama yang masih berdiam namun langkahku terhalang apabila lenganku dipegang kejap.

"Maafkan mamaa.. Dewi.. Maafkan..."

"Kata kata maaf itu lebih baik mama luahkan pada abang Kimi daripada Lia. Lia tak sangka mama sekejam ini. Lia tak kira. Petang ni Lia pergi rumah abang Kimi semula and you mama.. You have no right to stop me from doing this."

"Dewi..."

"No mama. Dewi mama dah lama mati. Ni Lia. Abang Kimi lebih berhak ke atas Lia."

"Biar mama hantar..."

"Yes but no thanks.. Lia belum patah kaki sampai tak boleh jalan langsung.."

"Tapi Lia masih belum sihat lagi..."

"Please ma.." lengan yang dipegang mama aku rentap sekuat hati.

Beg yang selama ini sudah terisi dengan baju aku tarik dari bawah katil. Aku menuju ke pintu rumah sebelum pandangan aku terhenti pada susuk tubuh di hadapanku ketika ini.

"Pergilah.. Papa izinkan. Jaga diri ya sayang.." senyuman manis papa sedikit sebanyak mengubat luka di hati. Tangan papa aku cium sebelum aku memeluknya erat.

Tanpa berpaling lagi aku terus meninggalkan rumah. Hati aku terlalu sakit dengan tindakan mama namun nun jauh di hati, kasih dan sayang untuk mama masih tersimpan kemas.

Kebetulan nasib aku agak baik haritu apabila teksi melalui di kawasan perumahanku. Cepat cepat aku tahan sebelum aku menyusup masuk ke dalam.

Alamat rumah suamiku masih segar di ingatan aku tuturkan kepada pemandu teksi. Perlahan lahan teksi meluncur laju meninggalkan rumahku jauh di belakang.

'Maafkan Lia ma..'

10 minit berlalu sebelum teksi berhenti dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Tambang teksi aku hulurkan terlebih dahulu sebelum beg baju aku tarik keluar. Aku melemparkan senyuman kepada pemandu teksi tersebut sebagai tanda terima kasih.

Pintu pagar aku tolak ke dalam sebelum menutupnya kembali. Sedaya upaya aku cuba menstabilkan diri bersama beg bajuku yang seakan berat yang teramat sangat.

Sempat aku mengerling ke arah rak kasut sebelum tersenyum nipis. Seakan nostalgia lama mula bermain main di benak fikiran.

Tanpa perlu menunggu lama, pintu aku ketuk bersama salam. Tak sampai 2 minit, pintu sudahpun dibuka dari dalam.

Melihat wajah yang cukup aku rindu saban malam, yang sentiasa terbayang di jendela mata membuat aku bagaikan dihurung rasa sebak yang begitu mendalam.

Ya Allah..

Terima kasihhh..

Sebelum sempat dia membuka pintu rumah dengan lebih luas, aku sudah pun memeluknya erat. Melepaskan rasa rindu dan sayang kepadanya yang begitu mendalam rasanya.
Tidak dapat ku ungkap dengan kata kata.

"Cinta hati abang dah balik.." suara serak basah cukup menyedarkan aku bahawa suamiku kini sudahpun berendam air mata.

Pelukan kami bertambah erat ditambah dengan linangan air mata kerinduan.

Tbc~

Ps: phew.. Akhirnya Kim dan Dewi kita bersama semula. Ragam hidup berumahtangga bukannya sesenang a.b.c ataupun sesedap cendol ais kacang.
.chewahhh. Cakap macam diri sendiri dah kahwin.

Kita sambung lain kali k..

See you ✋✋

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now