1(5)

4.3K 195 3
                                    

Serta merta kenangan beberapa tahun sudah kembali menggamit ingatannya. Luka itu masih berdarah.

Dan...

Dia tahu tentang itu.

Cukup susah untuk dia kembali berdiri semula menjalani kehidupan normal seperti manusia lain setelah hatinya dikecewakan.

Hampir juga dia tersadung dan tersembam beberapa kali dek diri belum cukup gagah menghadapinya.

Meminggirkan diri daripada perhatian manusia dek dirinya memang bukan seorang hamba yang hidup semata mata simpati orang.

Jujur.

Dia bukan orang seperti itu.Jika diberi peluang sekalipun perkara itu seboleh bolehnya dielakkan. 

'Aku bukan manusia lemah.Aku tak suka orang pandang aku lemah'

Dan.

Tiada lagi peluang kedua mahupun pilihan seterusnya buat sesiapa. Hati tidak mahu memberi harapan malah meletakkan harapan yang tidak sepatutnya pada sesiapa. Jiwa ini telah seratus peratus diserahkan dan diabadikan kepada si Dia Yang Maha Esa.

Diri masih lagi ada kesan berdarah dan luka luka berparut tersirat dalam wayar wayar hati dan saluran darah badan yang masih belum pulih dan sembuh sepenuhnya.

'We are dealing with human's hearts. Bukan dengan robot. Jangan hancurkan hati orang semata mata hati kau dah hancur dulu.'

Biarlah...

Dia lebih selesa hidup begini. Seorang diri tanpa perlu bergantung dengan sesiapa. Orang pon tak mengharap lebih dari aku melainkan layanan sebagai manusia kepada manusia lain.

Tanpa perlu terus terusan ditipu dan dikhianati tanpa sikit pon belas kasihan mahupun erti kemanusiaan.

"Auch! Watch out your steps girl! "ujar seorang lect lelaki yang hampir dilanggarnya. Lebih tepat,tak kena langsung. Hiperbola je lebih mamat lect ni. Tu pon nak 'auch auch bagai'.

Poyo.

Ez menggeleng perlahan. Langkah kaki diatur ke rooftop kolej. Perlahan lahan tangga dipanjat untuk naik ke atas tanpa sikit pon rasa gayat.

' Tak ragged ah kalau setakat naik tangga rooftop dah gayat'

Sampai sahaja di pintu yang menghalang balkoni rooftop dengan kolej,dia terhenti seketika.Surat surat putih dalam genggamannya dipegang erat. Lantas pintu besi itu ditolak kuat hingga menghasilkan bunyi yang agak bising. Dengar jelas bahawa pintu besi itu tidak pernah dilalu orang lain selain dirinya sendiri.

Seperti biasa. Laluan itu sunyi tanpa bunyi mahupun insan yang bernama manusia. Masing masing masih tenggelam dalam dunia pendidikan tanpa beri peluang kepada diri untuk berehat walaupon sedetik cuma.

Penjuru rooftop belah kanan menjadi pilihannya.

Di situ...

Tempat dia menangis tatkala manusia sibuk dengan benda lain.

Tempat dia melepas gian meluahkan perasaan melalui melukis.

Tempat dia berehat jauh dari manusia yang lahir di bumi fana ini.

Penuh drama dan hipokrit.

Tiada siapa yang pernah kisah dan ambil berat tentang dirinya.

Beg silangnya dihempas ke lantai. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan begnya. Mata dipejam seketika sebelum dibuka kembali.

Surat surat putih dibawa ke dada sebelum ditenung puas. Jarinya mengusap permukaan kertas itu dek kelihatan tompokan air di atasnya.

Ez menangis. Sendunya tidak tertahan.

Sudah lama dia tidak membiarkan air itu mengalir.

Terus terusan ditahan tanpa membenarkan  walau setitik pun yang mengalir.

Surat surat itu dironyok kasar sebelum dilemparkan ke bawah. Matanya masih memerhati surat itu terbang dibawa angin dengan juraian air mata yang masih mengalir deras.

"Orang tak pernah kisah pasal aku,kau tau tak?!?!?!?" hatinya menjerit kuat.

Sakit itu aku seorang sahaja yang merasainya.

Aku sahaja yang memahaminya. Dada aku tepuk perlahan. Rasa sakit di dalam semakin kuat mencengkam merobek hati aku yang kecik ini.

Kuatkanlah aku Ya Tuhan

Sesungguhnya Allah tidak akan memberi kan sesuatu ujian kepada hamba-Nya sekiranya mereka tidak mampu.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now