3(2)

3.4K 159 0
                                    


Hari demi hari berlalu sehingga tiba ke battle ketiga. Mereka, ahli kumpulan masih seperti itu. Kim masih setia dengan headphonennya tanpa ada ura ura untuk meminta maaf kepada Ez. Am pulak. Takyah cakaplah. Dia tu dah boleh masuk kategori biskut. Sekejap ada sekejap takda. Ez dengan aku semakin baik kalau dibandingkan dengan dulu. Boleh bawa bergurau.

But.

To deal with her about feelings, I'm sorry.

Truly..

I'm not that brave.

Benda ni bagi aku agak berat sebab untuk deal dengan dia about her own feelings and heart ... Pfffttt

Dia tu dahlah keras semacam.

Ok. Back to the topic.

Paan seperti biasa. Hidup dia lah yang paling acah acah cool habis dan rilex nak mati. Sampai kadang aku sendiri naik jeles dengan dia. Tenang sangat.

Masing masing sedang ligat mempersiapkan diri sementara menunggu giliran untuk mempersembahkan persembahan mereka. Aku dan Ez akan berduet untuk persembahan kali ini seperti yang telah dirancang. Manakala yang lain akan stay dengan instrumen masing masing.

"Dijemput Ez and Gangs ke pentas sekarang"  suara MC berkumandang kuat sudah cukup mendebarkan kami. Kami yang sebelum ini sedang duduk santai mula bangkit dari duduk.

Kim menurunkan headphonennya dan disangkut ke lehernya. Drumstick di sisinya dicapai lalu diselit ke dalam poket. Am pulak merenggangkan jari jemarinya supaya cramp jari dapat dielakkan selaku pianist utama band ini. Bagi aku dan Ez pula, tali gitar yang terjuntai kami sangkutkan ke leher. Gitar dibawa ke belakang badan.

Tapi Paan.

Pfffttt. Tenang sampai tak kena tempat.

Masih lagi duduk santai act like nothing happen. Memang lagu IDFC- Blackbear kena sangat dengan dia ni.

~ I dont fucking careee~~

Peserta peserta yang lain kelihatan sibuk berbisik sesama sendiri setelah pengumuman berlansung. Ada juga yang sempat menjengah gegendang telingaku sewaktu aku melintas melepasi peserta perempuan di hujung tabir pentas.

"Ez and Gangs? Siapa?"

Aku hanya tersenyum nipis. Nama band kami tukar atas persetujuan ramai memandangkan Ez sorang sahaja  perempuan. Sebagai tanda penghormatan, aku yang minta tukar. Tapi Ez buat lek and peace je. Dia tak kisah pon tukar ke tak.
'Aku je yang over'😒

Aku menoleh seketika melihat keadaan Ez yang sedang ralit dengan gitarnya. Mungkin memperbetulkan tune yang kedengaran sumbang di corong telinganya. Mata aku ligat memerhatikan dia sebelum terpaku pada sesuatu di belakangnya. Mata ku kecilkan supaya imej yang terpapar pada kornea mata kelihatan jelas.

''Jangan cakap lelaki tu tengah tenung Ez aku. Macam pernah nampak" aku menggumam perlahan.

Amboi.. Kau Iz.

'Sejak bila Ez jadi kau punya? Huh?'

Bahuku ditepuk kuat menyedarkan aku dari lamunan 2 minit aku. Paan menjeling ke arah aku seketika sebelum mengajak aku ke pentas dengan isyarat tangannya.

Nafas aku tarik perlahan untuk menghilangkan rasa gugup sebelum sama sama menyertai mereka di pentas utama.

3 meja di hadapan pentas dipenuhi oleh panel juri yang sedang ralit menulis sesuatu. Aku melangkah ke sebelah kanan Ez dan mengambil tempat disitu.
Mikrofon aku ketuk perlahan untuk memastikan ia boleh berfungsi.

Aku memandang ke arah Paan seketika sebelum anggukan darinya aku terima.

Masing masing sudah bersedia untuk berentap. Petikan gitar base bermula dari Ez yang bernada rendah sebelum dirancakkan oleh Kim selaku drummer utama.

"1,2,1,2,3,4"aku memulakan langkah sebelum Paan sebagai guitaris dan Am sebagai pianist membantu di belakang.

Lagu Glowing in The Dark yang penyanyi asalnya The Girl and The Dreamcatcher dipersembahkan kepada juri.

We're glowing in the dark
We started from a spark
We're lights that never go out
Like we've never been down
Glowing in the dark
We'll light up Central Park
We're lights that never go out
Cause you're here with me now

---------------------------------------

Am's POV

Bila first time aku tahu pasal perangai Kim haritu, sedikit sebanyak aku rasa marah. Patut pon dekan selalu aim dia. Perangai yang suka murahkan perempuan. Kalau aku jadi perempuan pon, aku sendiri rasa nak kerat leher dia dengan katana.

'Serious. Aku tak sangka'

Aku tahu Ez datang balik pon sebab Iz. Sebab impian dia. Dia sanggup buat buat tak tau atas apa yang terjadi padanya.

Kalau aku kat tempat Ez, sah sahlah Kim tu kena buang kolej terus. Repeat sem berpuluh kali.

Apa masalah budak ni?!

"Kau ok?" suara dari arah hadapannya mematikan lamunan tentang Ez sebentar tadi.

"Yaa. Good. Kenapa?" soal aku pelik.

"Nope. Takde apa apa pon. Just.. Lately ni aku selalu perasan kau termenung. Awek cun mana yang rembat hati kawan aku ni?"soal Paan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku bersama gitar kesayangannya, AnDe. Aku hanya tersenyum nipis mendengar selorohnya.

"Takdalah wei. Aku just tak ready lagi nak bukak hati aku. Lagipon aku cuma fikirkan pasal Kim. Tu je." jawab aku direct. Kedengaran Paan mengeluh perlahan disebelahku.

Mukanya diraup kasar. Aku hanya memandang kosong ke arah tasik di hadapan mata. Satu perkataan yang cukup menerangkan keadaan aku ketika ini.

Tenang.

"Siapa je yang tak terkejut bila disangkakan Kim lah yang paling senyap dan maybe yang paling baik rupanya macam tu. Aku sendiri frust dan terkejut doh" keluh Paan lemah.

Selesai persembahan sebentar tadi, Kim hilang menyepi. Hanya tinggal Ez,Iz,Paan dan aku yang sedang mengemas peralatan masing masing waktu itu. Ez dan Iz  khusyuk berbual tanpa menghiraukan Kim yang menghilang. Aku mengatur langkah pergi meninggalkan dewan utama apabila keputusan battle diumumkan dan berakhir di tasik ini.

Walaupun keputusan berpihak kepada kami sekumpulan, tetapi apabila melihat keadaan sekarang agak memalukan. Masing masing macam tak kenal antara satu sama lain.

Hakikatnya..

Dekat tapi jauh...

Kalau dengan Ez yang baru masuk band kita ni dia berani buat macam tu.. How about Kai?' detik hati ku.

Secara tiba tiba,telingaku menjadi panas. Perasaan marah membuak buak dalam diri. Paan yang berada disebelah dikerling sekilas. Nafas ku hela kasar.

"Paan..." panggilku

"Hm?" Paan mengalih pandang ke arag aku seketika sebelum kembali memandang ke arah tasik.

"If dengan Ez dia berani buat macam tu, macam mana dengan Kai?" soal aku laju. Paan yang kelihatan tenang tadi tersentak seketika.

"Dude... I dunno. Pasal tu aku memang tak tahu apa apa. Aku tak pernah nampak depan depan. Belakang aku.. Wallahualam." ujar Paan yang mula fokus ke arah aku.

Duh.. Sounds teribble..

Pffftttt..

"Aku patut face to face dengan Kim. He already crossed my limits honestly. Shit! Like the hell! Huh!" bentak aku.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now