Bab 4

3.1K 150 0
                                    


"Jangan berani bercinta kalau takut untuk kecewa. Kecewa itu ibarat rempah ratus yang telah diibaratkan menjadi penambah perasa dalam meniti keindahan untuk bercinta.
Dan ...
Jangan berani untuk kecewa bila kau takut untuk bercinta.
Itu lumrah dunia. Sama ada kau yang tewas ataupun kau menang dalam imaginasi cinta kau sendiri." 💜

--------------------------------------

Mug berisi kopi'o diletakkan di atas meja restoran. Pagi yang baru menunjuk muka mula kelihatan apabila cahaya sang suria itu berjaya menerobos masuk melalui cermin lutsinar restoran itu.

Restoran Masam Manis menjadi pilihan untuk melepaskan gian makan di luar setelah berabad lamanya terpaksa menelan makanan di kafe kolej. Cuti pertengahan semester 4 ini sedikit sebanyak menimbulkan satu rasa lain dalam hati kecilnya.

'Tapi takkanlah.. Aku je yang syok sendiri'

Seminggu sebelum cuti, aku terasa Iz seperti dingin denganku. Ditanya berpuluh patah dibalas sepatah. Kalau ayat biasa biasa tak apalah jugak.. Ni tak.. Ayat macam tak boleh nak membunuh jantung aku lebih dalam lagi an.

Aku sendiri tak dapat agak apa salah aku pada Iz. Sepanjang jamming, dia kerap melarikan diri apabila bertembung atau terpaksa berurusan denganku. Banyak hal yang sepatutnya menjadi urusan dia dan aku kini telah bertukar tangan kepada Paan dengan aku.

'This is the main reason kenapa aku taknak dan tak hingin nak rapat dengan orang'

Honestly, orang yang paling kita sayang bagai nak rak pon akan tinggalkan kita one day. I really dont know why i choose this way just because I'm too afraid of dissapointment.

Bunyi kerusi ditarik ke belakang bertentangan dengan tempat dudukku ketika ini mematikan lamunan aku yang agaknya dah sampai ke Kota London.

"Sorang?" tanya dia. Aku sekadar mengangguk kosong apabila dapat mengecam dengan baik muka si dia yang tak tahu malu.

'Jatuh dari langit mana kau ni Iz? Pluto? Pfftt.'

"Sorry" tuturnya perlahan. Aku sekadar memandang kosong ke arahnya sebelum mengangkat bahuku.

"For?" tanya aku pelik.

'Demam ke apa mamat ni?'

Dia hanya merenung kosong ke arah aku. 10 minit berlalu tanpa sebarang kata kata dan penjelasan yang keluar dari anak tekaknya. Melihat masih tiada reaksi daripadanya, beg sandang yang berada di kerusi sebelah aku tarik lalu disangkutkan ke bahu kiri. Baru sahaja aku ingin bangkit dari dudukku, Iz menahan.

"Ez. Tunggu" tahannya. Serta merta gerakan aku terhenti. Mata ku fokuskan ke arahnya. Aku kembali ke posisi asalku. Kelihatan dia sedang menenangkan diri dengan menarik nafas. Kepalanya yang menunduk sedari tadi diangkat sebelum mata hazelnya tajam merenung ke arah aku. Aku terpana.

'Wait. What? Terpana? Pffttt. Hahahaha'  merepek.

"For god sake. Macam mana kau kenal Paan for real? And who the hell is Ash?" nada suaranya tegas menunjukkan dia sama sekali tidak bergurau. Aku terpaku apabila mendengar soalannya.

'Tak lain tak bukan..'

Aku mengeluh perlahan.

'Kau ni macam macam lah Iz.'

Tapi honestly, entah kenapa,bagaimana,mengapa,di mana, apabila aku dengan Iz... Things have been different. Aku lebih banyak expose dekat dia than my brother. Kisah lama yang selama ni hanya mereka yang terlibat mengetahui sedikit sebanyak telah melibatkan seorang watak tambahan, Iz. Mungkin aku selesa untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan sikapnya yang cukup santai but sometimes overthinking kalah perempuan.
Sekali lagi, keluhan kasar aku lepaskan. Iz masih lagi setia menanti jawapan dariku.

"Paan. Kawan aku dan juga merangkap keluarga angkat aku dulu sebelum aku pilih untuk survive sorang. Which is orang panggil 'abang angkat' for real. Keluarga dia banyak tolong aku lepas my parents meninggal sebab kemalangan. Aku masuk kolej ini pun atas bantuan dia. And Ash. Ashraf kawan baik dia yang dia kenalkan dekat aku. He was someone in my life before." aku berhenti seketika.

Muka Iz kelihatan sedikit tegang berbanding sebelum ini. Aku cicip air kopi'o yang terhidang di hadapan mata. Terasa suam tekakku ketika ini. Aku menyambung bicara kembali.

'Fuhh. Legaaaa...'

"But Kai... Naaa.. Something happened to all of us. Aku dengan Ash officially over dan there is no point for me to turn back to him. But. Paan dengan Ash.. Aku sendiri tak tahu apa jadi dengan dia orang berdua. So, aku decide untuk belajar hidup sendiri. Duit yang Paan pernah bagi dan tolong aku dulu, semuanya aku dah ganti dan bayar balik. So here we are." jelas aku padanya. Kedengaran Iz menghela nafas lega. Aku memandang ke arahnya seketika sebelum tersenyum sinis.

"Iz. Jangan cakap benda ni jadi your main reason kau dingin dengan aku sebelum cuti haritu." sindir aku. Mendengar sindiran aku, dia tersengih basi. Belakang lehernya digosok perlahan.

'Bongok perangai. Benda kecik je pon'

"Tapi...."

"Apa lagi?" aku mula fed up.

'Apa lagi mamat ni tak puas hati?'

Huh.

"Macam mana kau dengan Paan boleh act macam tak kenal langsung?" tanya Iz pelik.

Entah ke berapa kali,nafas kasar aku hela.  Wang kertas RM10 aku tindihkan dengan gelas kosong di atas meja.

'Lantaklah. Biar anne tu keep the change. Pfftt'

Beg sandang di sebelah aku sandang kemas ke bahu.

"Jom. Aku nak beli buku. Nak jawapan kan?" tanya aku kembali kepadanya. Serta merta Iz berlari ke arahku yang sudah jauh meninggalkannya di hadapan. Langkahnya kini saing denganku.

Jalan besar dilintas bersama sama menuju ke seberang. Kedai buku As- Syura' dituju. Pintu kedai ditolak sebelum kaki dibawa menuju ke rak yang paling hujung. Iz hanya diam mengikut.

Sampai sahaja di salah satu rak, beg sandang aku lorotkan sebelum disandarkan pada dinding konkrit disisiku. Punggung aku labuhkan bersebelahan beg aku sendiri. Iz mengikut tetapi jarak antara aku dengan dia masih dikekalkan.

Aku mengangkat tanda sebagai tanda 'hi' kepada salah satu pekerja di situ yang sedang menyusun buku di rak bertentangan.

'Aku masih ada agama dan maruah untuk dijaga.'

Aku berdehem kecil sebelum memulakan bicara. Kelihatan Iz sedikit tersentak mendengar ayat pertama aku.

Tbc~~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now