4(1)

3K 149 2
                                    

Ez's POV

"Dulu Paan lah my knight in shining armour. He was the one yang banyak tolong aku dari dulu sampai sekarang ni pun. Sejak abah dan ummi aku meninggal, dia dan keluarga dia jaga aku macam aku one of their family members. Keluarga dia decide untuk jaga dan bela aku dan sekaligus aku diambil sebagai anak angkat masa umur aku 16 tahun. Aku buntu dan trauma dengan kematian ummi dan abah. Jujur cakap, hampir sekali aku bunuh diri disebabkan tekanan perasaan dari orang sekeliling aku sendiri. Saudara mara aku pulaukan aku hanya kerana aku digelar pembawa bala dalam keluarga. Mereka semua decide untuk letak aku di bawah jagaan anak anak yatim Kasih. Waktu itu, abang aku, Azraf Hasni tengah further study dekat UK. Dia tak tahu pun aku kena campak ke situ. Dia cuma tahu mak ayah kami dah mati. That's all.

Dua tahun aku duduk rumah anak yatim itu buat aku sedar tentang dunia luar. Dunia di mana kasih dan sayang tidak beerti apa apa lagi apabila nafsu sudah dinodai dengan wang wang kertas di hadapan mata. Namun, satu hari aku dapat berita,aku akan dijaga oleh sebuah keluarga angkat. Umur aku yang waktu itu baru mencecah 18 tahun membuat aku sedikit ragu ragu dengan keputusan aku sendiri sama ada ingin kekal di rumah anak yatim ataupun ikut berpindah bersama keluarga angkat. Akhirnya,aku memilih untuk tinggal bersama keluarga angkat which is keluarga Paan. Bila pertama kali aku bersua muka dengan abi dan ummi Paan, aku dapat rasa aku tidak membuat keputusan yang silap. Mata mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang yang ditumpahkan untuk aku." jelas aku. Tekak aku seakan perit seketika. Air mata bergenang di tubir mata apabila satu demi satu kisah lama aku singkap. Serak kedengaran suara yang keluar dari anak tekak aku. Muka Iz sudah berubah ketika. Riak bersalah jelas terpancar pada wajahnya.

"Wei kalau tak boleh tak apa" pujuk Iz.

"No! Aku ok!" ujar aku tegas.

Keadaan jeda seketika.

"Hidup 3 tahun bersama Paan sekeluarga buat aku kenal erti berkasih sayang. Paan yang banyak bagi tunjuk ajar kepada aku terutama dalam hal hal pengurusan diri. Setahun selepas aku diambil oleh keluarganya, aku dan Paan dimasukkan ke dalam kolej yang sama which is yang aku dengan kau sedang study sekarang. Duit yuran,buku belajar,baju,serba serbi kelengkapan aku adalah hasil daripada pertolongan mereka. Jujur cakap, aku sayang Paan macam aku sayang abang aku sendiri walaupun umur kami sama.
Pada tahun kedua kami menuntut di situ, dia kenalkan aku pada salah seorang teman rapatnya yang merangkap rakan sebiliknya. Ashraf. Aku pendekkan cerita.. We fall in love with each other. Paan hanya menyokong aku dari jauh sahaja. Hubungan kami berdua bertambah rapat dari hari ke hari. Dialah yang menjadi tempat untuk aku luahkan masalah dan perasaan aku waktu dulu. Aku banyak tahu pasal kes nakal dia sepanjang kami menuntut di situ. Kes pecah masuk bilik dekan, seludup masuk bilik orang yang cari pasal dengan dia.. Hampir semua aku tahu dan aku simpan sendiri.
But..
Aku tak tahu silap aku di mana, salah aku pada siapa, khilaf aku sendiri mungkin tanpa aku sedar, hubungan aku dan Ash tiba ke penghujungnya. Aku decide untuk tinggalkan dia selepas aku ditipu hidup hidup oleh lelaki tak guna macam dia. But he kept on blaming me without any evidence during that time. Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu apa aku rasa. At first, Paan langsung tidak tahu menahu mengenai hal ini. Tapi, dia dapat hidu apa yang jadi bila aku sendiri ambil langkah untuk jauhkan diri daripada dia.
And.
Sebab aku.. Paan dan Ash gaduh besar. Bukan jenis gaduh besar biasa biasa. Hampir hampir melibatkan kes polis. Dua dua jadi musuh abadi hingga kini. Selepas itu, satu demi satu dugaan datang. His dad was shot dead. Dan masa itu, aku sedar bahawa aku memang pembawa nasib malang. Dan aku telah membawa bala bencana tatkala kaki aku jejak ke dalam rumahnya. Otak aku yang masih belum fully matang ketika itu hanya kerap memikirkan benda sama.

'Aku pembawa malang.'

'Aku pembawa sial'

'Aku bawa bala'

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now