5(5)

2.3K 123 6
                                    

PAAN'S POV

"Bagi Iz peluang." ucapku direct. Kedudukan yang sedang menghadap ke arah Ez jelas menunjukkan kepadaku bahawa Ez sedang terkejut. Dia yang sebelum ini bersandar tenang pada batang pokok sambil mata terpejam kini berubah. Badannya ditegakkan kembali manakala matanya kini tajam menikam ke arah aku. Riak mukanya jelas terpancar reaksi kejutan dengan pernyataan aku.

"Apa kau ni?" Ez pelik.

Huh.

'Ketegaq budak ni. Campak masuk tasik kang baru hang tau lagu mana aihh'

Aku mengeluh lemah. Aku kembali menghadap tasik dan berdiri membelakangi Ez. Dahlah Iz pon bermasalah tambah pulak Ez yang jenis degil nak mampoih. Aku cuba untuk redakan keadaan dengan berdiam diri. Aku tahu. Tindakan aku ni akan membuatkan wayar wayar dalam otak Ez berselirat dan berbelit mati untuk memikirkan hal ini. Aku sengaja menambahkan kekeliruan dalam jiwanya supaya dia sedar dia akhirnya terperangkap dalam perang psikologi yang aku sendiri cipta.

"Apa yang kau cuba sampaikan dekat aku ni Paan? Aku langsung tak faham. Otak aku dah cukup serabut dengan macam macam hal. Kalau kau sengaja nak tambah masalah aku sekarang..terima kasih jelah. Hidup aku dah cukup hancur. Kau nak apa?! Cakap direct boleh tak?!" marah Ez.

Aku kembali menoleh ke arah Ez. Di bibirku terlukis sebuah senyuman sinis apabila akhirnya aku berjaya membangkitkan kemarahannya. Aku melangkah lima langkah ke arahnya supaya bait bait bicara yang bakal aku lontarkan kepadanya dapat difahami olehnya dengan jelas.

"Susah untuk kau faham atau kau sendiri sengaja memilih untuk tidak faham?!?! Benda ni simple je lah wei! Tapi kau sendiri yang buat dia jadi kusut berselirat macam ni. Aku tak tau sama ada kau buat buat buta atau memang tak nampak selama ni. Satu je aku minta dari kau. Appreciate Izz Adam! Dia kawan aku dan aku taknak dia kecewa. Perangai dia yang selalu overthinking sekarang ni buat dia rasa diri dia tersangatlah teruk. Dia terlampau takut untuk tengok kau kecewa lagi, marah marah, sedih bagai sebab dia tahu kau dah lalui banyak. He's trying to be the best for you. But sadly, benda tu semua berakhir dengan dia terseksa. How could you? Tak kesian ke?!" tegas aku kembali.

Aku tahu aku terlampau berkasar dengan Ez sekarang. Dan aku tahu dia seorang perempuan biasa. But bila time nak handle orang yang ketegaq nak mampoih macam dia ni, aku terpaksa buat semua tu. Aku sendiri tak suka nak marah marah orang tambah tambah lagi orang tu orang yang pernah aku sayang gila. Tapi, siapa je nak tengok kawan sendiri bagai nak gila semata mata untuk prove to her yang dia lelaki yang berbeza. Cakap dengan aku sekarang. Siapa je sanggup?

Huh.
-----------------------------------

EZ'S POV

Saat ini,aku bungkam kelu. Aku tak sangka sebegini hebat rasa Iz terhadap aku. Macam tu sekali Iz? Jujur. Aku tak pernah bagi apa apa harapan dekat dia. Aku layan dia macam aku layan Paan dulu. Not even touch about his feelings or what. And when the truth reveals, aku tak sangka benda ni jadi teruk. Worse than Paan actually.

'Ohh. Shit! Seriously?'

"Apa maksud kau?" aku keliru.

Aku tak faham kenapa dan mengapa Paan memperkatakan bahawa aku sekadar berpura pura. Aku betul betul keliru dan langsung tidak memahami walau apa pon yang dibicarakan olehnya. Ataupun aku sendiri yang taknak faham? Hati memahami tetapi akal menafikan. Mungkin?

"Heh. Sudahlah Husna!! Kau dah reject aku dulu pun.. Dah cukup jahat dah. Kau buat aku sampai jadi heartless dekat perempuan lain. Even dengan kau. Hati kawan aku sorang tu lain Husna. Dia masih mentah. Bukan macam kau dengan aku. Tak penat ke kau bagi harapan dekat orang lepastu kau sendiri hancurkan harapan tu? Tak muak ke jadi kejam walaupun bagi kau perkara itu patut? Iz dah luah kat aku macam macam Husna. Aku tahu kalau bukan sebab Ashraf, kau takkan jadi macam ni. Aku tahu kau lebih baik dari ni. Hati kau lebih lembut dari sekarang. Cuma satu Husna..kau jadilah kejam macam mana sekalipun..past will still remains in the past." jelas Paan.

Satu demi satu kisah lama aku Paan ungkit kembali membuat aku rasa diri aku teruk. Rasa sebak mula mencengkam jiwa. Tanpa aku pinta, sekali lagi air mataku bergenang di tubir mata. Menanti masa untuk jatuh membasahi pipi. Tangan aku genggam sekuat hati untuk menyalurkan segala rasa yang bagaikan sudah bercampur baur menjadi satu

'Aku tak nak nangis lah!!!'

"You know my answer Paan... And I ...." lawan aku namun belum sempat aku menghabiskan bicara, Paan terlebih dahulu memintas.

"And I what?!?! Apa lagi Husna?!?! Kau nak tolak dia macam kau tolak aku dulu?! Alasan kau dulu dah tak boleh pakai lagi untuk Iz sekarang! Benda tu dah lama sangat lepas! Cerita 2-3 tahun lepas kau ungkit balik apahal? Kau ego tau tak?!?! Ego! Bodoh kau sebab tolak Iz sekarang do. Serius aku tak main main dan aku takda masa untuk itu. Dia buat tindakan berani mati untuk jumpa ' bekas keluarga angkat' yang kau pernah buang dulu semata mata untuk tunjuk dia serius dengan kau. Dia even mengaku dia nak amek kau jadi isteri dia. Dia bukan berhenti sampai situ sahaja. He's even sampai nak terbang overseas sebab nak cari abang kau. DOES IT SEEMS TOO MUCH OR WHAT?! KAU NAK TUNGGU APA LAGI HUSNA?!?!" tengking Paan.

Kedudukan Paan kini sudah memandang tepat ke arah aku. Matanya mencerun tajam. Dan. Ini kali pertama dan pertama kali aku ditengking oleh Paan. Satu per satu perlakuan Izz Adam di belakangku Paan singkap. Semakin sebak dan terharu aku dibuatnya.

'Iz.. Kenapa kau buat semua ni? Kenapa?'

Tanpa aku sedar, air mata yang selama ini bergenang di tubir mata kini mengalir turun membasahi pipi. Setitik demi setitik yang akhirnya bertukar deras. Aku menekup mukaku dengan tanganku. Bahuku terhinjut hinjut mengikut esakan tangisanku. Kepalaku yang menunduk aku angkat setentang dengan muka Paan. Tangan yang menekup sudah aku turunkan. Mataku kini kian memerah dan air mataku kini semakin deras mengalir.

"KAU CAKAP MACAM AKU TERLAMPAU KEJAM PAAN!! HIKSS.. YA!! AKU TAU AKU EGO!! TAPI.. KAU TAKKAN FAHAM KENAPA AKU BUAT SEMUA NI!! HIKSS.. HIKSS.. AKU LANGSUNG TAK BERNIAT NAK MAINKAN PERASAAN IZ LAH WEI! AKU LANGSUNG TAK TERFIKIR YANG DIA AKAN BERTINDAK SEJAUH INI. JUJUR AKU CAKAP AKU TERHARU. HIKSS. HIKSS. TAPI KENAPA BARU SEKARANG KAU BAGITAHU AKU?! KENAPA BARU SEKARANG?! KAU BUAT AKU MACAM ORANG BODOH BILA KAU RAHSIAKAN BENDA NI DARI AKU LAH PAAN! HIKS.. HIKS..AKU SAYANG DIA LAH BODOH!! TAPI AKU BUAT SEMUA NI BERSEBAB. AKU TAKKAN BUAT BENDA NI KALAU ABANG AKU DAH ADA DENGAN AKU SEKARANG. ABANG AKU ADALAH SEGALANYA LAH!! DAN KAU TAKKAN FAHAM KENAPA!!!" jerit aku kembali.

Dadaku berombak kencang jelas menunjukkan aku sedang menahan rasa amarah yang membuak buak diselangi dengan linangan air mata yang mengalir di pipi. Jiwaku terasa sesak dan sempit. Badan Paan yang berbalut baju t-shirt aku tolak kasar. Namun, tolakan aku ternyata lemah apabila dia sedikit pun tidak berganjak.

"Kau takkan faham..." lirih aku perlahan.

Terasa susah bagiku untuk menahan air mataku dari terus mengalir. Lantas sekali lagi aku menekup muka. Makin laju dan deras linangan air mataku. Sudah lama rasa sakit ini terkubur dan akhirnya hari ini dia muncul kembali. Bunyi tapak kaki sedang melangkah ke arah kami berdua menyebabkan aku mula sedar keberadaan aku ketika ini. Cepat cepat air mata yang mengalir aku seka. Aku menunduk untuk menyembunyikan wajah dan mataku yang kian memerah. Paan di hadapanku yang senyap membatu. Secara tiba tiba,bahuku disentuh. Aku tersentak.

"Azra...."

Tanpa sebarang amaran mahupun peringatan, aku terus memeluk lelaki yang menepuk bahuku tadi. Tangisan yang aku tahan kini terluah sepenuhnya.

'Aku terlampau faham Husna. Sampai aku tak tau cara untuk tidak memahami kau...'

Tbc~

Keep reading n voting 👸👸

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now