Bab 3

3.6K 177 2
                                    

"Maruah dan agama diperkotak katikkan. Tanpa sebarang pegangan yang kukuh, manusia lupa mana yang dilarang, mana yang diwajibkan. Hanya kerana nafsu dan dugaan, maruah mereka yang tidak bersalah dipermainkan. Mana akal kau?!?! Kepala lutut?! Huh. Cetek dan singkat permikiran kau. Sungguh...manusia itu hina"

-------------------------------

"Aku takda cousin perempuan yang perangai macam lelaki" sinis Am. Punggung dilabuhkan di salah satu sofa di dalam studio tersebut.

Ez yang mendengarnya sekadar tersenyum sinis.

'Pikir aku takut?'

"Pardon? Aku lagi takda cousin mulut longkang macam kau. Aku kenal Fahmi je. Aku tak kenal Am"  sinis Ez kembali sambil diangkat kedua dua belah bahunya.

Iz,Paan dan Kim hanya menjadi pemerhati. Tidak berani untuk mencelah takut takut ada yang mati tercabut kepala kat sini pulak. Melihat keadaan yang semakin tegang, mata masing masing yang tajam menikam antara satu sama lain, Iz lantas berdiri dari duduknya.
Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Dah habis bertekak? Tarik tarik rambut ke tudung ke takda? Tak cukup lagi aku bagi kau microfon sekali biar satu kolej ni dengar. Kita datang sini nak jamming bukan nak bertekak macam budak kecik" sindir Iz kepada Ez dan Fahmi.

Seluar ditepuk tepuk untuk membersihkan habuk yang ada. Almaklumlah bujang semuanya. Takda yang mengemas studio ni.

Kaki dibawa menuju ke sisi rak buku sebelum gitar berjenis Fender yang diberi nama 'Fendi' dicapai dan disangkut talinya ke leher.

Ez bangkit dari sandarnya sambil memegang gitar di tangan. Kerusi kayu dicapai dan diletakkan di sebelah Iz.

Dua buah mikrofon bersama stand dibawa ke hadapan Ez oleh Iz sebelum diselaras mengikut ketinggian.

Matanya melihat keadaan sekeliling studio. Paan sudah siap dengan gitar basenya An-De manakala Kim di bahagian drum. Am pula bangkit dari duduknya sebelum menuju ke posisinya untuk bersedia. Piano and backup singer.

Satu per satu key ditekan bagi mencari rentak. Battle kali ini bakal mempersembahkan nyanyian daripada Iz dan Ez. Ini semua atas permintaan gila Paan.

Paan melilau pandangannya ke arah rakannya yang lain sebelum anggukkan diberi pada Iz sebagai tanda semua sudah bersedia.

Rentak lagu Shawn Mendes- I Know What You Did Last Summer bergema kuat memenuhi ruang dalam studio. Ez mengambil bahagian menggantikan suara Camilla Cabello manakala Shawn Mendes adalah Iz.

Iz terpaku seketika melihat ke khusyukkan Ez memelodikan bahagiannya.

'This girl memang deadly lain.' detiknya.

Lagu Shawn Mendes diganti pula dengan irama dari lagu Roses- The Chainsmokers. Lebih kurang 3 atau 4 lagu bakal dimainkan sepanjang battle sebelum menginjak ke semi final.

Selesai sahaja, botol mineral yang tersedia di dalam kotak berdekatan dengan speaker disuakan oleh Iz kepada setiap ahli di situ. Masing masing duduk seketika bagi melepaskan lelah. Namun, Am awal awal lagi sudah hilang entah ke mana.

Melihat Paan dan Iz yang sedang gigih mengemas peralatan muzik, Kim merebut peluang dengan mengambil tempat duduk di sebelah Ez.

Ez hanya memandang kosong ke hadapan tanpa ada ura ura untuk menoleh ke sebelahnya.

"Haeya! Girl. Kenal aku kan?" Kim bertanya perlahan. Cukup sekadar Ez dan dirinya yang mendengar.

"Pemusnah pagi aku kat bustop." jawab Ez selamba. Muka gembira Kim bertukar kelat.

Ya.

Dialah strangers yang beria ria menegur Ez di bustop yang boleh dikatakan hampir setiap hari.

Tapi.

Sikit pun tidak dilayan oleh Ez.

"Kau nak apa sebenarnya?" Ez bertanya.

"Aku. nak. kau." bisik Kim betul betul di telinga kanannya. Ez kaget. Dia terlampau terkejut kerana tidak menyangka kedudukannya sekarang sangat rapat dengan Kim.
Bulu romanya tegak berdiri. Seram sejuk dirasakan olehnya.

"Kenapa diam? Takut?" tanya Kim masih dalam posisi yang sama. Mata Ez sudah pun terpejam menahan rasa takut yang semakin membuak buak.

'Tak guna'

"Kau wangi...." nadanya seakan menggoda tapi tidak bagi Ez. Dia hanya mampu menahan air mata yang bergenang di tubir matanya.

'Selamatkanlah aku...'

Tangan kiri Kim yang sedari tadi berada di atas pahanya sendiri bergerak perlahan dan hampir menyentuh tangan Ez yang berada di belakang badannya.

Badan Ez sudah menggigil teruk. Takut sudah menguasai diri. Nak lari tak boleh kerana keadaannya dikepung oleh Kim yang berlunjur kakinya menghalang pintu studio.

Hampir seinci sahaja lagi, entah macam mana Kim sudah jatuh  terbaring ke belakang. Bibirnya pecah mengalirkan sedikit darah.

" The hell?!?! Kau siapa nak sentuh dia?!?! Tak guna kau Kim!!!" tengkingnya sebelum tumbukan kedua singgah di pipi kanan Kim.

Lengan Ez dipegang kejap untuk menjauhkannya dari Kim.

Namum, pegangannya terlepas apabila Ez sendiri yang merentap tangannya. Dia cukup sedar dan matang apa yang sedang berlaku di hadapannya. Begnya dicapai sebelum berlalu keluar. Kim hanya menghantar pemergian Ez dengan pandangan sinis.

Dia membangkitkan badan sambil tangan kirinya mengesat darah di dagunya. Senyuman sinis tersungging sambil matanya tajam menikam ke arah Iz.

"Don't try to be a hero, Iz. Kau bukan sesiapa bagi dia." sinis Kim.

Iz bertambah berang mendengar sindiran Kim. Mamat ni harap je muka baik,pendiam, rupanya raja segala miang. Huh. Peluh di dahi diseka. Bahang kepanasan terasa di antara kedua duanya. Paan hanya sekadar memerhati. Terlalu lambat untuk menahan tapi biarlah.

'Kim deserves that punch'

"Sebab aku bukan sesiapa bagi dialah aku cuba untuk protect dia! Bukan macam kau! Penghancur maruah perempuan!" tengking Iz lantang. Dadanya turun naik cukup melambangkan dia sedang menahan rasa marah sekarang.

"Kalau aku tak pusing belakang tadi,agaknya Ez tu hancur kau kerjakan! Dia bukan perempuan murahan lah Kim! Jangan kacau dia sekalipun kalau kau tak tahan nak sangap anak dara orang!!" sambungnya lagi.

Kim yang mendengar sekadar tersenyum sinis.

"Best man wins bro" ujar Kim selamba.

"Kita tak settle lagi hal ni. Lagi sekali aku nampak benda sama berulang, mati kau aku kerjakan! Kau ingat tu!" Iz memberi amaran sebelum kedengaran bunyi pintu dihempas kuat.

Paan menggeleng perlahan.

"Kim. Perempuan untuk dilindungi bukan dirosakkan. Simpang beliung kau tu elok elok. Mana agama kau?" tanya Paan sambil menepuk bahu Kim sebelum mengikut langkah Iz.

Tbc~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now