7(3)

1.8K 95 1
                                    

5 tahun dahulu.

DEWI'S POV

Bisikan suara dari Kimi cukup menyentakkan keadaan diriku ketika ini. Seluruh rongga tubuhku bagai dicengkam dan ditahan tanpa aku rela.

'Abang jangan pergi...'

Hatiku merintih dan menangis pilu. Cukup seksa dan perit yang aku tanggung hingga seakan melemaskan aku ke dalam lorong kesedihan.

"Abang janji. Abang akan cari Lia nanti. Bila masanya dah tiba.. Lia tunggu abang yaaa. Abang sayangkan Liaaa.." suara sendu suamiku ini memaksa aku untuk bangun dari lena.

Namun..

Segalanya sia sia.

Aku langsung tidak dapat melawan rasa sakit yang sedang aku tanggung melainkan hanya berserah rela.

Genggaman tangannya yang tadinya erat kini terasa perlahan lahan dileraikan. Terasa belakang tanganku sedikit basah mungkin kerana titisan air mata dari Kimi.

'Abang jangan tinggalkan Liaaaaa!!!!!...'

'Abang!!!!!!!'

'Abang......hiks...abang...hiks....'

Bunyi pintu wad ditutup cukup menyedarkan aku bahawa dia sudahpun berlalu pergi. Dan. Aku sudah terlalu lambat untuk menahannya tadi.

Saat ini terasa jiwa yang terisi mula kosong perlahan lahan. Hati merintih kesakitan yang amat sangat.

'Ni semua salah kau Dewi! Salah kau!'

-----------

Flashback sebelum Kimi pulang ke rumah...

-Masa berjalan Dewi. Kau dah janji untuk bayar dalam minggu ni. Dan harini adalah tarikh akhir. Jangan sampai aku gadaikan nyawa orang yang kau sayang-

Hembusan nafasku tersekat sekat apabila bait bait perkataan dari nombor yang tidak dikenali aku baca satu per satu.

Dan.

Ia mengingatkan aku tentang perkara yang berlaku sewaktu pertama kali aku berjumpa dengan Kimi,suamiku.

Sewaktu aku sedang dikejar oleh lelaki lelaki yakni mungkin orang suruhan kepada orang yang aku sendiri cari masalah.

Aku terpaksa sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan mama serta papaku dan juga suamiku sendiri.

Setiap hari mesej mesej yang berbaur ancaman menemani diri hingga aku sendiri takut untuk tinggal sendirian ataupun melangkah keluar dari rumah seorang diri.

Aku sedar kesilapanku ini akan sedikit menggoyahkan rumah tanggaku yang baru aku bina. Sebulan masa berlalu membuat hidup aku kini mula bahagia dan tenang.

Namun....

Aku tersilap sesuatu..

Aku lupa tentang masalah duit yang aku pinjam dari kumpulan kongsi gelap kerana terlalu terdesak.

TOK TOK TOK

Handphone di tangan aku letakkan perlahan lahan di atas meja solek. Sempat mataku mengerling ke jam di dinding bilik tidur aku sebelum dahiku berkerut hebat.

'Takkan Kimi dah balik? Awal lagi ni...'

Namun, aku cuba untuk berfikiran lurus. Tidak mahu meletakkan sebarang kecurigaan terhadap perkara ini. Barangkali mainan perasaan aku sendiri.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now