9(5)

1.7K 95 0
                                    


(Throwback)

Tan Sri Hisyam's POV

"Pa!! I'm sick with all those stupid marriage and rules pa!! Kalau betul papa sayangkan anak anak papa.. Papa sendiri takkan sanggup tengok anak papa derita kan? Atau memang tu niat papa?!" sinis kedengaran suara Maisara menengking kepadaku.

Surat khabar yang aku belek sebentar tadi aku tutup kasar sebelum dicampak ke atas meja kopi. Walaupun cuaca nampak elok dan sedap mata memandang, situasi di dalam rumahku berlaku sebaliknya. Suara gadis itu menengking cukup memekakkan telingaku sehingga aku naik rimas dibuatnya.

Secangkih kopi yang terletak bersebelahan denganku aku angkat lalu dibawa ke mulut. Lantas aku sisip perlahan untuk mengelakkan lidahku melecur. Namun,tanpa aku sedar Kaisara yang entah muncul dari mana terus membaling sampul yang masih berisi dan belum dibuka kepadaku.

Tanpa sempat aku elak,cawan itu terlepas akhirnya isinya tumpah ke atas baju putihku. Bunyi deraian kaca pecah tidak dihiraukan oleh gadis gadis itu sebaliknya mereka sedang merenung tajam ke arahku. Kemarahan aku tidak dapat dibendung lagi.

" Bodohh!! Tak nampak ke papa tengah ada hal ni?! Jangan nak memekak macam orang gila kat sini boleh tak?! Kurang ajar betul!!" tengkingku.

Namun,reaksi mereka berdua mengundang pandangan pelik dariku. Riak wajah mereka seakan tidak terkesan langsung dengan hinaan dan tengkinganku sebaliknya mereka sedang tersenyum sinis.

"Bodoh? Heh. Kitaorang ke papa yang bodoh sekarang ni? You are just our stepfather.. It's nothing..lepas mama meninggal... You have no right nak jual rumah dan asset keluarga kami... You are nothing man.." balas Kaisara sinis.

Aku terpaku.

Mereka sudah berani untuk melawan setiap patah kataku. Selalunya,apa yang aku perintahkan pasti mereka akan turuti tanpa banyak soal. Apa yang menyebabkan mereka berubah sampai macam ni sekali?

Aku tertanya tanya. Pelik melihat perangai mereka yang tiba tiba sudah menjadi berani untuk melawan. Namun,aku bukan seorang yang mudah melatah. Aku ukirkan senyuman sinis kepada mereka berdua sebagai tanda aku langsung tidak takut dengan gertakan daripada mereka berdua.

"Wanna try girls?" usikku sinis.

Maisara dan Kaisara saling berpandangan sesama sendiri sebelum masing masing menggangguk kecil. Sampul yang dicampak Kaisara sebentar tadi dicapai oleh Mai lalu dibuka dengan kasar. Sampul tersebut ditunggang hingga menyebabkan isinya terkeluar serta merta.

Saat itu...

Tiada yang lebih menakutkan aku selain daripada gambar gambar scandal dan penipuan serta kes rasuah. Tak cukup sekadar itu,terdapat juga resit resit bank sebagai bukti yang bahawa duit duit Kaisara dan Maisara sudah aku keluarkan tanpa keizinan mereka berdua.

Aku tergamam.

"Kitaorang mungkin selalu ikut cakap papa,obey all your stupid rules,but.. Papa lupa sesuatu. Kitaorang masih anak mama and our real father, Tan Sri Arash. Kitaorang ada hak untuk betulkan apa yang papa buat and mostly semua tu memang benda salah. We obey all your rules sebelum ni sebagai tanda hormat. But not for this time... You are not deserve to be respect...not even an inch..." suara Maisara kedengaran membalas.

Aku hanya terpaku mendengar. Tidak sangka aku bakal 'kalah' pada dua anak gadis ini. Aku bangkit dari dudukku lalu berura ura ingin pergi. Namun berjaya ditahan oleh Kaisara.

"We are not done yet..." sinis bunyinya.

Bukan aku tak tahu,aku sendiri sedar bahawa apa yang pernah aku suruh mereka turuti sebelum ini adalah seksaan yang sengaja supaya mereka mengalah. Rasa give up untuk tinggal dengan aku. Aku tahu diorang bukan jenis yang kisah tentang duit, justeru kesempatan yang terluang aku gunakan sebaik baiknya.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now