8(1)

1.9K 105 0
                                    

"Iz tolong aku.. Aku merayu dekat kau cuba pujuk Husna untuk maafkan aku.. Walaupun aku tahu susah tapi please.. Tolong aku..." rayu Ash pada Iz.

Iz hanya mampu diam memerhati. Dia tidak tahu bagaimana dia ingin bertindak balas ketika ini. Separuh dari dirinya seperti ingin menumbuk lunyai Ash apabila ceritanya dengan Husna dibuka kembali. Namun, separuh lagi lebih rela untuk memaafkan kerana itu hanya kisah gelap mereka berdua.

Dia tersepit.

Tidak tahu mana satu tindakannya akan memuaskan kedua belah pihak.

Nasib baiklah Ez takda kat sini. Kalau tak.. Tak tahulah apa nak dijawabnya padanya nanti.

Aku sendiri terkejut. Takda angin takda ribut.. Tiba tiba muka tak berapa nak hensem Ash bak kata Iz muncul dalam bilik studio. Paan awal awal sudah berlalu keluar apabila melihat kehadiran orang asing dalam bilik tersebut.

Kim dan Am tak tahu pulak ke mana. Mungkin Kim berlovey dovey dengan bininya ketika ini,Lia.. Tapi Am.. Entahlah.. Loner termasyhur lah katakan..

Tok.. Tok.. Tok..

Pintu ditolak dari luar. Susuk tubuh si dia kelihatan di celahan pintu yang dibuka. Terpaku Iz seketika kerana tidak menyangka Ez bakal berada di sini lebih awal.

"Wait... Kejap Husn...."  suara Paan yang menghalang Ez dari masuk ternyata gagal sama sekali.

"Kau nak apa lagi ha?!" tanpa sebarang amaran Ez terus melampiaskan kemarahannya. Iz dan Ash serta merta serentak berdiri. Masing masing terkejut tahap moyang beruk.

"Sabar.. Husnnaaaa.." pujuk Paan.

"Kau diam Paan!!" tengking Ez.

Dadanya berombak kencang tanda kemarahannya yang sudah meruap ruap.

"Husnaaa... Ash nak minta maaf.. Ash tahu Ash salah... Ash..."

"Pergi mati maaf kau tuh! Aku dah cakap kan! Aku tak akan..maafkan..kaaa..."

"Azraaa!!" Iz menghalang.

Ez terus terdiam. Paan hanya mampu memandang sepi ke arah mereka bertiga. Ash pula menunduk mungkin terlalu kecewa dengan apa yang telah didengarinya sebentar tadi.

"Dia ada hak untuk dimaafkan Azra! Jangan jadi kejam boleh tak?!"

"WHAT?! BETULKAN APA AZRA CAKAP?!"

"TAK! KENAPA PERLU MACAM NI SEKALI?! BENDA BOLEH SETTLE KAN?!"

"Iz..." Paan mencelah. Iz hanya memandang sepi ke arah Paan sebelum kembali merenung tajam ke arah Ez. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya terlalu memarahi Ez. Egokah?

"JADI SEKARANG ADAM PON NAK BACKUP DIA LAH?! FINE!! PROCEED LAH!! DENGARLAH APA DIA NAK CAKAP!! JUST ONE THINGS.. DON'T FORCE ME OR ELSE WE ARE DONE!!"  jerit Ez sebelum dia terus berlari keluar.

Iz meraup wajahnya kasar. Nafas kasar dihela kuat sebelum dia terus terduduk ke lantai. Langsung tidak disangka dengan bait bait bicara tunangnya sebentar tadi.

Namun.. Hati siapa tak terguris?

Paan hanya memerhati sayu. Dia berbisik sesuatu kepada Ash sebelum Ash melangkah keluar meninggalkan Iz dengan Paan berdua di dalam studio.

"Bro. Aku minta maaf. Aku dah halang tadi. Tapi tak sangka dia memang gini.. Kau ok? Jangan amek hati lah apa yang dia cakap tadi.. Orang tengah marah kan? Positive Iz." Paan kelihatan risau dengan riak muka Iz yang keruh.

Itulah perkara yang paling menakutkan buat Iz yang kalau boleh cukuplah sekali dia mengalaminya. Cukuplah dia kehilangan ibunya satu tika dahulu. Dia tidak dapat membayangkan sekiranya dia terpaksa kehilangan cinta hatinya pula kali ini.

"Ehh pahal tu tadi?"

Entah dari mana Kimi dan Am muncul secara tiba tiba mengajukan soalan blur. Melihat riak muka Iz ketika itu rasanya cukup menjelaskan keadaan apabila kedua keduanya kini diam membisu.

"Gaduh?? Huh??" Kimi bertanya.

Paan yang berada di sisi Iz hanya mengangguk. Am pula sudah melangkah ke arah sofa menunggu pencerahan dari mereka berdua.

"And kenapa kau masih berada di sini Iz?" Kimi bertanya pelik.

'Eh mamat ni. Nak menghalau ke?'

"What the–" Am hampir hampir mencarut. Tidak menyangka Kimi boleh mengarut sampai ke situ. Riak muka Paan dan Iz takyah cakap ah. Macam tempoyak basi dah nampaknya.

"Kau menghalau ke apa bro? Nampak kan keadaan dia macam mana sekarang kan?" Paan mula bengang.

"So?" Kimi hanya tersenyum sinis. Sempat dia mencapai drumstick dari sisi begnya lalu dicampak campakkan ke udaea. Jelas kelihatan langsung tiada riak serius atau ketat. Hanya nampak wajah minta penampar berjemaah.

"Pebendalah lahai mamat ni sembang petang ni?" Iz pula bengang.

"Pergi kejarlah bongok!! Kau tu lelaki! Ni baru waktu tunang. Belum lagi kahwin! Tak pasal bercerai berai korang kalau hal kecik macam ni takleh settle? Jangan jadi lelaki wei kalau gini." sempat Kimi menyindir Iz.

"Pfffftttt. Hahahahahahaha. Ok. Ok. Bongoklah kau Kim! Senak kau aku buat nanti baru tahu langit ni biru ke hijau." Iz lantas mencapai begnya sebelum membuat handshake ehh silap.. Bersalaman dengan yang lain.

Sewaktu dia melangkah keluar, sempat telinganya menangkap soalan bodoh dari Kimi.

"Ehh. Langit biru ke hijau?" nada innocentnya memang minta penyepak.

'Kawan aku ke tuh?'

------------------

"Azraaa... Tunggu Adam sat. Laju laju nak gi mana ni?" Lelah Iz dibuatnya apabila dia cuba untuk mengejar langkah Ez berjalan gaya F1.

"Lantaklah. Sebok buat apa?" balas Ez tidak serius.

"Marah ke awak ha?" Iz kini berjaya menyaingi langkah Ez. Sempat juga dia mengusik Ez dengan soalannya.

"Tak.." balas Ez sepatah.

Meja kayu di luar kolej ditujui Ez. Mungkin dah penat untuk melarikan diri lagi apabila Iz langsung tiada tanda tanda untuk mengalah.

"Azra..."

"Apa lagi lah? Tak puas hati lagi ke backup si Ash tu? Ni nak cakap apa pulak?"

"Azraa..."

"Adam tak payah nak backup sangat lah dia tu. Tahulah hati baik, Adam tak pernah kena so Adam takkan fahamlah"

"Azra..."

"Jangan nak paksa Azra untuk maafkan dia.. He didn't deserve it. And kalau Adam tak puas hati.. Boleh lah kita berp...."

"Azra Husna Syafie!!" nada tegas Iz terus mensenyapkan bebelan Ez yang bagaikan tiada noktahnya.

"Dah habis dah?" sempat Iz menyindirnya. Ez hanya mengangguk perlahan. Seram bila Iz sudah mula naik angin.

"Azra dengar sini ok? Kita bukan nabi Azra. Kita bukan maksum. Kita manusia biasa dan Adam, Azra dan Ash sendiri pernah buat silap. Cerita tu kisah silam Azra dan take it as pengajaran ok? Bukan sebab Adam tak faham.. Tapi bila fikir balik.. Buat apa nak gaduh gaduh kalau benda boleh settle kan? Azra.. Adam punya.. Ash kisah lama.. And please.. Jangan pernah mention pasal berpisah atau apa.. Adam tak sanggup... Maafkan Adam yaaaa..." nasihat Iz dengan penuh lemah lembut.

"Ez!!" panggilan dari dalam kolej mengalihkan fokusnya ke situ. Dia hanya tersenyum nipis ke arah Iz sebelum berlalu pergi.

'Aihhh. Nasib kau lah Iz..'

Tbc~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now