11(5)

2.9K 93 5
                                    


Hari ini. Hari penentuan bagi mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke final. Nak kata ramai yang tercalon, tak berapa jugak. Cuma muka muka yang pernah masuk final tu memang ada dan penambahan seorang peserta baru perempuan,Ez. Paling tinggi yang pernah Ez sampai cuma setakat peringkat semi final. Dia akan selalu kecundang di situ namun Ez tetap Ez. Tidak kenal erti kekalahan dan kecundang sebelum berjuang.

Pantang menyerah sebelum bertempur!

"Azra!!!! Cermin mata abang mana?!?!" teriakan dari atas memanggil Ez yang ketika itu berada di bawah mengejutkan Ez yang sedang termenung jauh. Cepat cepat dia berlalu ke bilik utama untuk menguruskan suaminya.

'Tahulah first time...'

'Eksaitedddd sangaaaat'

Impian mereka berdua akan menjadi kenyataan apabila mereka berjaya menjejakkan kaki ke pentas final. Kemenangan di sana hanya sebagai penambah perisa namun apa yang lebih menggembirakan buat mereka adalah buah hati kecil mereka. Walaupun baru seminggu umur si kecil itu, namun perasaan teruja tidak dapat dibendung.

Kes Paan dengan Iz?

Kes tersebut kira settle apabila keesokkan hari selepas kejadian Ez menangis teruk, Iz dan Ez kembali berbaik semula. Paan hanya mampu tersenyum nipis melihat pasangan itu ketika itu walaupun pada hakikatnya dia memendam rasa.

'Hailah move on lah woi!'

Kes Azra dengan ibu arwah?

Pon kira dah settle selepas Iz membawa Ez berjumpa dengan ibu arwah hujung minggu yang lepas. Sebenarnya niat arwah untuk memperkenalkan bakal menantu umi dahulu tidak kesampaian disebabkan kejadian hitam tersebut. Namun, Ez tetap relaks dan tenang sepanjang sesi bertemu ramah walaupun kadang tangannya menggigil mungkin sedang menahan perasaan sebaknya daripada terlepas dihadapan umi. Arwah ada mengamanatkan studio di bandar tempat mereka berlatih sebelum final sebagai hak milik mereka. Am rupanya sudah lama tahu mengenai perkara ini namun hanya berdiam diri bagi menjaga perasaan ahli bandnya lain. Jejak sahaja kaki Ez di rumah kediaman kami hari itu, terus air matanya mengalir deras. Kadang perlahan kadang mendayu dayu kedengaran. Iz sebagai suami yang amat penyayang memulakan tugasannya memujuk dengan tenang dan sabar.

"Sayang abang ni termenung apa hmmm?" tanya Iz apabila dia melihat Ez yang seakan sedang merenung jauh dan berdiam diri. Cermin matanya sudah dijumpai selepas Ez yang menolongnya untuk mencari. Bukan dia sendiri tidak mahu mencari dengan betul,sekali sekala manja dengan isteri tak salah kan..

'Aku dah ada bini wekk'

'Diamlah bengong'

Ez sedikit terperanjat apabila Iz menegurnya namun masih sempat mengukirkan senyuman manisnya kepada suaminya itu. Tangan Iz ditarik dan digenggam ke dalam tangannya bagaikan tidak mahu Iz berlari ke mana mana. Dia sengaja mendekatkan diri ke arah Iz dan melentokkan kepalanya kepada bahu kanan Iz.

"Abang......" meleret leret Ez memanggil suaminya.

'Hailah lovebirds ni..nak muntah aku woi!'

"Ya saya..." jawab Iz dalam nada meleret juga. Sesekali dia mencium lembut ubun ubun Ez yang masih belum bertudung. Usapan pada tangan terasa lembut dan nyaman.

'Hailah hailah...'

"Nak pakai hoodie boleh?" tanya Ez lembut sambil membuat muka seposennya. Iz tertawa kecil melihat gelagat isterinya. Sejak sudah berbadan dua, emosi isterinya yang terlalu manja dan sentiasa dahaga akan layanan Iz kadang kadang membuat Iz terasa bagaikan dia sedang menguruskan budak kecil. Namun tidak pula Iz merungut atau mengadu domba sebaliknya dia lebih bahagia dan sentiasa merasakan diri dia spesial.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now