6(1)

2.4K 117 10
                                    

KIM'S POV

Cepat cepat aku melangkah pergi jauh dari bilik studio apabila perihal mengenai Dewi hampir hampir terbongkar. Aku masih belum bersedia untuk semua itu. Aku terlampau takut dengan tanggapan ahli bandku yang lain tentang masa silam yang jelas hitam dan kelam. Penuh dengan peristiwa duka dan jarang sekali bersinar bahagia. Aku sendiri tak tahu apa nak jadi dengan diri aku sekarang. Rasa serabut yang terlalu amat.

'Dewi Azalia.'

Nama itu bagaikan racun dalam hidup aku yang membuat aku semakin ketagih untuk mengungkapkannya satu ketika dahulu. Selepas bangkit dari tidur subuh tadi, aku membuat keputusan untuk bertemu dengan Azra Husna yakni merangkap teman rapat kepada Dewi Azalia semasa semester pertama sebelum masuk untuk latihan jamming dengan ahli band yang lain. Tipu kalau aku tak nampak pandangan pelik dari Iz apabila melihat aku dengan Ez hadir pada waktu yang sama sedangkan aku selalu dengan Am namun aku sengaja tidak menghiraukannya. Aku cukup malas untuk bergaduh dan bertekak dengan member pasal perempuan walaupun aku sedar kesilapan aku dahulu.

Kakiku kini berhenti di hadapan perpustakaan kolej seusai sahaja mengelakkan diri dari ahli band yang lain. Cuti semester ini memberi peluang kepada golongan kaki studi terutamanya dan aku tidak tersenarai di antaranya untuk mengulangkaji bagi sesiapa yang tidak pulang ke kampung halaman masing masing. Kasut sneakers aku buka sebelum diletakkan pada rak kasut yang paling bawah. Ipod bersama earphone aku capai dari dalam beg lalu pintu hitam yang memisahkan aku dengan keadaan di dalam aku tolak perlahan. Aku melangkah masuk bersama muka toyaku dan acah poyo nak mampus tanpa sikit pun menghiraukan pelajar pelajar nerd yang sedang memandang pelik ke arah aku.

'Apa?! Dosa ke aku masuk library ni?? Huh!'

Tempat duduk di bahagian rak buku yang paling hujung dan agak tersorok menjadi pilihanku. Sunyi rasanya perpustakaan apabila hanya terdapat suku pelajar yang lebih memilih untuk bersarang di sini menghabiskan masa. Itu pun kedudukan mereka dengan diriku saat ini bagai Malaysia dengan Antartika.

'Jauh gila bhai.'

Usai melabuhkan punggung, ipod aku tekan untuk mencari pilihan lagu yang ingin aku dengari. Earphone aku sumbat ke dalam lubang telinga kiri dan kanan. Aku mainkan jariku yang runcing pada kaca meja sambil menanti lagu bermula. Dagu aku letakkan di atas meja manakala tangan kananku bawa untuk menutup bahagian hadapan mukaku.

*boleh buka media atas tu. Nnti throwback pon boleh bukak jugak. Nak lagi feel 😄*

Bait bait lirik dari lagu Bad Reputation gubahan penyanyi muda yang berusia 18 lahiran Canada iaitu Shawn Mendes dari album Illuminate, aku hadam dengan mainan otak dan perasaan.

She's got a bad reputation..

Tanpa aku sedar, air mataku kini tumpah selebat lebatnya membasahi permukaan meja. Setitik demi setitik yang akhirnya bertukar lebat. Bahuku turut sama terhinjut menahan esakan.

'Aku lelaki tak guna!!'

Aku terlampau marahkan dengan kejadian masa silamku. Nama gadis yang selama ini aku simpan kemas dalam kotak memoriku akhirnya muncul kembali menghantui benakku. Aku terlampau rindukan dia dan aku tahu aku sudah terlambat.

Mana mungkin aku tega untuk melupakan kekasih halalku yang sentiasa girang dan tidak pernah gagal dalam membuat aku tersenyum. Jarang sekali dia gagal atau mungkin tidak pernah. Hanya dia sahaja yang mengerti mengenai kisah keluarga aku yang penuh darah dan kegelapan. Hanya dia yang faham gelodak hatiku untuk mengubah takdir keluarga.

'Abang rindukan lia..'

-------------------------------

Sambungan throwback~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now