11(2)

2K 112 8
                                    


"AZRAAAAAAAAAA!!!" jeritanku mengundang pandangan pelik dari isteriku dan ahli band yang lain. Tak lain tak bukan Paan dan Am.

"Kenapa kau bengong?" tanya Paan dengan nada bengang.

Yelah.

Dengan salam takda,apa takda, terus jerit. Memang meminta penampo teiland.

Siapa tak risau? Korang bagitahu aku sekarang!

Bini tengah angkat base drum tu seorang diri manakala lagi dua mangkuk ayun tu boleh lepak acah gelak cam harrrammm.

"Korang boleh lek je tengok perempuan angkat benda alah tu. Gentleman hang letak mana?" sindir aku. Serentak itu,terasa diriku ditolak ke hadapan sedikit apabila pintu dibuka dari luar.

'WTH?! TAK RETI KETUK PINTU DULU KE?'

'DAH KAU BERDIRI DEPAN PINTU MEMANG SAH AH KENA'

'CIBS SUNGGUH! AKU YANG DISALAHKANNYA'

"Pahal ni? Sampai bawah aku boleh dengar Iz bebel." selamba Kim yang baru sahaja sampai mengutukku.

'Ni lagi sorang. Ni meminta selipar jamban dia ni..'

Am hanya tersengih lalu diangkat bahunya berulang kali tanda tidak kesah. Paan yang ketika itu baru sahaja sedar kehadiran Ez mula bangkit untuk menolongnya tetapi sempat aku halang.

"Takyah do Paan. Budak tu dah angkat setengah kilo drum tu baru kau nak bergerak tolong. Cehh" ejekku.

Paan mendengus geram.

"At least aku tolong ok..." jawab Paan dengan nada tidak berpuas hati.

Selesai sahaja gadis itu mengangkat drum,dia melabuhkan duduknya di lantai dekat dengan sofa kosong. Aku memandangnya pelik. Lantas,aku berjalan ke arahnya lalu meletakkan sarung gitarku dan beg sandang di atas sofa tersebut. Aku mendekatkan diri kepadanya lalu berbisik perlahan.

"Kenapa tak duduk atas hmm?" bisikku perlahan. Ez hanya tersenyum kecil. Namun,dia pula yang menyuruhku untuk duduk di situ.

"So.. What's going on here? Takda angin takda ribut taufan,tiba tiba tukar place apa pasal?" Kim terlebih dahulu mengajukan soalan kepada Am.

'Petir kah? Halilintar kah? Takda? Hmm'

Aku pula sudah pun melabuhkan duduk di atas sofa. Jari jemari Ez yang berada di atas pehaku aku genggam lembut. Hangat terasa.

'Hailah. Syiok eh kahwin.'

"Haaa.. Saja je actually. Kalau ikutkan buat kat studio tu pon boleh,tetapi memandangkan kita akan ke final, so aku ingat kita perlukan more privacy maybe" jawab Am berkarisma.

Paan terangguk angguk mendengar menyokong kata kata Am. Sesekali dia menoleh ke arah aku dan Ez sambil membuat gaya muntah.

'Hang jelesh habaq mai..'

"Kim,asal tak bawak bini hang?" tanya Paan. Adalah tu nak kenekan aku satgi.

"Ohh. Actually,dia dah berbadan dua sekarang,so aku hadkan batasan dia untuk keluar..." jawab Kim sambil memaparkan muka bangganya.

'Poyo bak hang... Kalau bukan sebab aku, tak jumpa korang..'

Lantas tepukan dari Paan dan Am kedengaran kuat memenuhi ruang studio. Ez tersenyum senang manakala aku tersenyum nipis.

'Untung bak hang...'

"Dewi sudah. Anda bila lagi?" tanya Paan direct terus kepada Ez. Ez kelihatan tersentak. Berubah terus air mukanya ketika itu.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now