6(3)

2.3K 103 3
                                    


Ez's POV

Paan aku lihat sudahpun berlalu masuk semula ke dalam ruangan kolej meninggalkan aku dengan si dia di luar. Mungkin dia hendak menguruskan studio ataupun sekadar ingin memberi ruang kepadaku ketika ini agakku. Selesai sahaja sesi kebenaran mengenai Izz Adam selama ini terhadapku, aku hanya mampu diam membisu. Hanya esakan dan tangisan yang masih berlagu memeriahkan suasana yang agak tegang sebentar tadi.

Rasa gembira bercampur baur dengan perasaan sedih ketika ini cukup membuat aku serabut dan pening untuk memikirkannya. Rasa serba salah menghurung diri apabila selama ini tanpa aku sedar Izz cuba untuk memberikan yang terbaik untukku. Walaupun bukan dalam bentuk hadiah ataupun ucapan, cukuplah hanya dengan layanan dan penghormatan dirinya terhadap aku membuat rasa terhutang budi aku padanya amat tinggi.

Dan.

Jujur,kegembiraan yang selama ini aku impikan setelah sekian lama aku menyendiri akhirnya aku diberi peluang untuk berjumpa dan bersua muka kembali dengan insan yang kini sedang duduk bersebelahan denganku. Khusyuk sekali dirinya menghirup udara petang di hadapan tasik ini. Mimpi indah aku setiap malam akhirnya menjadi realiti pada hari dan detik ini. Ditemani dengan insan yang selama ini aku tunggu dan terus menanti kepulangannya saban hari dan tahun. Lafaz kesyukuran terluah dari bibir apabila doa aku tidak kira pagi mahupun petang kini telah pun dimakbulkan Ilahi.

'Syukur ya Allah..'

"Adik ok?" tanya Azraf yang kini sedang merenung diriku yang bersila bersebelahan dengannya.

Kepala yang berbalut shawl berwarna merah lembut aku lentokkan ke bahunya. Kalau orang luar yang mungkin tidak kenal kami berdua,mungkin agaknya sudah disembur kami berdua dengan batas batas agama dan sebagainya. Perangai manja aku terhadap Azraf walaupun usia aku sudahpun memcecah 20-an bukanlah satu. penghalang. Malah aku semakin ingin terus tenggelam dalam dakapannya sebagai abang kandungku.

'Abang...'

Azraf Hasni kini segak bert-shirt polo hitam berbelang kuning dipadankan dengan seluar denim coklatnya nampak matang pada pandanganku. Senyuman yang terukir pada bibirnya kelihatan manis mirip sekali dengan wajah arwah walid sebaliknya aku lebih mengikuti wajah arwah umi. Aku hanya mengangguk perlahan kepada soalannya.

"Tak sangka kan Izz sanggup jumpa abang kat Aberdeen sana semata mata untuk adik abang ni. Untung betul dia eh?" usik Azraf.

Usikan abangku serta merta mengingatkan aku kembali tentang apa yang Paan bilang kepadaku sebentar tadi. Aku sendiri pun tidak menyangka sebegini hebat tindakan Iz semata mata untuk menghalalkan hubungan kami berdua. Walaupun Iz sekalipun tidak pernah meluahkan rasanya terhadapku, tetapi tindakannya ini sudah cukup untuk membuktikan hakikat yang sebenar kepada diriku.

'Lelaki semua sama...'

'Aku lain lah.'

'Apa beza? Tetap lelaki jugak kan?'

Perbualan aku dengan Iz satu tika dahulu kembali menerjah ke dalam ingatan. Adakan tindakan aku ketika itu terlalu mencabar kredibiliti nya sebagai seorang lelaki? Ataupun ini adalah pilihannya? Biarlah. Hanya dia sahaja yang mempunyai jawapan sebenar. Tak guna aku meneka sekiranya ia hanya akan mengundang masalah overthinking yang agak kuat.

Tapi kini, rasa risau mula menyelubungi diri apabila kelibat Iz dari keluar studio hingga pada saat ini masih belum kunjung tiba. Aku semakin gelisan dan tidak senang duduk dibuatnya. Bagaikan terasa ada perkara buruk bakal berlaku namun cepat cepat aku tepis. Lebih baik aku berhusnudzon daripada terus bersangka buruk terhadap orang.

"Cari Iz?" soal Azraf.

Soalan dari abangku menyentak lamunanku seketika. Aku hanya tersenyum segan apabila terasa seperti perigi cari timba pulak rasanya. Angguk pon tidak geleng pon tidak. Pipi terasa membahang panas  dan aku terlampau segan untuk mengaku perkara sebenar.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now