Bab 5

2.8K 109 0
                                    

"Kadang kadang apa yang kita takutkan sangat adalah bukan ketakutan itu sendiri.
Sebaliknya..
Yang menyebabkan kita takut untuk berhadapan dengan realiti dan dunia kenyataan apabila...
Masa silam yang gelap dan kelam yang selama ini disembunyikan oleh diri sendiri kini tersebar luas tanpa ada hadnya. Malah kata kata penafian sering kali dilontarkan demi menenangkan hati yang kian gelisah...

"Kau penakut!!!"

Hahaha.. Terkejut?
Tanda tanda ketakutan masih berbekas dalam hati kau"🙇🙇

------------------------------------------

Throwback~~

(5 tahun dahulu)

"Lari cibai!! Larilah! Kau dah bodoh sangat ke apa?!?! Tunggu apa lagi kat sini?! Nak mati awal?!?! " jerkahnya sebelum pergelangan tangan aku dipegang kuat lalu ditarik untuk berlari. Cengkamannya begitu kuat hingga aku mendesis keperitan.

'Sakit bongok!!' aku mengutuknya dalam diam.

Aku cuba menolak namun setiap kali cubaan kini menemui jalan buntu apabila tindakan aku sedikit pon tidak mendatangkan kesan kepada dia.

Dan...

Dia.. Aku tak tahu siapa dia. Entah dari langit mana dia jatuh semata mata untuk jadi hero tak berbayar aku pada hari ini. Heh.

Langkah kakiku tidak teratur dan hanya mengikut larian si dia hingga tiba di satu lorong gelap. Kami berhenti seketika di situ. Sempat aku menoleh ke belakang untuk melihat orang orang yang mengejar dan nasib kami cukup baik apabila kami mampu melepaskan diri. Jelas kedengaran deruan nafas kami yang tercungap cungap akibat kepenatan kerana larian yang cukup laju.

Aku sendiri masih buntu.

'Siapa lelaki ini?'

'Macam mana dia boleh ada kat sini?'

'Apa kena mengena dia dengan orang yang kejar aku?'

Cengkaman pada tanganku kini sudah dileraikan. Aku mengurut sedikit kesan merah yang berbekas pada pergelangan tangan. Rasa perit masih terasa. Lelaki tadi masih berdiri kaku di hadapanku sambil melepaskan lelahnya. Secara tiba tiba, dia berpaling menghadapku. Matanya pada mula bertentang dengan mataku kini menyorot jatuh ke tempat cengkamannya yang masih ku urut perlahan. Aku hanya memandang kosong pada tindakannya.

'Apahal aku blur sangat ni?'

"Sorry." ucapnya. Aku sekadar memandang kosong ke arahnya sebelum menganggukkan kepalaku sedikit.

"Kau siapa?" soalnya. Nadanya seakan kasar namun reaksi mukanya tidak menunjukkan riak marah kepadaku.

Soalannya sebentar tadu aku balas dengan isyarat tangan. Jari telunjuk tangan kanan dibawa ke dadaku sambil kening belah kiriku terangkat tinggi. Melihat tindakanku yang menggunakan isyarat,dia mengangguk perlahan.

"Dewi." jawabku perlahan.

Hurgh.. Hurgh.. Hurghh.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now