5(4)

2.2K 116 0
                                    

KIM'S POV

BUKKK!!!

"AUCHHH!!"

"Wei! Kau dah kenapa Kim?" tanya Am terkejut lalu meluru ke arah aku. Aku masih lagi mamai dan tidak dapat mentafsir keadaan. Mata aku kelip kelipkan berulang kali untuk menyesuaikan cahaya yang menerobos masuk ke dalam kornea mataku. Kedudukan aku ketika ini yang sedang terlentang di atas lantai berdekatan dengan sofa mengundang pandangan pelik dari Paan,Ez dan Iz.

"Kau ok tak ni?" tanya Am sekali lagi. Riak wajahnya ketika ini jelas menunjukkan dia kelihatan risau dengan keadaan diriku.

"haaa? Aku ok.. Aku ok.." jawabku blur. Rasa sengal terasa berdenyut di bahagian belakangku akibat terjatuh dari sofa. Aku usap perlahan tempat yang terasa sengal itu.

"Dari tadi kita orang dengar kau sebut nama Dewi. Siapa Dewi?" tanya Paan secara tiba tiba. Pergerakan aku terus mati apabila nama Dewi disebut oleh Paan. Kejutan bertambah dua kali ganda dalam diri. Muka ku raup kasar. Ez dan Iz hanya memerhati dari tempat duduk mereka berdua. Aku yang terlampau keletihan ditambah lagi dengan latihan jamming yang agak banyak dan lebih serius menyebabkan aku terlena kelesuan di sofa yang terletak di dalam studio. Sedar sedar sahaja, aku sudah pun terbaring di atas lantai bersama kesengalan badan.

"Ha?? Aku gerak dulu wei." ujarku pantas lalu beg beg sandang di tepi pintu aku capai dan drum stick aku selitkan ke dalam saku beg. Cepat cepat aku keluar dari studio tanpa ucapan selamat ataupun selamat tinggal. Aku terlampau bimbang sekiranya ahli bandku yang laun mula bertanya dengan lebih mendalam tentang gadis itu. Gadis yang bernama Dewi.

'Apa nak jadi ni Kimi?'

---------------------------------------------------------------------------

EZ'S POV

Terangkat keningku apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh menghempas lantai lantas mataku mula meliar mencari. Aku yang hanya duduk diam sambil jari jemari memetik tali gitar setelah selesai latihan jamming  terhenti  pergerakanku seketika. Aku terkejut apabila Kim yang sebelumnya elok tidur di atas sofa kini terbaring di atas lantai.

  "Wei! Kau dah kenapa Kim?" tanya Am kelihatan sangat terkejut sebelum meluru ke arah Kim.

'Takkan aku nak tolong pulak an'

Aku hanya memerhati Kim dari tempat dudukku kini. Dia masih lagi terkebil kebil mungkin cuba untuk menghadam situasi sebenar. Aku langsung tidak perasan bahawa Paan dan Iz memandang ke arah yang sama. Kami bertiga hanya melemparkan pandangan pelik kepada Kim. Masing masing sedang terkejut apabila Kim yang sebesar zirafah pun boleh jatuh sofa.

"Kau ok tak ni?" Am bertanya sekali lagi.

Kim sudah pun bangkit dari jatuhnya sambil mukanya berkerut menahan sakit mungkin. Dia kini duduk menghadap Am. Mukanya masih lagi memaparkan riak blur dan bingung tentang apa yang sedang berlaku.

" haaa? Aku ok..Aku ok" jawabnya. Dia kelihatan gugup dan tergagap gagap,

  "Dari tadi kita orang dengar kau sebut nama Dewi. Siapa Dewi?" tanya Paan secara tiba tiba. Aku yang ketika itu duduk membelakangi Paan dan Iz terkejut dengan soalannya. Entah kenapa aku terasa gelisah secara tiba tiba.

'Takkan Paan tak tau?'  

Aku berpaling ke belakang untuk melihat keberadaan Iz. Aku termangu seketika. Matanya kini tajam merenung ke arah aku lantas cepat cepat aku menoleh ke hadapan semula. Aku meletakkan gitarku di tepi kerusi sebelum mataku kembali tertumpu kepada Kim semula.

 "Ha?? Aku gerak dulu wei."  ujar Kim secara tiba tiba. Dia kini sudah pun bangkit dari duduknya. Beg di pintu dia capai sebelum dia berlalu meninggalkan bilik studio. Belum sempat bertanya dengan lebih lanjut,  kami berempat sudahpun terpinga pinga apabila melihat dia meluru keluar.

"Asal tu?" tanya Iz secara tiba tiba. Pertanyaan Iz menyedarkan kedudukan aku ketika ini. Kebetulan kerusi yang ku duduki boleh berpusing pusing. Lantas, aku memusingkan badan menghadap Paan dan yang lain yang berada di belakangku. Am sudahpun kembali ke tempat asalnya, yakni di sisi keyboardnya selepas Kim berlalu pergi.

"Ehem.." aku berdehem kecil.

Niat utama aku untuk menarik perhatian tiga lelaki di hadapanku berjaya apabila masing masing memandang aku pelik. Cuma... Iz. Entah kenapa secara tiba tiba dia berdiri hingga kami yang lain terus memandang ke arahnya. Gitar akustik di tangannya, digantung talinya ke dinding studio. Sebelum sempat aku memulakan bicara, Iz telah memotongku terlebih dahulu.

"Aku blah dulu. Ada hal." ujar Iz. Beg sudahpun terletak elok pada badannya sebelum salam tangan dibuat bersama Paan dan Am. Aku berharap untuk Iz memandang ke arah aku namun aku hampa. Aku dibuat seperti halimunan di sini. Dan rasa itu agak sakit.

'Kau kenapa do?'

Tindakan Iz yang pergi secara tiba tiba cukup menimbulkan rasa hampa dalam diriku. Beribu tanda tanya mula bising dan memekakkan telingaku saat ini. Cukup serabut dan keliru dengan keadaan ketika ini. Paan memandang ke arah aku pelik apabila melihat riak mukaku seakan terasa dengan Iz. Am pula hanya mengangkat bahunya sebelum kembali fokus ke arah keyboardnya.

'Iz... kau kenapa?'

Rasa sebak menguasai diri secara tiba tiba pada saat ini. Rasa bodoh dan marah cukup membuak buak. Aku bagaikan hilang rentak untuk bernafas apabila diperlakukan sebegini rupa.Dadaku terasa sesak dan sempit. Rasa yang sudah lama terkubur kini menyengat jiwa kecilku kembali. Kecewa, sedih, marah, bengang semuanya bercampur baur hingga aku sendiri keliru dengan apa yang aku patut rasakan ketika ini. Air mata aku cuba tahan dari mengalir. Aku menundukkan wajahku untuk mengelakkan Am dan Paan menyedari kondisi diriku ketika ini. Tanpa aku sedar, mata Paan tajam menikam merenung ke arah aku. Dia mengeluh lemah. Gitar ANDE nya diletakkan kembali ke dalam sarungnya.

"Am. Aku keluar dengan Ez kejap." tutur Paan kepada Am. Am mengerling ke arah aku seketika sebelum dia mengangguk tanda ok.

" Jom." ajak Paan. Aku yang menunduk menahan diri daripada mengalirkan air mata kini mendongak memandang Paan yang berdiri di hadapanku. Kepalanya disengetkan sebagai tanda untuk aku mengikutnya keluar. Gitar Fender aku biarkan di studio. Aku sempat melemparkan senyum nipis ke arah Am sebelum  meninggalkan Paan di belakang.

Aku hanya bersandar lemah pada dinding luar studio sambil menantikan kedatangan Paan. Mungkin menguruskan hal sedikit dengan Am agakku. Mata aku pejam supaya air yang bergenang di tubir mata hilang dan kering. Kaki kananku aku lekapkan tapak kasut pada dinding. Mungkin akan meninggalkan kesan cop namun sikit pun aku tidak menghiraukannya. Dalam kepala aku cuma satu benda.

'Iz...'

"Lepak tempat biasa aku dengan kau dulu. Jom.". Tanpa aku sedar Paan sudahpun berada dihadapanku. Aku hanya mengangguk kecil dan mengikut Paan dari belakang. Satu butir perkataan langsung tidak keluar dari mulut kami berdua. Hanya bunyi perbualan beberapa kerat pelajar lain yang berkumpul di kafe kolej.Suasana kolej yang selalunya kecoh kini sunyi. Timbul rasa awkward dan pelik antara kami berdua.

Perjalanan kami berdua akhirnya berhenti di tasik yang terletak berhadapan dengan kolej. Angin petang cukup menenangkan aku namun masih belum mampu melenyapkan gelodak jiwa yang sedang berlangsung hebat. Aku menyandarkan belakang badanku pada batang pokok yang tingginya lebih kurang 3 kaki dari ketinggianku. Paan pula sekadar berdiri kaku memerhati air tasik yang sedang berkocak tenang.

"Aku tau kau tak ok Husna. Cuma.. Aku nak cakap pasal Iz sekejap." ujar Paan yang dari tadi hanya membatukan diri. Aku hanya memejamkan mataku sambil menikmati ketenangan deruan silir pada petang ini. Suara Paan kedengaran mungkin barangkali dia sedang berdiri di hadapanku. Aku hanya menanti setiap butir bicara yang keluar dari mulut Paan dengan debaran. Aku dah terlampau kusut untuk melawan bicara dengannya. 

Biarlah..

"Bagi Iz peluang." ujar Paan secara tiba tiba menyebabkan mata yang aku pejam kini terbuka luas kerana terkejut.

Aku kelu.

---------------------------------------

tbc~~~~


KEEP READING AND VOTING ;)

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now