9(2)

1.8K 114 9
                                    


IZ'S POV

Sudah dua minggu kejadian Ash dan Ez berlalu namun hati masih rasa ego untuk berbaik. Jujur,aku masih tak boleh buang perasaan cemburu terhadap Ashraf dan Ez sedangkan cerita mereka sudah lama berlalu.

'Overthinking of Iz dah keluar...'

Heh.

Telefon di sisi buku aku kerling sekilas. Hati berbelah bahagi mahu menelefon gadis itu terlebih dahulu atau menunggu panggilan darinya. Bukannya gadis itu tidak menelefon sebagai usaha untuk memujuknya,namun aku yang terlampau gedik nak mati menolak panggilan tersebut.

'Menyesal pulak haih...'

Selalunya waktu waktu begini sudah berpuluh puluh panggilan dan whatsapp masuk. Namun,tidak untuk hari ini. Suasana sunyi menemani diriku saat ini. Serba salah dibuatnya. Nasib baik Paan takda.. kalau tak agaknya dah kena sembur dengan air liur basi dia tuh. Mengada sangat katanya.

Jari aku mainkan di atas buku. Bosan menunggu panggilan masuk sambil mata merenung sampai nak pecah telefon bimbit itu gamaknya. Resah sudah melanda hebat diriku. 

'Takkan dia pulak merajuk? Give up dah ke? Baru dua minggu kot...'

'Dua minggu tu tak lama ke ha? Kau bukannya kisah pon kan...'

'Alaaa...Baru sikit kot...'

'Tapi masalahnya dia perempuan.. Kau tu lelaki.. Aku cakap kau pondan baru tahu...'

HUH.

"Bongok! Nak call tu call jelah. Aku yang dari tadi tengok pon penat dengan perangai kau. Aku dah warning kan. Kau taknak dia aku amek..." sempat Paan menggugut aku.

Aku yang termenung sebentar tadi hampir hampir termelatah kerana terlalu terkejut. Tadi dia keluar hilang entah ke mana,sekarang ni muncul macam hantu. Pakai saka ke apa mamat ni?

"EH?! Kau bukan keluar ke tadi?" tanyaku dengan nada terkejut. Cuak pon ada sebenarnya.

"Heh. Setakat gi tandas pon kau tak perasan eh? Sudah sudahlah tu menunggu.Cuba kau pula yang memberi" cadang Paan sambil menjongket jongketkan keningnya.

Aku yang mendengar cadangan daripada Paan tertawa besar. Macam pernah dengar statement tu.. Dari mana ya? 

"Aku nak beri apa do?" tanyaku keliru.

"Berikan kejujuran disebalik tindakan dan kata kata kau selama ni. Susah sangat ke?" sinis bunyinya. Aku terdiam kelu. Rasa tersentap sikit di dalam hati apabila soalan yang berbaur sindiran dilemparkan Paan kepadaku.

"Tak masalahnya dalam hal ni.. Dia yang salah tau..Bukan aku yang main kayu tiga..." 

Kali ini aku sendiri tidak percaya dengan perkataan yang keluar dari mulutku. Terkejut juga aku dibuatnya. Paan juga begitu. Pandangannya menunjukkan dia sendiri tidak menyangka dengan ayatku sebentar tadi.

"WEI BODOH! KEPALA OTAK KAU DIA MAIN KAYU TIGA?! KAU BUKAN TAK TAHU EZ MACAM MANA?! AKU DEBIK JUGAK KANG...." marah Paan. Dia sudah berdiri tegak menghadapku bersama pandangan yang tajam menikam.

Aku menundukkan kepala. Serba salah diriku apabila tega menghina tunang aku sendiri. Kenapa dengan aku saat ini? Aku sendiri tak tahu. Lantas,istighfar aku lafazkan sambil meraup wajahku. Sungguh,terlalu mudah untuk tergoda dengan godaan syaitan.

"Sorry bro.. aku sendiri tak expect aku akan cakap macam tuh. Serious do.. Maafkan aku..." Paan yang mendengar kembali duduk.Dia pun sedang cuba untuk menstabilkan emosinya yang tiba tiba sahaja membara.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now