BAB 9

2.1K 111 8
                                    

 " I want to be best

I want to be worst

I want to be the gravity in your universe in Mars

I want to be there to help you fly(I'll help you fly girl)

Oh, the longer that I wait

The more that I'm afraid

That someone's gonna fool your heart and take you away

Cause I, I finally realized,

That I can't get you off my mind  "


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THROWBACK (SARA DAN HUSNA)

(Zaman sekolah menengah~)

SARA'S POV

"HAA!! BERANGAN JE KEJE KAU EHH?!" terjah Husna secara tiba tiba. Aku yang sedang memandang keluar tingkap kelas hampir hampir termelatah dibuatnya.

Mata aku sepet dan mencerun memandang tajam ke arahnya. Ada aje benda dia nak kacau aku. Tak boleh nak tengok aku tenang atau free sikit. Bagilah aku peluang cuci mata pagi pagi gini  menikmaiti keindahan alam dan ciptaanNya. Peluang datang sekali je beb. Manfaatkannya.

'taguna~~'

Tudungku yang sudah berubah bentuk akibat ditiup silir daksina aku betulkan semula. Bunyi kerusi ditarik dan diduduki seseorang menarik perhatian aku seketika. Mata bundarku terhala kepada seseorang itu.

"Aik? Tak habis lagi cuci mata kau? Move on lah wei. Dia dah reject kau dekat beribu kali kot. Tak penat ke?" Husna tidak berpuas hati apabila aku mengendahkannya sebentar tadi.

Rengusan kuat aku lepaskan. Aku memandang ke arah Husna seketika sebelum mengukir senyum tawar. Pandanganku kembali ke luar tingkap.

"Husna tolong saya sekejap..." suara itu begitu hampir denganku mengkakukan pergerakanku. Debaran semakin kuat. 

'Nak pusing ke tak nak?' hatiku mula berbelah bahagi.

"Sara.. aku tolong dia sat.. Kau ok kan?" Husna meminta kepastian. Aku menoleh ke arah mereka berdua.

"OK.." jawabku sambil mengukir senyum manis ke arah mereka berdua.

Aku hantar kepemergian mereka dengan pandangan sayu. Aku tak mahu bermusuhan dengan Husna hanya sebab seorang lelaki. Benda bodoh dan terlampau dungu sekiranya itu adalah alasan aku. Husna dan dia berlalu ke meja di barisan hadapan meninggalkan aku seorang sahaja di belakang. Waktu ini cikgu semua sibuk dengan mesyuarat tergempar berbincang tentang aktiviti aktiviti sekolah pada masa akan datang. Masa inilah yang dinantikan oleh setiap murid untuk bebas melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar undang undang sekolah. Dan.. aku termasuk di antara mereka.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now