7(2)

1.9K 102 0
                                    

KIM'S POV

[SAMBUNGAN THROWBACK 5 TAHUN DAHULU]

"AKU TERIMA NIKAHNYA DEWI AZALIA BINTI ISKANDAR DENGAN RM 500 TUNAI..."

"SAH?"

"SAH.. SAH.. SAH.."

Tangan ditadahkan mengaminkan doa yang dibaca oleh ayah mertuaku, Iskandar. Rasa syukur tidak terhingga apabila akhirnya perkenalan yang cukup singkat membawa kepada pengakhiran yang membahagiakan.

Lafaz akad yang berjaya disempurnakan dengan sekali nafas cukup membuktikan bahawa tindakan aku untuk memperisterikan gadis sunti itu bukan sekadar omong kosong. Sebaliknya itu adalah kebenaran dan keyakinan yang cukup melangit tinggi.

Selesai bacaan doa diaminkan, songkok aku betulkan terlebih supaya penampilan aku nampak segak pada pandangan gadis pilihanku. Sempat aku berdehem kecil bagi melepaskan rasa gugup dan berdebar sebelum aku melangkah menuju ke arahnya.

Dia yang kelihatan ayu dan sopan bersimpuh bersebelahan dengan ibuku dan mamanya sambil menunduk. Aku melutut di hadapannya lalu menyarungkan cincin silver yang bertahtakan nama kami berdua yang dihulur oleh ibuku pada jari manisnya.

Giliran dia pula melakukan perkara yang sama lalu menunduk untuk bersalam. Aku mengucup lembut dahinya. Rasa tenang menyusup masuk apabila melihat wajah manis dihadapanku. Jarinya yang memegang tanganku sedikit sejuk dan menggigil.

Aku sendiri sudah berdebar sakan apatah lagi gadis ini. Lensa lensa kamera yang menyuluh membuat aku semakin segan dibuatnya.

'Alhamdulillah. Lia dah jadi milik abang. Moga till jannah. Amiiinn..'

--------------

Sebulan kemudian..

Tok.Tok.Tok.

"Assalamualaikum.. Lia.. Abang balik ni.." Helmet motor aku letakkan di atas kabinet bersebelahan dengan pintu masuk.

Jaket hitam aku tanggalkan dari badan bersama sarung tangan serta stokin sebelum dicampakkan di satu sudut ruang tamu.

Suasana sunyi rumah ketika itu sedikit menggusarkan aku. Tiada langsung bunyi dari dapur ataupun bunyi shower mandi.

'Mana Lia ni?'

"Liaa!!"

Tiada sahutan.

Degup jantungku kini tidak stabil. Rasa gusar dan tidak tenang mula menguasai diri.

Jujur aku katakan aku masih belum bersedia untuk kehilangan Lia. Masih terlalu awal untuk kami berpisah atau bercerai hidup melainkan Allah yang mengambilnya terlebih dahulu.

Namun hati naluri sebagai seorang suami kuat mengatakan Lia masih hidup dan selamat.

'Abang tak sanggup kehilangan Lia .....'

"Liaaaa!!!!"

Cubaan kali kedua namun sekali lagi menemui jalan buntu. Telefon bimbit aku tarik keluar daripada poket seluar sebelum pantas nombor telefon Dewi Azalia aku dail.

Bunyi ringtone kuat kedengaran dari bilik atas sebelum kaki aku laju berlari memanjat tangga menuju ke bilik tersebut. Pintu aku buka kasar sebelum mataku membuntang bulat.

"Dewiiiiii!!!!!" teriakku sebelum segalanya menjadi serabut dan kucar kacir.

---------------

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now