3(5)

3.2K 155 3
                                    


Paan's POV

"Pergi mana semalam? Senja baru tunjuk muka. Ingatkan dah tak ingat jalan balik ke dorm" sindir aku. Iz yang sedang bermalas malasan di atas katil miliknya bersama gitar Fendi di atas badannya.

5 minit kemudian, soalan aku masih tidak berjawab. Aku melangkah ke arah katil sebelah dan melabuhkan punggungku di situ.

'Mata bukak. Tangan pulak duk gerak petik gitar. Tapi soalan aku punya simple tahap tadika tu tak berjawab. Pelik ni.' detik aku.

"Hoi!" serentak itu bantal yang aku baling tepat mendarat pada muka Iz yang boleh diklasifikasikan sebagai 'kacak'.

Terus bangun terduduk budak Iz tu. Nasib ah Fendi tak jatuh. Kalau tak lagi meroyan budak tu. Iz meletakkan Fendinya di atas katil.

"Nak apa lah?" tanyanya malas. Matanya kelihatan kuyu.

"Aku tanya tak reti nak jawab. Aku tunggul ke apa dalam bilik ni? Pergi mana semalam? Senja baru tunjuk muka kau yang macho tu." soal aku semula. Iz memandang aku tajam sebelum rambutnya ditarik kasar. Dia kembali kepada posisi asalnya sebelum ini. Kepala dibetulkan supaya terletak elok pada bantal sebelum tangan kanan dibawa ke mukanya yang hampir menutup separuh mukanya.

"Teman Ez. Kau yang bagi alamat kan? Tak perasan waktu tu dah senja"jawabnya datar. Mendengar nada suaranya yang seakan pasrah dengan hidup, dahi ku berkerut maha hebat.

'Pahal pulak ni?'

"Kau dah kenapa?" tanya aku pelik. Bukan sepatutnya mamat ni boleh menari lagu Jomblo Happy ke bila dah dapat spend time dengan Ez?

Pfft.

"Asal Ez susah sangat nak pandang aku huh?! Tak tahu ke dia,aku obviously dah jatuh suka kat dia. First time met lagi." tegas Iz.

Dahi aku yang sebelum ini berkerut maha hebat bertambah kerutannya.

'Eh budak ni'

"Are you giving up wahai Encik Izz Adam?" tanya aku dengan nada sarkastik. Iz hanya diam tidak menjawab.

"Ok. Kalau macam tu, bagi jelah Ez tu dekat Kim. Senang kan? Kau pun tak payah nak pening pening nak tackle Ez." soal aku dalam sindiran. Lengannya yang menutupi mukanya tadi serta merta diturunkan apabila mendengar sindiran aku. Matanya tajam menikam je dalam anak mataku. Sikit pon aku tidak berganjak malah aku kembali bertentang mata dengannya.

'Kau fikir aku takut huh? Kalau aku perempuan memang sah ah aku jatuh cinta dengan mata hazelnya kalau lama gini main main mata bagai'

"I will never let him touch Azra Husna even an inch Paan. Or else bersepai muka dia aku kerjakan." jawabnya serius. Langsung tidak menunjukkan tanda tanda dia sedang bergurau dengan kata katanya.

'Mad with full of love. Erk'

"So?" sindir aku lagi.

"What?" tanyanya kembali.

"Kalau kau dah give up just sebab benda kecik macam ni, jangan berani jatuh cinta lah Iz. Kau lelaki do. If you are a true gentleman, prove it to her then. Jangan give up macam tu je. Senang senang je nanti Kim dapat dia." ujar aku padanya. Sedikit kata kata dorongan aku selitkan kepadanya kerana aku tahu.

'He is the one'

Pfffttt.

"She giving up with all those men in this world dude." bidasnya kembali.

Parah ni

"So prove to her that she was wrong. Prove to her you are not one of them. Show to her you are not the typical one. Jangan cakap je. Ayat ayat cinta berterabur kau ucap tapi bila sampai part action... It is zero. Tak jalan tak guna jugak do. Action speaks louder bro. Takkan benda tu pon aku nak ajar. Benda nampak simple tapi besar maknanya"nasihat aku. Aku basuh jugak budak ni karang dengan clorox. Benda kecik gini pon nak tension bagai.

'So wrong man'

Lantas Iz bangun dari pembaringannya. Tangan kanan diangkat gaya berikrar.

"Saya berjanji bahawa saya akan cuba untuk membuktikan kepada Azra Husna yang bahawa saya bukan lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini. Dan saya juga berikrar untuk menjaga nya hingga ke akhir nyawa saya!!!" jeritnya lantang. Iz terus bangun tanpa melihat ke atasnya.

Bukkkkk...

"Ahhh! Babun ah! Sakit sial!!" serta merta Iz terbaring ke lantai. Aku yang memerhatinya dari tadi tergelak kuat.

"Tulah kau. Over sangat. Katil ni dua tingkat. Nasib tak pecah kepala kau kena besi atas. Bhahahahaha" sempat aku mengutuknya sebelum kembali tertawa kuat.

"Sakit bodoh!" jeritnya lagi.

"Hahaha. Tulah over melebih lebih. Nyampah I ok?" sindir aku sambil tangan aku angkat ke bahu. Iz tersengih busuk.

"Jangan nanti kau dah dapat,kau tak dapat beza kaca dengan permata. Jangan jadi macam Ash sudah." secara tiba tiba nama itu meluncur laju keluar dari mulutku.

"Siapa Ash? Who?" tanya Iz pelik.

Saat ini, aku rasa macam nak tampar muka aku laju laju.

Siapa suruh aku mention? Sial!

--------------------------------------

Iz's POV

"Ash? Who?"soal aku. Entah dari langit mana tiba tiba nama Ash ni muncul. Ada kena mengena dengan Ez ke?

Paan meraup mukanya. Dia bangkit dari duduknya sebelum kembali ke meja belajarnya. Kelihatan dia sedang menarik nafas untuk menenangkan diri. Mungkin?

Setelah merasakan Paan takkan menjawab,angin kesabaran aku kian menipis.

"Bro. Aku tanya ni. Siapa Ash? Ada kena mengena dengan Ez ke?" keras suara aku bertanya kepadanya. Paan memandang ke arah aku seketika sebelum laci di bahagian kiri mejanya dibuka dan digeledah.

Kelihatan satu gambar lama yang sedang dipegang oleh Paab sebelum gambar itu bertukar tangan. Serta merta keningku terjongket tinggi.

Mata aku menatap segenap inci gambar lama itu.

'Ez,Paan dan.. Siapa ini?' hati aku tertanya tanya.

"Itu Ash. Ashraf." hanya 3 perkataan itu sudah cukup untuk membuktikan segalanya. Paan ketika itu hanya diam kaku.

'Not bad. Tapi aku lagi handsome'

Mata aku kembali tertumpu ke arah gambar lama itu.

'Ez nampak bahagia dan lain'

Masing masing ketika itu sedang tersenyum senang di dalam gambar yang berlatar belakangkan tasik di hadapan kolej.

Entah dari mana,ada satu rasa yang datang menyelinap masuk ke dalam hati aku. Hati aku seakan dicengkam kuat dan dibakar dengan api. Tak cukup dengan itu, seakan terasa luka luka tersebut disiram dengan jus dari limau nipis. Pedih yang teramat sangat.

Gambar lama itu serta merta aku serahkan kembali kepada Paan. Dia kelihatan termangu mangu dengan reaksi ku ketika ini.
Sakit di hati aku tidak terbendung lagi.

"Sorry aku kacau awek kau. Aku keluar amek angin sat." ujar aku sebelum menghilang pergi tanpa sedikit pon menoleh ke belakang.

'Ya Allah.. Sakitnya..'

'Aku dah kata. Aku macam perempuan. Banyak drama.pfftt'

Tbc~~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now