9(1)

1.9K 95 1
                                    

NOBODY'S POV

(throwback)

'Dan aku biar

Dan aku biar
Dan aku biar
Biarkan dirimu
Hilang dari pandanganku
Hilang dari pandangan
Hilang dari pandangan'

Mulut Maisara terkumat kamit mengalunkan alunan lagu Biar dari Najwa Latif. Sesekali dibetulkan letak headphone pada telinganya. Pen pada tangannya laju berlari di atas sehelai kertas kajang. Suasana di library cukup sunyi dek kehadiran pelajar tidaklah seramai mana. Hanya dua tiga orang yang sanggup menghabiskan masa disini menelaah dan mengulangkaji pelajaran untuk mid exam.

Azraf hanya memerhati dari tindak tanduk Maisara dari tempat duduknya. Kedudukannya yang sikit terlindung daripada pandangan mata Maisara memudahkan pekerjaan yang tidak berfaedah itu. Sudah cukup lama di berada di situ  tanpa sedikit pun disedari oleh gadis itu. Kadang kadang dia tertawa kecil memerhati kerenah Maisara yang tidak reti duduk diam.

" I don't know what

You're going through 

But there's so much life

Ahead of you

And it won't slow down

No matter what you do

So you just gotta hold on

All we can do is hold on, yeah"

Lagu demi lagu bertukar tukar mengiringinya yang masih belum menyiapkan kerja pembentangan untuk esok. Bukan dia tidak mahu membawanya pulang,tetapi dia lebih suka untuk terus menyiapkan kerja tersebut tanpa perlu menunggu lama. Bukan dia tidak sedar,dirinya sedang diperhatikan. Tetapi,dia hanya mengendahkannya. Anggapannya mungkin budak budak nakal yang acap kali suka mengusiknya. Maisara hanya menjeling sekilas ke arah lelaki itu sebelum kembali fokus kepada kerjanya.

Azraf kelihatan terkaku apabila Maisara sudah menyedari kehadirannya di situ. Sangkaannya dirinya tidak akan disedari ternyata sama sekali silap. Dia menggosok belakang lehernya untuk menghilangkan rasa awkward dan segan yang mula bertandang. Masih dia ingat lagi pesanan kawannya kepadanya sewaktu dia ralit memerhatikan gadis ini semasa di dalam kelas ekonomi.

"Kau lambat.. Kau melepas bro.." 

Apabila teringat kembali,Azraf mengeluh perlahan. Dia risau sekiranya dia menghulurkan salam perkenalan,dirinya bakal ditolak. Yelah. Apalah sangat yang dia ada melainkan dengan berkat keberanian dan usahanya sahaja. Nak kata muka handsome macam Shawn Mendes tak pula rasanya. Setakat  ala ala Idil Putra bolehlah kot.

'Sempat lagi kau eh RAF..'

'DIAM LAH AUTHOR! CERITA AKU KAN?'

'EH?'

  "Take a sip of my secret potion,

I'll make you fall in love.

For a spell that can't be broken,

One drop should be enough.

Boy, you belong to me,

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now