Bab 7

2.2K 103 0
                                    


"Rasa cinta dan sayang bukan kuasa kau untuk halang semua perkara itu.
Perasaan tidak boleh dipaksa dan semua orang tahu itu.
Tapi..
Jarang orang tahu perasaan tidak boleh dihalang hanya dengan kata kata penolakan dan perlakuan curang.
Kau tepis sekuat mana sekalipon..

Kau..
Kalau dah sayang..
Kau tipu lah macam mana pon..
Mata kau masih cari dia..
Telinga kau masih dengar suara dia..

Dan..

Hati kau akan selalu berdegup dengan namanya 💞💜💕💓💜

-------------------------------------------

NOBODY'S POV

(Dua minggu selepas itu)

Battle keempat yang bakal berlangsung pada hari ini merupakan pertarungan semi final yang berjaya melepasi halangan dari battle pertama hingga sekarang. Battle yang melibatkan semua band yang terdapat dalam kolej tersebut serta yang mengambil bahagian dalam BOB. Permarkahan dibuat atas pilihan juri professional dan juri jemputan. Berbeza dengan battle battle yang sebelumnya, battle kali ini pelajar yang tidak terlibat diberi peluang untuk menyaksikan secara langsung  pertarungan antara band band kolej.

Dan.

Azraf tidak terkecuali. Atas pertolongan Fahmi; Am lah..dan Paan yang kaki klentong.. Azraf diberi penghormatan untuk menyaksikan persembahan persembahan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Berkat daripada rayuan dan pujukan dari Iz, Paan dan Am bersetuju tapi hanya untuk sekali.

'Yelah. Sem akhir ni. Kang kena repeat plk 😒'

"Ok.. Guys.. Jangan nervous atau apa. Selawat banyak banyak untuk tenangkan hati. Hal luar biaq pi tinggai luar. This is our final chance untuk move on ke final as tahun ni last sem kita semua.. Kim pastikan kau lulus ok? So.. Do the best. Husna! Kau boleh!" Paan memberi semangat sambil tangannya diangkat gaya cheerleader. Lolz.

Ez yang dengar nama keduanya diseru langsung menoleh ke arah Paan lalu tersenyum nipis. Kini, pandangannya tidak sengaja bertembung dengan orang yang berada di sebelah Paan. Iz. Iz yang memang dari tadi asyik memandang ke arah Ez hanya tersenyum nipis sebelum masing masing melarikan pandangan.

'Aishhh. Acah segan pulak aih'

Akhirnya..

Rancangan Iz yang begitu teliti dan berhati hati berjaya menambat hati gadis kecil molek itu. Ez sudahpun bergelar tunangan kepada seorang adam yang diberi nama Izz Adam. Walaupun majlis diadakan serba ringkas dan cepat, namun tindakan Iz yang begitu cekap dan pantas tentu sahaja banyak menyelamatkan keadaan. Tetapi, mereka lebih memilih untuk mengekalkan imej low profile mereka.

Majlis pertunangan diadakan pada hari sama Azraf berjumpa dengan adiknya. Keluarga Iz yang sudah merancang awal hanya datang serbu sahaja. Tiada sebarang peragaan pakaian tunang pada tubuh Ez tetapi hanya t-shirt lengan panjang, seluar tracksuit dan instant shawl.

Dan.

Sungguh.

Ez terlampau terkejut.

Tak pernah pernah dibuat orang. Apabila disoal mengapa kepada Iz. Jawapannya cuma satu dan langsung tidak berubah.

"Biar kita jadi lain. Sekurang kurangnya kita tahu apa kita buat dan mengapa kita buat."

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now