11(4)

2.1K 98 8
                                    

Azraf's POV

"Kenapa tiba tiba balik sini ni?" tanyaku pelik apabila aku buka sahaja pintu rumah,wajah yang menjengah di muka pintu adalah adik aku sendiri. Namun yang menimbulkan kemusykilan apabila tiada langsung kelibat Iz di mana mana.

Aku syak ada sesuatu yang terjadi di antara mereka berdua. Kalau tidak masakan Ez balik ke sini dengan muka dinginnya yang sama semasa pertama kali aku berjumpa kembali dengannya.

"Pass by rumah abang tadi. Singgah kejap. Niat nak stay kejap. Lewat sikit Azra balik sana." mendatar sahaja suara Ez menjawab.

Namun sebelum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut,Ez sudahpun berlalu ke bilik meninggalkan aku terpinga pinga di ruang tamu.

Bummm!!

Bunyi hempasan pintu kuat kedengaran sudah cukup kukuh untuk membuktikan angin Ez tidak berapa baik. Bukan aku tidak perasan matanya yang sembap dan lingkaran hitam di bawah matanya. Riak wajahnya seakan dia sedang memendam sesuatu yang agak menyakitkannya.

Bunyi deringan telefon mengembalikan aku ke dalam dunia realiti. Lantas poket seluar aku seluk dan menarik keluar telefon bimbit. Melihat nama yang terpapar pada skrin menghebatkan lagi kerutan pada dahiku. Butang hijau aku slide ke kanan lalu telefon bimbit dibawa ke telinga.

"Hello?"

"Ha..ye.. Azra ada sini..ok.."

Habis sahaja panggilan, tahulah aku bahawa laki bini ni sedang bergaduh dan aku menjadi mangsa tersepit di antara keduanya.

Hailah....

---------------------

Iz's POV

Sampai sahaja jejak kakiku di rumah kami berdua, langsung tidak kelihatan kelibat Ez di dalam rumah. Selalunya selepas aku pulang dari kafe, Ez akan menyambut di muka pintu bersama senyuman manisnya. Namun realiti itu tidak berlaku pada hari ini seperti hari hari yang sebelumnya. Tipulah jika aku mengatakan aku langsung tidak terguris ataupun kecewa, tetapi jika disingkap dan diingat kembali silapnya berpunca dari mana, aku tahu aku layak dan sepatutnya menerima semua ini.

"Assalamualaikum...." seruku perlahan walaupun aku tahu tiada siapa di dalam. Langsung tidak kelihatan kasut sneakers Ez di luar apatah lagi pagar depan masih berkunci ketika dia baru sampai sebentar tadi.

'Azra ke mana?...'

'Abang dah balik ni...'

'Abang minta maaf....'

Hatiku mendendangkan irama sayu dan melodi kesedihan. Sadis dan sunyi terasa apabila rumah ini terasa kosong tanpa permaisurinya.
Aku melangkah ke bilik utama kami berdua mengharapkan Ez untuk berada di situ walaupun aku sendiri tahu itu cuma mimpi indah.

Buka sahaja pintu bilik, aroma wangian kegemaran kami berdua menusuk masuk ke dalam deria pernafasan. Rasa sedih kian menyengat dan mencengkam jiwa apabila aku mula terbayangkan telatah nakal Ez mengusikku di dalam bilik ini.

'Abang rindu....'

'Mana Ez pergi?....'

Aku menghempaskan punggungku di atas katil kami berdua. Teringat kembali panggilan yang aku terima dari ibu Ashraf beberapa hari yang lepas. Ez langsung tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku terlampau takut  mengenai kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya aku memberitahu hal sebenar kepada Ez.

'Kuatkah dia?'

'Mampukah dia...?'

Persoalannya yang sebenar di sini..

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now