6(4)

2.1K 114 2
                                    


Iz's POV

-Azra ok. Tq.😊-

Mesej itu aku baca sekilas pandang sebelum butang off di tepi aku tekan. Telefon tersebut aku masukkan ke dalam poket kanan seluar jeans aku semula.

Hmm..

Tindakan aku keluar dari studio secara tiba tiba awal petang tadi adalah tindakan sengaja yang aku rancang setelah sekian lama menahan perasaan. Aku sendiri masih buntu dan tidak tahu mengapa tindakan sedemikian aku ambil. Mungkin rasa cemburu yang teramat apabila melihat Kim dan Ez mula rapat semakin tidak dapat aku bendung. Aku tidak mahu dituduh sebagai pengongkong kepada kehidupan gadis itu. Langkah tersebut memberi peluang kepadaku untuk menstabilkan perasaan yang berkecamuk supaya aku sedar bahawa aku masih bukan sesiapa dalam hidup dia.

'Malam karang baru kau boleh gelar diri kau somebody dekat dia.'

Tindakan melulu yang aku buat mengikut rasa amarah hati kelak akan memakan diri aku sendiri dan aku langsung tidak mahu itu terjadi. Tipu lah kalau aku langsung tak teringin untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh Ez. Bohong jikalau aku langsung tidak mahu menatap wajah putihnya yang amat menyenangkan hati.

Tapi..

Aku tak sanggup nak hancurkan situasi bahagia yang sedang dilaluinya dengan perangai 'overthinking' aku yang memang ke laut. Readers sendiri tahu betapa teruknya aku 'overthinking'  mengalahkan kaum perempuan dan ia agak keterlaluan. Aku sengaja menjauhkan diri sewaktu jamming tadi supaya dia tahu ruang dan masa yang aku peruntukkan untuknya sangat banyak. Aku tidak mahu dia tersepit dengan kejutan yang bakal atau mungkin dia sudah tahu.

3 hari yang lepas...

(Part sini dah mula throwback)

Aku baru sahaja pulang dari jamming dengan Paan berdua pada pagi subuh gajah.

"Nah.. Tiket kau nak ke sana. Aku dh book untuk kau awal awal. Ni jelah aku mampu. Alamat mak aku dah bagi an? So. Aku doakan kau selamat sampai nanti dan pulang dengan bakal abang ipar eh. Semoga berjaya bro."  bahuku ditepuk perlahan oleh Paan  sebelum dia tersenyum nipis. Aku hanya mengangguk kecil.

"Thanks bro. Nanti aku bayar balik ok. Tunggu je lah eh.." terharu aku dibuatnya apabila rakan baikku aku sanggup menolongku untuk melaksanakan niat baik aku ini.

"Hahaha. Takda hal lah bro. Bagus lah tu. Bayar double pon takpa eh. Kau kan kaya? Hahaha. Ehh. Dah lambat ni. Terlepas flight karang tercirit kau kat sini." sempat Paan berseloroh. Aku hanya merenung tajam ke arahnya apabila dia sengaja ingin mempermainkan aku. Jam aku kerling sebelum aku bangkit dari dudukku di sisi katil berhadapan dengan Paan.

Beg baju yang berada di atas katil aku sangkut ke bahu. Telefon bimbit aku seluk masuk ke dalam poket jeans. Cermin mata aku lap terlebih dahulu sebelum kembali menyarungnya semula. Aku senyum nipis ke arah Paan yang turut berdiri lalu handshake aku buat. Bukan yang jenis berbelit punya handshake. Cukuplah sekadar salam dan peluk peluk sikit. Sunnah nabi kan.

Jejak sahaja kakiku setelah mendarat dengan selamat di lapangan terbang antarabangsa,aku seperti hilang arah. Aku langsung tidak risau dengan kehidupan selama 2 hari 1 malam disini sebaliknya aku lebih memikirkan keberadaan abang Ez ketika ini, Azraf Hasni. Aku terlampau taku untuk gagal menemui abang gadis itu. Segala perancangan aku selama ini bakal punah dan hancur jika rancangan aku kali ini tidak menjadi dan semestinya aku tidak mahu itu terjadi.

Tanpa aku sedar,aku terlanggar seorang lelaki yang gigih mengangkat bagasinya yang kelihatan agak berat walaupun hanya sebuah. Aku terpempan seketika.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now