4(4)

2.9K 148 2
                                    


Paan's POV

"Lambat kau balik. Pergi mana tadi?" soalku apabila mendengar pintu bilik dorm dikuak dari luar. Cuti pertengahan sem ini Iz dan aku memilih untuk tinggal di bilik dorm. Masing masing membuat keputusan untuk lepak bagi melepaskan gian jamming di kolej. Kim dan Am,aku tak tahu pulak. Mungkin sedang bermalas malasan di atas katil. Biasalah orang bujang.

Kedengaran beg sandang dihempas ke lantai menyebabkan aku mengalih pandang ke arah belakangku. Serta merta keningku terangkat tinggi apabila menoleh ke belakang.

'Like seriously?'

Aku bangun dari dudukku di meja study sebelum melangkah ke arah Iz yang sedang duduk di sisi katilnya di atas lantai. Lututnya ditarik rapat ke dada dan mukanya disembamkan ke lutunya. Aku melabuhkan dudukku bersebelahan dengannya. Rambutnya ketika itu kelihatan berkilat dan agak lembap menjelaskan bahawa dia meredah hujan dalam perjalanannya ke sini.

Aishh...

"Kau kenapa?" soalku perlahan kepadanya. Kaki ku dibawa untuk bersila. Badan ku hadapkan ke arahnya. Fokus aku berikan kepadanya 100% ketika ini.

Namun.. Iz masih lagi sunyi tanpa sebarang jawapan. Aku mengeluh kecil. Tak lain tak bukan ni mesti pasal....

"Kalau ya pun frust dengan Ez kesayangan kau tuh, jangan lah abaikan Paan terchinta kau ni yang sentiasa forever alone. Sunyi aku takda orang nak sayang." selorohku.

Kepala Iz yang menunduk sebentar tadi kini tegak semula memandang ke arah aku. Kakinya diturunkan sebelum dibawa bersila. Tangannya yang dari tadi tak reti duduk diam kini tenang dan diam di sisinya.

"Bongok kau!" balasnya. Mukanya yang ketika itu tidak berperasaan mematikan tawa aku yang baru ingin meletus dengan gah dan maha hebatnya.

Keadaan kembali sunyi semula. Bunyi deruan hujan bercampur angin masih kuat kedengaran menandakan ianya semakin mengganas. Belum ada tanda tanda yang akan menunjukkan ia bakal berhenti.

'Kau ni Iz..'

"Hal aku,Husna dan Ashraf tu kisah silam dia Iz. Kau patut tolak tepi benda tu dan tumpukan sepenuh perhatian pada Ez yang sekarang. Aku bet dia dah ceritakan semua kan. Aku tak faham satu je dengan kau Iz. Kalau betul kau nakkan dia, sayangkan dia bagai nak rak bagai... Kau akan terima segala kemungkinan mengenai kisah silam dia dan pelbagai andaian manusia sekeliling tentang dia. Kalau macam gini gaya kau, nampak kau dengan dia memang tak ke mana. Masuk laut kena makan dengan shark." bebel aku panjang lebar. Aku dah tak boleh kira berapa banyak ayat aku dah bagi kat dia ni. Membazir air liur aku betullah.

Iz mengalih pandang ke arah aku seketika sebelum pandangannya kaku ke arah cermin tingkap bilik dorm kami berdua.

'Apa lagi lah mamat ni fikir?'

"Kau pernah confess kat dia Paan?" soal Iz secara tiba tiba.

Soalan yang tidak dijangka keluar dari anak tekak Iz mengejutkan aku sesaat. Aku tak pernah terdetik untuk menjangkakan yang Izz Adam depan aku ni boleh overthinking sampai ke situ.

Sah ah. Macam perempuan habis.

"Kau dah kenapa? Sampai ke situ?" dalih aku lalu tertawa kecil.

"Dude. My question deserve an answer. Not your another stupid questions" jawabnya tegas. Melihat keadaan yang semakin tegang,aku bangkit dari silaku lalu melangkah kembali ke meja studi. Keluhan kasar dihela perlahan ketika aku berdiri tepat di sisi meja yang membelakangi Iz. Kepala aku tunduk.

Rasa sakit ni....

"I don't deserve her Iz. And I think my statements just now explained everything." jawabku lemah.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now