8(4)

2K 102 6
                                    


Throwback~

(Setahun lepas)

"Ehh.. Korang nampak Sara tak?" tanyaku pelik apabila bayang Sara masih lagi tidak kelihatan.

Selalunya waktu waktu begini dia sudah pun tiba menyolek muka sambil menunggu giliran kami dipanggil.

Kimi dan Paan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa apa. Wajah resahku sudah tidak dapat dikawal lagi menarik perhatian Paan.

"Kau dah ok kan dengan dia pasal kes haritu?" tanya Paan untuk meminta kepastian.

Aku hanya mengangguk kecil.

Beberapa hari sebelumnya, aku dan Sara hampir terputus hubungan apabila aku terpaksa ketepikan dia untuk menyelesaikan masalah aku dengan rakan yang lain. Aku bukan sengaja tapi terpaksa.

Tetapi..

Gadis itu tidak memahami situasi aku. Namun, aku tidak pula ingin menyalahkan sesiapa. Silap aku juga kerana terlalu awal berjanji untuk meluangkan masa dengannya. Siapa sangka urusan Allah lebih mengatasi janjiku.

Aku terpaksa merayu dan menahan rasa malu di hadapan khalayak ramai semata mata untuk memujuknya kembali. Hampir sejam aku menahan rasa perit pada lutut kananku kerana terlalu lama berlutut semasa memujuknya.

Setelah dipujuk rayu segala,barulah dia mula bisa untuk menerima aku kembali dan kami jadi seperti biasa selepas itu. Masih meluangkan masa bersama tanpa sebarang rasa kekok atau pelik.

Tetapi...

Hati masih lagi tak sedap apabila bayangnya kini masih lagi tidak dilihat. Risau sekiranya Sara menarik diri secara tiba tiba kerana dia adalah vokalis utama untuk band kami.

"DIJEMPUT EPIK BAND SEBAGAI  PERSEMBAHAN PEMBUKAAN KONSERT AKHIR THE VOICES. DIPERSILAKAN!!!"

Panggilan daripada pengacara majlis membuat aku mula keresahan hebat.

"Wei! Mana Sara kau ni? Kita dah nak start dan dia masih takda lagi ni..." Kimi merungut perlahan.

Telefon bimbit aku scroll kasar mencari nama yang diingini lalu dibawa ke telinga.

Talian bersambung untuk seketika sebelum sengaja direject oleh pemiliknya. Hati masih tidak puas. Dicuba sebanyak yang mampu namun masih tidak berjawab. Perlahan lahan rasa marah sudah menguasai diri. Rasa diperbodohkan dan dipergunakan mula mencengkam jiwa.

'Sampai hati Sara...'

"Minta postponed sat..." tanpa memandang ke arah mereka berdua,aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka.

Hanya satu tempat sahaja yang ingin aku tuju..

Bilik studio Ashraf.

Pintu studio itu aku tenung tajam sebelum ditolak kasar.

Hampir luluh jantungku apabila Sara yang selama ini aku dambakan bagai nak gila rupanya sedang cuba segigih yang mungkin menggoda lelaki yang bernama Ashraf itu.

Saat itu,aku hanya mampu berdiri kaku merenung sayu ke arah Sara dan cuba untuk menyampaikan kekecewaan apabila dia sanggup menduakanku saat ini.

"Sara...." panggilan perlahanku cukup menkakukan pergerakan Kaisara.

"Fahmi.. Dengar dulu apa aku nak cakap..." Ash sedaya upaya ingin menyelamatkan dirinya.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now