11(3)

1.9K 97 17
                                    

Seminggu kemudian..

Iz's POV

"No!Ez! Suara tu biar all out. Come on girl! Penat saya macam ni if your attitude tak nak berubah macam ni!" Jerkahku kasar apabila sudah kali ke berapa cubaan menyanyikan lagu bergenre balada gagal.

Peluh di dahi aku seka kasar apabila terasa kipas yang berpusing laju tidak terasa angin sejuknya. Aku menghela nafas kepenatan.

Aku melangkah ke sudut kanan studio baharu itu sebelum melabuhkan dudukku di lantai. Aku langsung tidak menghiraukan pandangan tajam dari Paan khususnya dan juga pandangan pelik dari Am dan Kim. Lantas,aku menyembamkan mukaku pada lutut yang sudah aku tarik rapat ke dada.

Beberapa minit berlalu terasa sunyi sehinggalah terasa sentuhan lembut pada lengan kananku. Kepala aku angkat sambil membetulkan cermin mataku yang kian melorot.

Tanpa menunggu lama,lengan yang dipegang olehnya aku rentap kasar. Aku bangkit dari dudukku.

"Guys,aku keluar sat. Amek angin.." Ujarku tanpa mengendahkan mata Ez yang sudah berkaca. Pipinya merah mungkin sedang menahan air matanya dari mengalir apabila melihat kedinginan aku sejak tiga hari yang lepas.

Bunyi pintu studio dihempas kuat sudah cukup kukuh bahawa angin aku tidak berapa baik dan aku perlukan ruang untuk sendiri.

Ez's POV

"Guys,aku keluar sat. Amek angin.." Iz keluar melulu tanpa menoleh ke arahku walaupun sedikit. Rasa sebal dan sedih mula hinggap di benak hatiku apabila layanannya sejak tiga hari lepas berubah serta merta.

Tipulah sekiranya aku langsung tidak merasa apa apa disebalik kedinginannya itu,namun aku hanya berdiam diri dek tidak mahu menambah bara pada api amarah yang kian membakar dalam diri.

Kecewa.

Satu perkataan yang cukup jelas menerangkan perasaan aku ketika ini.

Tanpa perlu penambahan metafora mahupun hiperbola yang hanya menjadi mainan ketika melancarkan kata kata.

Air mata yang sudah bertakung di jendela mata aku cuba tahan sedaya upaya. Tidak mahu menunjukkan kepada ahli kumpulanku yang lain bahawa aku sedang bersedih dan bertarung dengan perasaan kecewa aku sendiri.

Aku hanya mampu merenung kosong ke arah pintu studio yang sudah tertutup selepas pemergian Iz sebentar tadi. Langsung tidak beralih walau sedikit kerana di lubuk hatiku yang paling dalam aku mengharapkan dia akan kembali seperti sediakala.

"Husna..." Suara Paan memanggilku bersama nada simpatinya cukup mampu menggoyahkan ketahanan aku untuk tidak menangis di sini.

"Husna... Kau OK...?" soalnya sekali lagi. Suaranya yang kedengaran dekat dengan kedudukan aku ketika ini langsung tidak membantu sebaliknya lebih kepada meranapkan tembok kekuatan yang selama ini aku bina dalam diam.

Aku..

Tak..

Perlukan..

Simpati...

Sesiapa...

"Ez?" panggil Kim.

"Kau tahu.. Kau masih ada kitaorang dekat sini.." suara Am kedengaran perlahan.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now