1(4)

4.9K 196 6
                                    


Lamunan mengenai petang semalam menggamit fikiran Ez yang ketika itu sedang duduk bersama gitarnya di balkoni rumah. Angin petang menyapa lembut pada wajahnya. Bunyi kicauan burung menjadi peneman dalam sunyi.

'Ashraf'

Sudah lama nama itu tidak meniti di bibirnya. Acap kali teringat,pasti diri cepat menepis jauh. Tidak sanggup untuk mengingati semula memori kisah hitam yang serba kelam.

Diri sudah cukup lama melupakan gerangan Ash setelah penipuan demi penipuan disusuli dengan hinaan dan fitnah yang cukup merobek keseluruhan hatinya. Jatuh terduduk menyembah bumi tatkala hati terus terusan dicarik tanpa belas kasihan.

Sadis.

Disangkakan cinta sampai mati,cinta sejati...namun hanya sekadar cinta palsu cap tahi ayam semata mata. Rasa marah dan kecewa bercampur aduk sehingga Husna yang dulunya mati diganti dengan Ez.

Ez yang sekarang.

Emotionless.

Tiada perasaan.

Usianya yang menginjak 21 tahun ketika itu,masih lagi terkial kial mengenal dunia. Namun,keinginan untuk mempunyai teman sehidup cukup membuak-buak.

Usia yang cukup matang untuk mencari jodoh hakiki. Tapi siapa sangka,tatkala hati sudah diserahkan,jiwa telah dipersembahkan,rupanya dia sekadar topeng mainan yang dipermainkan Ash disusuli dengan janji janji palsunya.

'Aku benci fake hope. Aku benci janji janji manusia.'

Tanpa sempat berfikir patut atau tidak,dia menyerahkan hati kecilnya pada Ash saat jejaka itu meluahkan rasa. Matanya kabur dengan 'kasih sayang' Ash kepadanya menyebabkan dia seringkali berada di awang-awangan. Terbang indah menyusuri langit putih.

Namun,detik demi detik berlalu menonjolkan kepadanya siapa Ashraf yang sebenar.

3 tahun hubungan, tidak mendatangkan kesan pada Ash. Malah jangka masa itu sudah cukup untuk Ash mempermainkan Husna.

Detik bulan April menjadi titik noktah hubungannya dengan Ash. Saat itu, usah ditanya. Usah dikata. Husna jatuh terduduk tanpa sempat berpaut pada apa apa.

Jatuh yang menyedihkan.

Jatuh yang menyakitkan.

Jatuh yang mengecewakan.

Diri terlampau sedih sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia dipergunakan semata-mata. Setiap malam perkara yang sama berulang dalam mimpinya. Menjadi satu mimpi ngeri sehingga dia sendiri takut untuk bermimpi lagi.

Dan.

Hampir setiap malam dia terjaga secara tiba-tiba sebelum disusuli dengan linangan air mata. Deras mengalir meluahkan perasaan sedihnya.

Hati terlalu sakit untuk menerima kenyataan bahawa orang yang dia sayang separuh mati pergi meninggalkannya. Hingga diri sendiri hampir menjadi separuh gila.

Jiwanya rapuh.

Ibarat separuh dari dirinya hilang membawa diri.

Meninggalkan jasad kaku yang masih lagi belum berhenti mengalir air matanya.

Gitarnya diletak ditepi almari. Pintu sliding ditutup mengelak angin malam yang sejuk masuk.
Nafas dihela perlahan.

'He's not worth it. Dia tak layak untuk aku tangisi'

Mata dipejam tatkala badan sudah dibaringkan di katil.

-----------------------------

Husna's POV

Senyum manis aku ukir lembut tatkala sejambak bunga ros putih menyapa pandangan mata ku. Sedar diri sudah tahu siapa gerangan yang memberi,mata dihala ke atas.

Ash sedang berdiri sambil tersenyum manis menampakkan lesum pipit di pipi kanannya. Tangan laju sahaja mencapai pemberian tersebut sebelum Ash menempatkan diri dihadapan aku.

"Good morning,hun. How's your day today?" tanya Ash lembut.

"Good morning. Pretty good." jawab aku sambil tersenyum manis. Jantung berdetak laju tanpa irama. Penampilan Ash hari ini sedikit sebanyak membuat hati aku resah tidak tenang.

Cermin mata hitam dipadankan dengan gaya rambut ala ala Greyson Chance. Baju t-shirt Polo warna hitam bersama seluar denim coklat menyerlahkan lagi
kekacakkannya.

"Kenapa ros putih?" tanya aku.

"Because you are the one yang menjadi penyuluh kehidupan saya. Menerangi hidup saya. Gelapnya hidup saya tanpa awak."

"Haha. Ash.." aku segan.

"I'm serious bae. Saya ingatkan nak further our relationship sampai akhir tahun ni. Tunggu rombongan saya ok?" jawab Ash yakin.

Erkkk...

Tipu kalau aku tak suka. Dia memang mencairkan hati aku. Dia betul betul serious dgn aku.

"Ash.. Ni bukan benda boleh buat main."

"Ya. I know. Kenapa awak taknak?"

"Bukan macam tu...." belum sempat aku menghabiskan ayat aku,Ash terlebih dahulu memotong.

"Just cakap jelah awak dah ada orang lain belakang saya. Kan?"

Wut the??

"Apa awak merepek ni? Saya ada awak je. Jangan tuduh saya macam macam" tegas aku.

Ash sekadar tersenyum sinis sebelum beberapa keping gambar dicampakkan kehadapan aku.

"Gambar ni apa?"

Tangan aku mencapai beberapa keping gambar di atas meja tadi dan membeleknya. Ketawa kecil terletus dari mulutku.

"Why are you laughing? Tak nampak ke saya tengah serious sekarang?"

"Mana dapat?"

"Not your problem. Scandal awak kan?"

"Of course not. Ni abang saya. Baru balik dari US. Get it?"
Jawab aku sebelum berlalu pergi tanpa menghiraukan Ash.

Erkkk...

Laju Ash menutup mukanya.

'Malu woi! Tulah kau tak reti tanya dulu'

Tbc....

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now