5(1)

2.6K 138 2
                                    

KIM'S POV

Peluh di dahi aku seka kasar dengan belakang tapak tanganku. Baju t-shirt putih yang ku pakai kini sudah lencun dibasahi peluh. Kipas di siling yang berpusing ligat bagaikan terhenti apabila keadaan sekeliling terasa bahang yang teramat. Panas yang lain macam. Aku lantas bangkit dari pembaringan lalu duduk bersila di atas katil. Kelihatan selimut yang ku sarung untuk menghangatkan badan dek kerana seharian hujan kini terletak elok di atas lantai. Aku sekadar menghiraukannya. Lidahku terkumat kamit mengalunkan alunan zikrullah dan istighfar bagi menenangkan diri yang masih bernafas deras.

Aku meraup perlahan wajahku. 5 minit berselang, diriku kini sudah mulai tenang. Nafas yang dihela mulai seimbang. Tiada lagi peluh yang menitik hanya tinggal lebihan lebihan air sewaktu sedar dari mimpi sebentar tadi.

Namun,hatiku kian gelisah. Peristiwa yang sudah lama berkubur dalam diari seorang lelaki yang bernama Hakimi Zarkashi kini bagaikan diselak lembarannya kembali. Seakan akan peristiwa itu sedang menanti masa keadilan berpihak kepadanya. Tidak ku sangka memori hitam itu muncul dalam adegan adegan mimpi malam. Aku terasa bagaikan mati hidup semula selepas sedar dari mimpi itu. Hampir hampir membuat aku 'mati' seketika.

Am di katil sebelah aku kerling dengan hujung mata. Dia masih nyenyak tidur dihiasi mimpi indah malamnya.

Untunglah kau Am..

Keluhan lemah aku lepaskan. Aku kembali baring di atas katilku. Mataku seakan sudah segar bugar ketika ini. Tiada lagi rasa mengantuk dan sebagainya sebaliknya kepala aku berdenyut memikirkan mengenai mimpi tadi. Aku urut sikit di bahagian dahi untuk mengurangkan tekanan.

Sabarlah Kim..

Aku menyeluk tangan ke bawah bantal sebelum telefon bimbit aku tarik keluar dari situ. Butang kecil di bahagian tepi telefon aku tekan sebelum cahaya dari telefon menyilaukan mataku. Keadaan bilik yang gelap gelita cukup terang apabila cahaya dari telefon bimbit aku bernyala.

5:50 pagi

Angka jam yang terpapar pada skrin telefon aku baca sebelum sekali butang kecil di tepi aku tekan. Lantas, telefon itu aku campak kembali ke bawah bantal. Aku bangkit dari baringku lalu menuju ke almari baju yang terletak berhadapan dengan katil di bilik dorm kolej. Tuala yang disangkut pada tiang katil sempat aku capai ketika menuju ke almari tadi aku sangkutkan ke bahu kiri. Pintu almari yang berkunci aku buka dengan kata laluan sebelum kemeja merah berlengan panjang bersama seluar slack hitam aku tarik dari baju yang bersusun tinggi di dalam almari dengan berhati hati. Pintu almari aku kunci kembali sebelum melangkah ke bilik mandi.

'Ada perkara yang perlu aku selesaikan hari ini..'

-------------------------------------------------------------------

AZRAF'S POV

Laptop yang berada di hujung meja di ruang tamu rumah sewaku, aku tarik ke hadapanku. Remote tv yang berada di atas sofa aku capai sebelum butang merah aku tekan. Bahagian atas komputer riba ku tarik lalu butang on pada papan kekunci aku tekan. Sambil menunggu komputer riba aku dihidupkan sepenuhnya, telefon bimbit yang berada di sisi laptop aku capai. Butang contacts akutekan pada skrin telefon sebelum menscroll ke bawah. Aku ligat mencari nama seseorang yang sudah lama aku tinggalkan tanpa sebarang berita. Jumpa sahaja nama yang dikehendaki,serta merta bibirku menguntum senyum segaris. Butang call aku tekan lalu telefon dibawa ke telinga.

TUT..TUT..TUT..TUT..

"Hello... Assalamualaikum.." orang dari sana terlebih dahulu memberi salam.

Aku yang menelefon di sini hanya terdiam kelu. Suara ini.. Sudah cukup lama aku hilangkan diri tanpa sebab. Aku biarkan gadis itu hidup seorang diri. Aku biarkan dia berfikir dan terus terusan berfikir bahawa dia hanya sendiri sedangkan hakikatnya dia masih ada aku. Ada aku sebagai abangnya.

"Hello,assalamualaikum. Siapa ya?" tanya si dia lagi.

Salam yang diucap aku jawab sekadar di dalam hati. Entah mengapa lidah terasa berat untuk berkata kata. Sedangkan yang menelefonnya adalah aku. Keadaan aku ketika ini hanya kaku dan beku. Ingin sahaja aku lontarkan dan luahkan rasa rindu yang membuak buak setelah sekian lama aku pendam kepada si dia yang masih lagi menanti jawapan positif dariku namun,kata kataku bagaikan tersekat di kerongkong tekakku. Rasa sebak yang cukup kuat menyelubungi diri.

"Maafkan..."

TUT..TUT..TUT..TUT..

Talian putus. Aku hanya memandang pilu pada skrin telefonku. Sebelum sempat aku menghabiskan ayatku, orang di sana sudahpun bertindak terlebih dahulu. Kepala aku bawa bersandar pada sofa yang ketika itu kedudukan aku masih lagi di atas lantai. Sedikit pon rasa marah tidak berbekas dan meninggalkan kesan dalam hati walaupun gadis itu bertindak untuk memutuskan talian. Aku cukup mengerti keadaannya. Biarlah.

Aku mengeluh perlahan. Mukaku raup kasar. Telefon aku letakkan kembali kepada posisi asalnya. Laptopku yang sudahpun hidup sepenuhnya, aku isi kata laluannya sebelum menunggu paparan windows menghiasi skrin pada komputer ribaku.

Gambar wallpaper pada skrin laptopku sekali lagi berjaya membuat aku dihurung rasa sebak yang mendalam. Gambar keluarga yang diambil sewaktu aku berumur 17 tahun manakala Azra hanya baru menduduki UPSR ketika itu. Perbezaan umur yang cukup jauh bukan alasan untuk aku meminggirkannya. Malah dia adalah hidup dan nyawa aku selepas kedua ibu bapaku. Genap sedekad masa berlalu apabila aku meninggalkan negara tanah airku demi melanjutkan pelajaran dan mencari ketenangan.

Tahun ketiga ketika aku masih menuntut di tanah Aberdeen yang masih berbekal dua tahun pengajianku dalam jurusan engineering and technical. Tahun yang aku sangkakan bakal menjadi tahun yang perlu aku banggakan apabila aku berjaya mencapai target sebagai penuntut cemerlang akhirnya bertukar tragedi. Siapa sangka, aku bakal hilang dua permata yang selama ini bersinar menyinari diriku. Dunia aku kelam dan bungkam.

'Umi... Walid...'

Tanpa aku sedar, air mata jantanku kini sudahpun mengalir membasahi pipi buat sekian kalinya. Bahuku terhenjut henjut menahan esakan yang kian mencengkam jiwa. Kepulanganku selama dua bulan ke Tanah Melayu sewaktu Azra sudah pun melanjutkan pelajarannya ke kolej meninggalkan kesan dan impak yang cukup besar dalam diriku. Siapa yang tidak hairan apabila gadis yang sekecil itu berjaya membentuk hidupnya sendiri malah menanggung pengajiannya sendiri tanpa pertolongan dari orang lain.

Azra yang aku sangkakan masih kecil kini sudahpun dewasa dan mampu mengenal cinta dan kecewa. Aku tahu serba serbi tentang dirinya walaupun keadaan aku sekarang yang berada jauh dari dirinya. Aku juga tahu bahawa dia sentiasa menanti kepulanganku ke sana dan hampir setiap hari bilikku yang kosong tanpa penghuni dijenguk setiap kali bangun tidur. Cukup hebat yang boleh aku katakan padanya apabila dia mampu untuk menghadapi kehilangan orang yang tersayang tanpa sikit pun mengalah.

Tapi..

Tidak bagi aku..

Keputusan yang aku ambil untuk menenangkan diri ternyata hanya sekadar mainan perasaan semata mata. Hakikat yang sebenar apabila aku takut untuk menghadapi cengkaman dunia luar yang aku sedia tahu ia menyakitkan. Aku ngeri untuk hidup tanpa belaian kasih sayang dari insan yang bernama ibu dan bapa setiap hari.

Jujur.. Aku seorang yang penakut.

Dan.

Teganya aku sebagai seorang abang yang masih mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya, wali kepada gadis kecil itu pergi meninggalkannya seorang diri hidup sebatang kara di kota Melayu. Rasa bersalah menguasai diri apabila aku mulai sedar keputusan aku jelas menunjukkan aku mementingkan diri sendiri. Tergamaknya aku sebagai seorang yang bergelar abang.

Air mataku masih deras membasahi pipi. Bahuku terikut ikut dengan henjutan tangisanku. Kepala aku letakkan di atas meja tanpa sikitpun aku hiraukan telefonku yang sedang berdering.

'Abang rindu adik...'

tbc~~~

p/s: UNTUK KALI PERTAMA WATAK AZRAF DIKELUARKAN. AUTHOR MINTA MAAF SEKIRANYA ADA TYPO KE APA KE. ATAUPUN PENYAMPAIAN AGAK KURANG MEMBERANSANGKAN.

VOTE N READ.

THANKS :D

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now