9(4)

1.8K 90 4
                                    

(Throwback~ malam pada hari Am dihina teruk oleh Kai~)

Maisara's POV

"Sara..." panggilku apabila gadis itu kelihatan termenung merenung ke luar tingkap.

Walaupun panggilan nama kami lebih kurang sama,aku suka untuk memanggilnya Sara berbanding diriku yang lebih selesa dengan panggilan Mai.

Dia berpaling sedikit apabila aku memanggilnya namun dia kembali merenung ke luar tingkap. Melihat wajahnya ketika menoleh ke arah aku seketika tadi cukup membuat aku terkejut.

Lantas aku meluru ke arahnya. Kerusi di meja solek aku tarik dan diduduki olehku manakala dia pula sedang duduk di atas kayu jendela yang cukup lebar untuknya melabuhkan punggungnya di situ.

Aku memandang ke wajahnya sebelum tanganku naik menyapu lembut air mata yang mengalir pada wajahnya. Matanya kelihatan sembap mungkin seharian dia telah berendam dalam air mata.

"Kenapa Sara..??" tanyaku dengan nada simpati.

Soalanku dibiarkan menyepi sebaliknya digantikan dengan esak tangisnya yang masih belum surut. Aku begitu kasihan dan tumpang simpati apabila dia seakan berada di saat yang dia sendiri tidak ingini.

"Jawab Sara.. Kakak tanya ni.. Kenapa Sara?" aku mencuba sekali lagi.

Mataku merenung wajahnya yang suci daripada sebarang hiasan makeup dan sebagainya. Tidak semena mena badanku dipeluk olehnya. Aku sendiri tergamam.

Awalnya aku kelihatan kayu dan agak terkejut,namun aku mula membalas pelukannya perlahan demi perlahan. Belakang badannya aku tepuk lembut untuk meluahkan segala rasa yang selama ni dia pendam dalam diam.

"Sara...hikss..tak berniat..hikss..nak kecewakan diaa..hiksss. Sara sayangkan dia sangat hikkss..sangat.. Tapi..kak... Sara takda pilihan..hikss.. Apa patut Sara buat?? Hik...hikss" rintih gadis itu.

Aku yang mendengarnya hanya mampu memujuknya perlahan. Dia terlampau banyak kecewa dengan keadaan sekelilingnya yang seakan memaksanya melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak mahu.

'Dunia itu kejam..'

'Bukan dunia yang kejam.. Sebaliknya manusia yang didalamnya membuatkan dunia itu kelihatan kejam'

"Fahmi yaaa??" tanyaku kepada Sara. Dia hanya menggangguk disebalik pelukan.

Aku tolak badannya perlahan untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Aku tersenyum nipis kepadanya sambil tanganku naik mengusap wajah basahnya.

"Tak cantik dah Sara kakak ni..." aku bergurau kecil.

Dia yang mendengarnya tertawa kecil disebalik tangisannya yang semakin reda. Masih kedengaran sendu suaranya walaupun air matanya tidak lagi kelihatan.

"Allah takkan uji hambanya..kalau hambanya tidak mampu.. Kakak percaya Sara kuat orangnya. Walaupun kakak tahu tindakan Sara salah.. Sara lebih tahu apa yang Sara buat... Percayalah.." nasihatku kepadanya beserta senyuman manis daripadaku.

Dia mengangguk kecil dan mula berlalu ke katil tidurnya. Aku hanya mengikuti langkahnya melalui pandangan mata. Dia masuk ke dalam selimut dan melabuhkan badannya di atas katil tersebut. Aku hanya memerhati dari tadi mula sedar Sara sudahpun lena dalam mimpinya.

Aku berdiri dan meletakkan kembalu kerusi di meja mekap kepunyaan Sara. Aku berlalu ke pintu sebelum pintu bilinya aku tutup rapi dan perlahan. Tidak mahu menganggu lenanya.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now