9(3)

1.9K 112 2
                                    

(ed sheeran- shape of you)

(untuk mendapatkan feeling lebih mohon buka ya lagu atas ni.. XD)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOK..TOK..TOK..

"Masuklah woi!" Iz yang terlampau busy dan sibuk dengan peralatan muziknya langsung tidak berkalih walau sedikit. Hanya suaranya sahaja yang kedengaran menjerit kuat menyuruh orang di luar masuk.

"Adab kau mana bongok?" suara Am menguasai suasana. Dah lali sangat dengan perangai Iz yang paling malas nak bukak pintu dan menyapa dengan baik. Kalau ikutkan,dah fail dah jadi bapak budak mamat ni.

"Eh..??" kerjanya terhenti seketika dirinya dikutuk oleh Am tanpa segan silu. Dia berpaling ke belakang menghadap orang yang dibelakangnya sebelum tiba tiba dia terpaku. Matanya terpaku merenung seseorang yang berada di belakang yang sedang berusaha menyembunyikan wajahnya daripada dilihat olehku. Am yang perasan mataku di tempat lain menegurku.

"Mata tu ke mana ha? Korang lagi 3 minggu je kot.. Geli pulak aku woi.." Am membuat muka gelinya tahap gaban. Aku hanya membuat muka manakala gadis itu sudah menutup mukanya yang memerah dengan hoodienya.

Am mengambil tempat di sofa bersama Paan dan Kim. Aku pula sambung mengemas peralatan yang masih berbaki kerana lupa untuk mengemasnya semalam.

'Busy sangat laaaaaa katakannnnn'

"Dah pilih lagu guys?" suara ayu gadis itu kedengaran bertanya kepada anggota yang lain.

'Amboi kau Iz.. Asyik memuji ke kerja..'

Paan dan Kim hanya mendiamkan diri membiarkan Am atau aku yang menjawab soalan darinya. Aku pon kurang pasti kedudukan dia  di mana saat ini. Aku cuma tahu dia ada di dalam studio.

'Iz jangan membongak.'

Apabila terasa tiada siapa yang menjawab,aku menoleh ke belakang. Sekali lagi aku terpana. Kedudukan gadis itu betul betul berada di belakangku saat ini. Nasib baik masih ada ruang di antara kami berdua. Kalau tak,memang sah gadis ini jatuh mencium lantai jawabnya. Aku cuba bernafas dengan tenang dan hilangkan rasa gugup yang bersarang di hati.

"Tak lagi..." jawabku perlahan.Kotak yang sudah ku kemas isinya aku angkut lalu dibawa ke hujung kanan bilik studio. Selesai sahaja,aku melangkah ke arah Paan dan duduk di atas lantai.

'Awkward do..'

"PFFFFTTTT HAHAHAAHAHAHAHAHA!!! ASAL MUKA KAU DO?!!!" gelak Am,Kim dan Paan serentak apabila aku sudah duduk di lantai. Aku perasan gadis itu juga cuba mengawal ketawanya namun tidak berjaya. Terlepas juga dekahan ketawanya bersama hinjutan pada bahunya.

"Apa yang lawak sangat?" tanya aku pelik.

Baguslah aku jadi Joker tidak berbayar hari ni. Buat lawak yang aku sendiri tak sedar aku tengah buat. Muka aku raba sekelilingnya namun tidak menjumpai apa apa yang pelik pon. Melihat ketawa mereka berempat yang tak akan surut membuat aku menyampah pulak. Muka annoyed aku tayangkan.

"Muka kau takleh blah do!! Asal cuak semacam bila nampak Ez belakang kau? Memang sah ah ni kau cover segan an? Bodoh! Lawak ahhh!!! HAHAHAAH" jawab Paan bersama ketawa bahagianya itu.

"Fine..." aku sudah menyampah dengan mereka berempat. Serta merta mereka berempat terus senyap.Mungkin sudah mengerti yang tindakan mereka agak 'over' sebentar tadi.

Aku terus berdiri dan mencapai gitar Fenderku. Tanpa menghiraukan mereka,aku terus bermain dengan gitarku tanpa berkalih walaupun sedikit. Malas mahu melayan. Mood yang asalnya elok sudah mula menunjukkan tanda tanda ia akan swing ke laut.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now