Bab 6

2.3K 121 11
                                    

Jiwa sedang berkocak laju menahan hentakan demi hentakan yang dirasakan seakan membunuh organ kecil itu.
Debaran demi debaran yang dirasai semakin memuncak hingga terasa satu per satu organ lain menjadi kaku tidak bergerak.
Lumpuh tapi bernyawa.
Kaku tapi hidup.

Mata hanya mampu menatap hiba,lidah hanya mampu mendesis kesedihan,telinga hanya mampu mendengar kesedihan apabila nyawa yang paling kita cinta..
Paling kita sayang..
Kini hilang..
Separuh nyawa pergi menatap kerinduan pada si dia.

'Aku rindukan kau' 😢😢

---------------------------------------

Throwback~

(Seminggu sebelum latihan jamming)

"Paan... Aku harap kau setuju dengan keputusan aku.." ujar Iz secara tiba tiba.

Aku yang sedang bermalas malasan di atas katil bawah cepat cepat bangkit dari baringku. Nasib aku baik apabila kepalaku tidak terketuk pada palang di atas akibat daripada tindakan drastik itu. Selalunya, kedudukan aku sentiasa berada di meja studi, ataupun bersama gitar Ande ku, tetapi tidak untuk hari ini. Cuti pertengahan semester membuat aku lebih berminat untuk merehatkan badan dan minda yang selama ini cukup kusut memikirkan mengenai battle dan pelajaran. Iz yang ketika ini baru pulang entah dari mana kini sudahpun melabuhkan punggungnya di atas lantai menghadap ke arahku. Beg yang disandang dibuka lalu disandarkan pada sisi katilnya.

"Kenapa tiba tiba ni?" tanya aku pelik.

Mana tak pelik wei. Baru balik terus cakap benda serius. Aku yang selama ini jenis serius pon naik seriau dibuatnya. Muncul entah dari mana, masuk bilik terus cakap pasal pilihan dia.

'Jangan cakap kau nak bunuh diri sudah Iz.'

Hatiku berdetak kuat lagikan hebat kerana takut akan jawapan yang bakal diluahkan oleh Iz sebentar sahaja lagi. Mamat ni mana boleh agak apa apa. Macam haritu. Sampai naik bengang aku bila mamat ni asyik tanya pasal confessions aku. Cuma kali ini aku mengharapkan sesuatu daripadanya. Unsur kematangan dari cara dia berfikir dan bertindak.

'Takkan nak tunggu jadi bapak budak baru nak matang. Huh.'

Aku cukup mengharapkan satu jawapan matang dan bukan lagi pelbagai soalan 'overthinking' darinya lagi. Aku sudah jenuh untuk melayan soalan soalannya yang berunsurkan KBAT yang sebenar. Aku sudah cukup penat untuk membebel serupa makcik jual karipap yang tak habis habis duk gosip pasal artis artis Malaysia semata mata untuk buat budak yang tengah hadap muka handsome aku sekarang ni faham

'Takpalah. Budak lagi. Biasalah. Takda pengalaman kan?. Aku ngerti kok.'

"Aku.merisik.Ez." satu per satu Iz sebut dengan jelas tetapi nadanya amat perlahan.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now